GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Motivasi Pagi: Ikhlas Dalam Ibadat

Pada akhir zaman, umatku berpecah menjadi tiga golongan. Satu golongan menyembah Allah dengan ikhlas. Satu golongan menyembah Allah dengan riak, dan satu golongan beribadat kepada Allah dengan tujuan mencari makan dari manusia. Manakala Allah mengumpulkan mereka di hari kiamat, Allah bertanya kepada orang yang hanya mencari makan, “ Apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?” Maka dia menjawab. “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu aku beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia.” Allah berfirman, “Tiada memberi manfaat apa yang telah kumpulkan.” Dia lalu dibawa ke neraka. Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat kerana riak. “Dengan kemulian dan ketinggianKu, apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?” Dia menjawab, “Dengan kemulian dan ketinggianMu, aku beribadat kerana riak.” Allah berfirman, “Tiada satupun yang sampai kepadaku.” Maka orang itu dicampakkan ke dalam neraka. Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat dengan ikhlas. Dia menjawab, “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu, Engkau lebih tahu apa yang aku kehendaki. Aku menghendaki zikir kepadaMu dan mengharap redhaMu.” Allah berfirman, “Benar hambaku.” Dia pun dihantar ke syurga.(HR. Thabrani)  

Keterangan:
Ikhlas, mudah disebut, tapi sukar dilaksanakan kerana ianya berkaitan dengan hati...
Setiap perbuatan atau amalan atau ibadah ikhlas semata-mata kerana mencari keredhaan Allah, pasti balasannya syurga Allah...

Sumber: google images
Tanda sifat ikhlas:
1. Tidak mengharapkan balasan selain balasan pahala dan keredhaan Allah
2. Menyembunyikan dan mengelak dari orang lain tahu ibadah atau amalan yang dibuat
3. Berlapang dada dan tawaduk

Usahalah untuk ikhlas walaupun memang payah... tapi usaha dan doa untuk ikhlas perlu dididik supaya sifat riya' akan terhapus... 

Ikhlas ibarat seekor semut hitam, di atas batu hitam di malam yang pekat... 

7Ulasan

  1. nak ikhlas dlm ibadat mmg susah... semuga Allah tak masukkan kita dlm golongan yang riak dan tamak tu...

    BalasPadam
  2. Pernah dgr org kata..ikhlas adalah ibarat seekor semut hitam, di atas batu hitam di malam yg gelap...

    BalasPadam
  3. hanya Allah yg dapat mengukur tahap keikhlasan kita dlm beribadat

    BalasPadam
  4. ikhlas mmg ssh nak tafsirkan..semua ni antara kita dengan Allah

    BalasPadam
  5. Subhanallah.. semoga kita semua sentiasa ikhlas dlm beribadah kpdNya.. aamiin..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ