GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Lumrah Pertemuan, Ada Perpisahan

Setiap pertemuan, satu hari pasti akan ada perpisahan, itulah lumrah kehidupan... 
Begitulah yang akan terjadi tahun depan... 

Berikutan keputusan eg-Tukar baru-baru ni.. iaitu Pertukaran guru-guru di seluruh Malaysia... Memberi satu impak besar juga pada aku dan kengkawan yang lain.. Ramai rakan-rakan sekerja yang mohon bertukar ke negeri dan kawasan yang dekat dengan keluarga dapat keputusan yang positif dan menggembirakan.. 

Tahniah aku ucapkan kepada semua rakan-rakan sekerja aku yang dapat dan lulus permohonan pertukaran... Moga memberi satu semangat baru di tempat yang baru... 

Ada juga yang tak berjaya, tapi usah khuatir dan risau, Allah pasti tahu apa kebaikan untukmu.. 

Memang sedih juga perpisahan ni... walaupun baru 3 tahun aku bersua dengan kakak-kakak ni, tapi hubungan kami akrab dan macam saudara sekandung... selalu bergurau, dan tempat luahan perasaan bersama terutama bab kerja.. sama-sama tension, dan sama-sama suka... 

Perpisahan ini, kami iringi dengan doa... walaupun jauh di mata, tapi dekat di hati... whatsapps dan internet penghubung jarak jauh antara kita..insha Allah... 
Dalam sedih tumpang gembira, kerana para isteri dapat bersama suami dan anak tercinta.. Alhamdulillah... moga ada kehidupan yang lebih baik buat mereka selepas ini...



Dan atas sebab itu juga, ada rakan-rakan buat simple gathering untuk meraikan perpisahan ini... Tahniah buat mereka yang menjayakan.. Aku memang teringin nak join, tapi kami geng mak buyung ni, memang terhad pergerakan.. tapi ramai juga yang datang dan meraikan... Tahniah dan alhamdulillah... 

Ku tujukan lagu khas ini buat rakan-rakan yang berpindah nanti...
Teruskan perjuanganmu wahai sahabat...
Moga Allah terus pelihara ukhwah kita hingga ke akhirnya...


Selamat bejuang buang rakan-rakan sekerja:
Kak Niki, Kak Rafidah, Kak Mas, Kak Ara, Kak Lyeen, Falina

dan buat rakan-rakan ex-SPIUTM yang berjaya dalam permohonan pertukaran:
Rohani, Safar, K.wa, Fairuz...

Serta sahabat-sahabat lain yang tak tersebut namanya...
Selamat berhijrah dan selamat berjuang ditempat baru... 

10Ulasan

  1. pasti akan melalui pengalaman ni.... setiap pertemuan ada perpisahannya.... mana2 tempat kerja pun kan???

    BalasPadam
  2. Slmt bertugas di tempat baru buat kwn2 Maria yg bertukar tu.

    BalasPadam
  3. wah ! sempat buat gathering yer ? CN hujung tahun ni baru nk belanja bff makan pizza sebab dapat tukar, dah janji, so janji mesti ditepati ;)

    BalasPadam
  4. Bertemu & berpisah adat manusia biasa..tu lagu favorite masa gathering tu...

    BalasPadam
  5. good luck di tempat baru, buat kawan2 MF tu...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ