GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kerana Dunia Tanpa Sempadan: Tak Sedar Terbuka Aib Sendiri

Sumber: google images

Renungan bersama... sempena hari yang barakah, penghulu segala hari... situasi yang aku tengok sekarang.. di zaman moden, teknologi tanpa sempadan... 

Renungan bersama juga, buat diriku dan juga blogger serta facebooker di luar sana... 

Kerana dunia tanpa sempadan, dan asyik dan ingin berkongsi segala hal dengan rakan-rakan, kadang kita tak sedar yang kita sebenarnya, telah buka aib dan privasi sendiri... Jika dulu, zaman takde teknologi, hal rumahtangga dan suami isteri tiada sapa tahu, tapi zaman sekarang, tanpa siapa pun bertanya, kita sendiri yang kongsikan... kita sendiri yang ceritakan... 

Itulah, kadang asyik sangat nak berkongsi hal yang membahagiakan, sebenarnya kita mengguris hati orang lain... Nasib dan rezeki seseorang kadang-kadang tak sama... Jadi perlu juga sembunyikan kebahagiaan yang kita ada... takut2 dalam diam, musuh mendoakan kita merana.. nauzbillah... 

Pernah ku tonton Forum Perdana Ehwal Islam... isu berkaitan laman sosial masa kini... salah satu input kuat yang aku dapat ialah... kita boleh kongsikan apa sahaja, tapi sebelum itu pastikan orang lain boleh dapat manfaat daripada itu... orang lain boleh doakan yang terbaik dan kita boleh beri yang bermnfaat untuk orang lain amalkan... 

Jika kita nak kongsikan hal suami isteri, anak-anak dan rumahtangga boleh kongsikan pengalaman itu, tapi selitkan ilmu yang bermnafaat supaya orang lain boleh amalkan...supaya pengalaman kita jadi sesuatu yang berguna untuk orang lain... insha Allah...

Itulah, suamiku juga selalu berpesan, sesekali sudahlah share atau publish entry hal peribadi... taip sesuatu yg bermanfaat untuk orang lain... insha Allah dapat pahala... hal peribadi adalah privasi kita yang tak perlu orang lain tahu... tak perlu nak kongsikan sangat... sebab kadangkala kita tak sedar apa kita taip dan kongsikan...tambah-tambah perempuan la kan... kadangkala taip dengan penuh emosi, tnpa pikirkan rasional dan kesannya pada masa akan datang... 

Teknologi untuk membantu manusia, tapi kdang2 dia boleh memusnahkan manusia... Jadilah pengguna teknologi yang bijak dan bermanfaat... insha Allah, moga apa yg kita taip, setiap jari yg kita gerakkan untuk menulis, mendapat pahala, dan bekalan kita di akhirat sna... insha Allah...

Renungan bersama... dan selamat beramal.. salam Jumaat... (^_^)

12Ulasan

  1. Sebelum nak share atau post ape² fikir baik buruk dulu kan.beringat sebelum menyesal :)

    BalasPadam
  2. erm! tu lah kan..berpada2 lah dlm berkongsi sesuatu di laman sosial ni kan.. tak perlu lah sampai nak buka aib sndiri... share lah sesuatu yg boleh mendatangkn kebaikan & manfaat pd org lain...:):)

    BalasPadam
  3. sgt setuju dengan pendapat anda. skrg status mcm2 kat FB. bukak pekung sendiri pun ada

    BalasPadam
  4. betul tu ada certain issues tak sesuai dikongsi dengan umum :) jemput singgah blog shafiq A Gentleman To Be

    BalasPadam
  5. betul tu..agenda dunia tiada sempadan harus digunakan dengan baik..ia sepatutnya digunakan untuk menyebarkan benda2 yang baik dan maklumat berguna dan bukan membuka pekung diri sendiri...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  6. fae pun cuba limitkan from sharing too much personal entries hehe.

    BalasPadam
  7. Ada yang boleh dikongsi, oklah. Yang tak perlu dikongsi, tak payahlah bersusah payah nak diberitahu satu dunia. Satu jari tunjuk kat orang, empat lagi tunjuk kat kita. Memang setuju dengan pendapat nih.

    BalasPadam
  8. Baru je cerita pasal ni dengan ofis mate semalam. Saya tengok fb. Ada beberapa orang member post pasal kelahiran baby mereka. Ada sorang lagi member pulak post pasal keguguran kandungan yang berupa anak sulung beliau. Saya rasa pasti beliau rasa sedih tatkala melihat kawan-kawan dengan baby mereka. Kita tak perasan sebenarnya kan.. bila kita kongsi kegembiraan.. ada orang sedang kesedihan untuk subjek yang sama..

    BalasPadam
  9. insyaAllah, sebab tu kalau nk type entry, mood kena baik dan bebas dari emos, sebab takut tercerita benda tak sepatutnya ;)

    BalasPadam
  10. Mmg betul tu pn.. sy pun peliklah mcm mana ada org yg langsung seolah2 tak kisah menceritakan hal peribadi & rumahtangga hingga mahukan satu dunia tahu.. mana letaknya perasaan malu & hormat mereka.. nauzubillah..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ