GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kebahagiaan Perlu Diusahakan

Setiap hari pasti ada yang merintih, mengeluh dan mengadu di Laman-laman sosial, blog, facebook dan twitter... Kesedihan dan kekecewaan akibat kehilangan atau kurangnya sesuatu... Bahkan aku pernah melihat satu Kumpulan diwujudkan khas untuk wanita meluahkan rasa...

Sumber: google images
Tapi, sekadar renungan bersama... 
Kebahagiaan itu adalah pilihan kita... Sebagaimana kita memilih untuk kaya, untuk mewah, untuk banyak duit, begitu juga kebahagiaan... Kebahagiaan perlu dicari dan diusahakan, bukan mengharap ianya datang sendiri...

Bahagia sesuatu yang subjektif... banyak pengertian berdasarkan pengalaman... 
Ada orang bahagia walaupun hidupnya serba kekurangan...
Ada orang bahagia walaupun dirinya tak sempurna kejadian...
Ada orang bahagia walaupun tiada teman...

Bahagia yang sebenarnya datangnya dari jiwa...
Jiwa yang bahagia ialah jiwa yang sentiasa mengingati Allah... 
Jiwa yang bahagia ialah jiwa yang lakukan sesuatu kerana mencari redha dan meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya...

 “Kebahagiaan itu antara adil dalam kehidupan walaupun pada diri sendiri; kalau jasmani diberi makan, rohani juga harus demikian iaitu dengan ilmu pengetahuan; kalau jasmani diberi pakaian, rohani juga harus demikian iaitu dengan budi; kalau jasmani diberi latihan, rohani juga harus demikian iaitu dengan kesusahan; kalau jasmani dibersihkan, rohani juga harus demikian iaitu dengan kesucian; dan kalau jasmani diubati, rohani juga harus demikian iaitu taqwa kepada Tuhan."

Kata-kata dari Imam al-Ghazali
"Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan."

Jadi untuk bahagia perlu usaha ke arah itu...
Jika dalam rumahtangga tak bahagia, usah dicari siapa salah tapi betulkan apa yg tak betul... 
Jika dalam persahabatan, cari punca dan betulkan... 

Sumber: google images

Untuk bahagia, hati mesti bersih, berlapang dada, dan buang ego... 
Dekatkan diri dengan Allah dan selalu muhasabah diri... 

Bahagia ialah pilihan
Kita yang memilih ... derita atau sebaliknya... 

Jika tahu berusaha untuk banyak wang,
kita juga perlu tahu usaha untuk bahagia... 
Semoga anda semua berbahagia selalu... 

14Ulasan

  1. Bahagia akan datang bila hati sentiasa mengingati Allah.. hati yg tenang melahirkan bahagia... :)

    BalasPadam
  2. bahagia itu pasti ada.. jika kita tahu bersyukur... =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. syukur yg dizahirkn dgn perbuatan dan perkataan juga...

      Padam
  3. Selamat pagi Maria,
    entri yang sangat menarik untuk dikongsi.... dunia ini penuh kebahagiaan, carilah... ia ada di sekelilingmu! Bahagia bukan seperti benda bulat yang datang bergolek dan bukan juga benda pipih yang datang melayang di depan mata.

    BalasPadam
  4. Ye..sangat setuju..konsep bahagia itu terlalu luas..tak semestinya tak kaya..tak bahagia..yep2..

    BalasPadam
  5. betul ! bahagia perlu dicari, takkan datang sendiri..yang penting, bahagia rohani & jasmani ;)

    BalasPadam
  6. acik suka entri ini ^_^ kebahagian sebenarnya milik kita andai kita pandai membawanya

    BalasPadam
  7. Maksud bahagia itu subjektif...bergantung pada penerimaan individu

    BalasPadam
  8. betul tu.. ianya tidak datang sendiri dan harus diusahakan..

    BalasPadam
  9. Sentiasalah bersyukar & redha.. t kasih diatas perkongsian yg bermanfaat ini...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ