02 Disember 2013

Jom Perangi CICAK!!!

Seminggu tinggal rumah balik kampung... balik rumah terus hangin dengan binatang ni... puak yang selalu tinggalkan najis di lantai dan dinding... geram..geram...geram... memang nak kena ajar binatang ni... apa lagi.. iaitu CICAK!!!


Memang mencari nahas cicak nih kan... sebelum ni aku dengar-dengar aje... tapi sekarang dah jelas dah.. iaitu hukum bunuh cicak.. ea lah.. dia pun makhluk Allah kan.. tapi dia menyusahkan manusia la.. nak kena buang najisnya yg merata-rata tu... apa hukum bunuh cicak???

sumber: google images

Memang Syarak menganjurkan untuk kita membunuh cicak. Seperti mana di dalam hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Barangsiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan maka dia mendapat pahala sekian. Barangsiapa yang membunuhnya dengan dua kali pukulan maka dia mendapat pahala sekian (kurang dari yang pertama).” (Riwayat Muslim)

Juga di dalam riwayat yang lain, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

مَنْ قَتَلَ وَزَغًا فِى أَوَّلِ ضَرْبَةٍ كُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَفِى الثَّانِيَةِ دُونَ ذَلِكَ وَفِى الثَّالِثَةِ دُونَ ذَلِكَ

“Barangsiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukul, dicatatkan baginya pahala seratus kebaikan, dan bila dia membunuhnya pada pukulan kedua, maka pahalanya kurang dari itu, dan pada pukulan ketiga pahalanya kurang dari itu.” (Riwayat Muslim)

Ini kerana dikatakan juga di dalam hadis yang tsabit dari Nabi, Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam mengatakan bahawa cicak ini adalah binatang yang buruk ataupun jahat,

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَسَمَّاهُ فُوَيْسِقًا

“Bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan agar membunuh cicak dan Baginda menamakannya Fuwaisiq (binatang yang jahat).” (Riwayat Muslim)

Di antara kejahatannya dalam sejarah adalah kisah Nabi Ibrahim ‘alaihissalam dilemparkan oleh kaumnya ke dalam api, di mana haiwan-haiwan yang ada semua sedaya upaya cuba untuk memadamkan api itu, kecuali cicak yang mengapi-apikan lagi api yang digunakan untuk membakar Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. Kisah ini disebutkan di dalam riwayat dari Ummu Syarik radhiyallahu ‘anha,

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَقَالَ كَانَ يَنْفُخُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَام

“Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk membunuh cicak dan Baginda bersabda: “Dahulu cicak meniup api (untuk mengobarkan api yang membakar) Ibrahim ‘alaihissalam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menunjukkan betapa buruknya cicak ini dari segi sejarahnya dan juga dari segi perangainya yang membuang najisnya merata-rata. Walaupun ianya tidak dikira sebagai najis kerana ia adalah haiwan yang berkeliaran di keliling manusia, seperti mana apabila ditanya kepada Rasulullah tentang kucing, Baginda bersabda,

إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّهَا مِنْ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ

“Sesungguhnya ia tidak najis, sesungguhnya ia termasuk haiwan yang berkeliaran di kalangan kamu.” (Sahih. Riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah)

Ini kerana kalau kita hendak menjaga dan mengelak dari najis haiwan-haiwan ini jelas akan bersifat menyusah-nyusahkan. Kerana itu Syarak memberikan kita kemudahan dengan menganggap bahawa najis itu dimaafkan. Walaubagaimanapun ini tidak menafikan bahawa ia mengotorkan, kerana itu antara sebab mengapa dituntut untuk kita membunuh cicak itu.

Jom... apalagi.. jelas tu... kita kena perangi cicak.. jom perangi cicak secara besar-besaran... Memang lepas ni aku nak buat senapang cicak.. nak ajar cicak-cicak ni semua... huhuhu... 
Antara petua biasa aku ialah getah lastik la... tu paling mudah nak bunuh cicak ni... cicak ni tak reti serik... kadang bunyi mengejek je bila nak bunuh dia. tu buatkan kita lagi geram... tapi lepas ni memang tak bagi peluang... berani la tunjuk muka.. hmm.. mmg habis la.. suamiku lagi la geram dan alergik dgn binatang sebab buang najis merata... geram kan... 

P/s: Orang putih buat citer spiderman sebab memang betul spider tu baik kan... tapi orang Melayu buat superhero cicak..konon cicak tu baik...padahal baca hadis kat atas tu... cicak binatang jahat... dan boleh dibunuh.. huhu.. org putih buat citer berdasarkan sejarah dan kajian, bukan main buat aje.. huhu..kita plak tahu meniru aje.. huhu...

7 ulasan:

  1. saumah saya pun byk cicak....paling sakit hati dia suka benor berak dldm kolah...ari2 kena tukar air kolah

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu mmg dh melmpau tu.. jom perangi cicak..

      Padam
  2. dulu masa kenit duduk kat kuantan, bersepah cicak dalam umah kuarters lama tu hehehe. Stok getah jangan cakap la, memang sentiasa ada semata2 nak terbi cicak2 tu sumer hehehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. mmg tu je ubat berkesan.. tunjuk getah dia dh takut dah..

      Padam
  3. Nampaknya cicak tengah seram ni sebab ada hamba Allah tu nak perangi dia habis habisan hehe

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^