GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Orang Islam Ucap Merry Christmas

Perayaan Hari Krismas tak lama lagi dah... lagi dua minggu, masyarakat Kristian akan menyambutnya setiap tahun di seluruh dunia... Negara kita masyarakat majmuk dan berbilang bangsa dan agama... Ramai juga yang ucap selamat jika bangsa lain sambut perayaan..sama macam kita juga la kan, orang bukan Islam ucap Selamat Hari Raya kat kita.. Bagi orang bukan Islam ucap selamat kat kita takde masalah kan.. tapi yang jadi masalah, boleh ke kita orang Islam ucap Selamat kepada orang bukan Islam???
Sumber: google images
Menurut Fatwa Kebangsaan:
Ucapan selamat boleh diucapkan oleh orang Islam kepada orang bukan Islam jika perayaan mereka itu tidak berkaitan dengan akidah dan iktikad. Maksudnya, jika perayaan tu hanya budaya orang bukan Islam  maka harus kita ucap dan sambutnya... 

Fatwa Penuh baca di sini >>http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-mengucapkan-tahniah-dan-ucapan-selamat-bersempena-perayaan-agama-<<

Menurut Ustaz Azhar Idrus pula... banyak persoalan yang dikemukakan... dan antara soalan dan jawapan dari UAI:

Soalan 1 : Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je Kristian. Tapi kenapa ramai yang sungguh-sungguh tanya pasal Christmas ni? seolah-olah Kristian yang ada kat Malaysia ni bukan 9.1%, tapi 91.0% pulak.
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus (Original) tu la, tak sibuk nak ucap yang Nabi s.a.w suruh ucap, doa dan zikir banyak lagi yang tak reti.

Soalan 2 : Betul dok ni?, jangan Ucap Merry Christmas!. Christmas adalah hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap “Merry Christmas” anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak.
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus (Original) dah larang sokmo tapi jenis melayu ni memang jenis degil.

Soalan 3 : Apa hukum kalau pergi ke rumah orang yang buat jamuan sempena majlis perayaan krismas?
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus cuma jangan buat amalan-amalan berkait agama mereka.

Soalan 4 : 
(1) Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan-rakan yang menyambutnya?
(2) Sekiranya, rakan-rakan (daripada Sabah Sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dalam jamuan tersebut?
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 
1. Ucap tahniah sahaja. Jangan ucap merry atau selamat.
2. Boleh jika rakan kerja atau jiran sebelah. Jangan ucap atau buat apa-apa yang berkait dengan agama mereka, sekadar hadir menjamah jamuan yang halal sahaja.

Soalan 5 : Mengucapkan merry christmas kepada non muslim, jatuh haram ke?. Orang non muslim ni dah tau dah kita tak boleh ucapkan merry xmas, so diaorg pun tak ucaplah selamat hari raya, jadi mana keharmonian kat situ?. Nabi sendiri pun bila didatangi tetamu/raja non muslim, baginda layan sebaiknya.
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus (Original) boleh ucap dengan lafaz tahniah sahaja jangan ucapkan dengan lafaz salam. Kalau kafir tak mahu ucap selamat hari raya tak jadi masalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya. Zaman Rasulullah s.a.w masih hidup pun puak-puak kafir tak ucap selamat hari raya pun. Harmoni bukan dengan saling ucap selamat hari raya, harmoni ialah dengan ditegakkan hukum dan perintah agama di mana saja kita berada..

Soalan 6 : Perayaan-perayaan etnik terbesar di Malaysia seperti krismas, deepavali, raya cina dan lain-lain. Setakat mana umat Islam boleh merayakannya?
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus (Original) harus hadir ke rumah orang kafir pada hari-hari raya mereka dengan tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka.

Soalan 7 : Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan agama lain macam contoh Krismas atau Tahun Baru Cina?
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak boleh sambut, yang boleh ialah ziarah rumah jiran yang kafir pada hari raya mereka sahaja.

Soalan 8 : Rumah terbuka sempena christmas.
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus (Original) sunat orang islam tidak berpakaian cantik pada hari-hari perayaan orang kafir kerana menunjukkan kita tidak meraikan perayaan orang kafir yang batil dari Kitab Bahrulmmazi.
Sumber rujukan:
http://www.anakulucheka.com/
http://drmaza.com

Kesimpulannya:
Umat Islam diharuskan/dibolehkan mengucapkan tahniah kepada orang bukan Islam yang menyambut perayaan mereka... tetapi dengan syarat ucapan tersebut sekadar ucapan tetapi tidak mengiktiraf agama dan upacara perayaan mereka... dan tidak boleh merayakan perayaan mereka... kerana sambutan itu umpama mengiktiraf perayaan agama mereka... tetapi tidak dihalang untuk ziarah atau hadiri jemputan jika mereka menjemput... tetapi sekadar ziarah sahaja... Tapi bagiku, kalau dah takut sangat, baik tak payah pergilah... cukuplah ucap tahniah sudah la kan... habis cerita... 

Sejarah hari Natal boleh baca di SINI

22Ulasan

  1. ooo x blh bg ucapan merry christmas
    aah kan ramai yg menjemput bila 25 dis ni menjelang

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. diorg nk hntr kita terima aje.. kita bls dgn ucapan tahniah...

      Padam
  3. oh !! kene cakap tahniah la ni .. orait .. :)))

    BalasPadam
  4. benda nie dah jadi topic from years to years..tapi bagus laa dan nak dekat2 christmas nie awk buat entry macam nie..supaya orang sentiasa ingat..as for me, bila sampai musim christmas sy cuba amalkan wish mereka "Happy Holidays" jer...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. itu tujuannya..utk ingtkn kmbli wlaupun tiap2thn org smbut kn...

      Padam
  5. Ada pendapat yang mengatakan kita boleh ucap kat mereka. Bukan aku cuma meraikan..Allah-Hu-Alam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..klu ikut pndpt ustaz Asri...mmg blh ucap aslkn skdr ucapan bkn smbut... tpi nk slmt ucap je tahniah...

      Padam
  6. T kasih diatas perkongsian ini pn Maria..

    BalasPadam
  7. owh... deqla x penah plak ucap... thanks sharing...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ