09 Disember 2013

Hukum Makan Sisa Makanan Anak

Gambar hiasan: google images

SOALAN:

Assalamualaikum w.r.t,

Saya ingin bertanya mengenai kesahihan amalan yang menyatakan bahawa makanan lebihan dari anak kita sendiri tidak baik untuk kita habiskan kerana di bimbangi anak-anak tersebut apabila mereka besar nanti ada kecenderungan untuk tidak menghormati ibu-bapa mereka. Ini kerana selama ini saya cuba mengelakkan makanan tersebut dari membazir dan saya akan cuba habiskan walaupun makanan tersebut daripada lebihan makanan anak saya sendiri. Harap ada jawapan daripada bijak pandai sekalian. Jazakallah..

JAWAPAN:

salam

Sepanjang pencarian kami, kami tidak menjumpai adanya sandaran atau dalil Sahih dari Al-Quran dan As-Sunnah , bahawa memakan lebihan makanan anak-anak akan menyebabkan anak tersebut tidak akan menghormati ibu bapanya diwaktu dewasa kelak.Apa yang jelas ianya mungkin berasal dari pegangan orang-orang terdahulu yang llebih bersandarkan kepada logik akal dan adat setempat.

Malahan, sesungguhnya ibu bapa yang menghabiskan lebihan makanan anak-anaknya itu dianggap satu perbuatan yang baik dan terpuji lantaran tidak mahu termasuk dikalangan orang-orang yang membazir.

Apa yang terbaik ialah dengan mendidik dan mengajar anak-anak kita agar membiasakan diri untuk menghabiskan setiap makanan yang dimakan dan menjauhi sifat membazir yang merupakan amalan syaitan.


Mitos orang tua dulu-dulu... sebab dia nak biasakan anak makan biar habis... jangan membazir... sebab ni juga kan, mak-mak susah nak kurus kan... hehe... keje habiskan makanan anak aje.. hehe... 

25 ulasan:

  1. hmm.. nice entry.. sebaiknya didik mereka jgn membazir.. kena ingat ada yg kebulur x mkn... tp kita mudahnya buat pembaziran.. kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... Biar makan berpada2.. Spy xde pmbazira. ..

      Padam
  2. kenit biasa makan anak punyer bila anak tak habis makan huhu. Takkan nak dibiar membazir, lain la ada bela ayam kat belakang umah hehe.

    BalasPadam
  3. Saya pun selalu habiskan sisa makan anak2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg resam ibubgtu dh.. Syg tgk mknn x hbis..

      Padam
  4. Saya lupa matan hadisnye.Tp nabi suka mendahulukan cucunye ketika merasa makanan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh.. Ea ke... Nnt kita cari... Tpi rasa lain... Habiskan topik lain.. :-)

      Padam
  5. thanks for sharing maria, so sekarang kita pakai pemuda tak yah pakai petua...hik hik hik....

    BalasPadam
  6. mmm.. thx ya
    mmg dok ingat selama ni mcm tu la
    so x brani nk mkn lebihan mknan anak2..
    so skrg x der mslh..
    klau bg anak bg tarok ckit dlukan
    tak cukup kita tambah, baru anak2 x membazir & belajar abeskan makanan drg :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... Ajr mkn sikit2.. Mkn bertmbh bkn x hbis...

      Padam
  7. heheheh betui tuh dik... konon nk diet tp duk suap anak mkn nasi ngn tlr grg kicap pun dh kecur liur...

    BalasPadam
  8. kalo makan di restoran or any outdoor eating place fae susah nak habiskan satu pinggan hehe. kalo di rumah licin je pinggan.

    BalasPadam
  9. Daripada membazir lebih baik kita habiskan...

    BalasPadam
  10. Mmg bagus ni.. pembaziran itu kan sahabat syaitan.. thanks sharing.. :)

    BalasPadam
  11. better habiskan makanan anak yang tak habis tu... kalau tak membazir pulak... huhuhu

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^