GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Testimonial KOPIKO L.A. Coffee

Memalam update lagi blog, nak buat camne... idea tengah mencurah-curah... Berikutan entry hangat petang tadi... pasal Pek Nga dan LA Coffee... Ramai pula yang tanya sedap ke tak... hehe... ok.. meh sini nak citer sikit...

Kopi Red Guara LA Coffee

Sebenarnya, dah lebih setahun kot aku elakkan minum Nescafe 3 in 1 dan Coffee Pracampuran... Sebelum keluar LA Coffee ni, aku beli kopi DCL... memang sedap kopi DCL ni... dan kesan dia, sebagai milk booster aku gak, sebab masa tu masih menyusu Faiqah. tapi aku stop beberapa bulan atas sebab family planning... dan lepas kandungan 6 bulan, baru la cuba minum balik.. 
Kopi susu kambing plus madu bioasli

Selain tu, aku minum kopi susu kambing plus madu dari Bioasli. Aku ni alergik kambing, tapi susu kambing ni, tak lak aku alergik.. memang xde gula sebab manis madu... sedap dan pekat.. tapi en.somi tak leh minum sebabnya lepas minum lagi teruk plak migrain dia.. 


Sehinggalah LA Coffee ni kuar kat TV... mulanya macam tak nak beli... tapi hari tu jenjalan kat Tesco Selayang, ada... harga plak dalam RM10.90 kalau tak silap... jadi siang beli.. malam tu gak try... 

haha... panjang bebelan aku deh... saboorr je lah.. 
Testimonialnya:
LA Coffee memang terbaik... LA Coffee memang Low Asid dan tak mengganggu perut.. suami ku yang tak boleh minum kopi pun, boleh telan LA Coffee ni, sebab tak mengganggu kepala dia.. tak sakit dan tak migrain pun dia minum.. aku jarang-jarang amik sebab preggy kan... tapi 25g je kandungan dia, masih selamat la utk diminum sekali-sekala oleh ibu mengandung buat hilang rasa teringin tu kan... 

LA Coffee ni bagi aku, tak tinggi sangat kafein sebabnya, urine tak berbau kopi yang kuat... sebab beza kalau minum Nescafe.. jadi bagi yang nak cuba, tak rugi beli LA Coffee... kiranya iklan tu tak tipu ea..boleh dipercayai... Suamiku pernah buat LA Coffee campur milo, minum panas-panas... sedap juga.. hehe... sekali lagi, sapa-sapa yg nak cuba boleh cuba ea... tak rugi.. sebabnya ini dari company KOPIKO kan... jika anda pernah rsa sedapnya gula-gula KOPIKO, anda pasti kena rasa LA Coffee... 

Ini, testimonial free aje.. xde bayaran pun... hhee.. 
sebab dah ramai bertanya, maka dijawab dengan entry... 

Sumber pic: Google images

20Ulasan

  1. Menarik iklan che maria ni ;) bolehlah cuba nanti.. :)

    BalasPadam
  2. uish, sedapnya... terliur pula malam2 ni... nak carilah nanti.
    Selamat menyambut ma'al hijrah. moga tahun ini lebih baik dari yg lalu

    BalasPadam
  3. akak belum cuba lagi kopiko la coffee, setakat ni masih masih serasi ngan product smart herbs..

    BalasPadam
  4. ha, btol2.. fadz pun da try kopiko L.A coffee ni.. bleh tahan sedap la.. rs mcm gula2 kopiko 2 kan.. :)

    BalasPadam
  5. CN mmg suka LA coffea ni, kalau bancuh kat bilik guru, dari luar pintu dah boleh bau tau ! mmg sedap ;)

    BalasPadam
  6. x pernah cuba lagi..tp nak beli yang LA coffee tu sebab ia x mengganggu perut..

    BalasPadam
  7. saya xminum kopi tapi gula2 kopiko sy makan ler. heheh

    BalasPadam
  8. Mohon Maaf just nak inform kopi LA ini ada mengandungi bahan penstabil makanan dgn kod E472E yg sah diekstrak dari lemak babi. :

    Beware of below E-CODES the codes are by mixing from transform of PIG origin.

    E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422,E430, E431, E432, E433,E434, E435,E436, E440,E470, E471, E472,E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482,E483,E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904

    Jadi sebagai mukmim menjadi kewajipan saya utk memberi tahu, selanjutnya buat sedikit research sebelum membeli sesutu produk, maaf atas komen saya,.

    BalasPadam
  9. Salam, mohon maaf nak bagitahu, kopi LA ni mengandungi bahan penstabil makanan dgn kod E472e yg terhasil dari lemak babi yg jelas haram. Saya sertakan kod makanan yg berlabel dgn kod yg muslim kena hindarkan,

    Beware of below E-CODES the codes are by mixing from transform of PIG origin.

    E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422,E430, E431, E432, E433,E434, E435,E436, E440,E470, E471, E472,E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482,E483,E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

    Harap dapat kita muslim berhati-hati dgn produk yg kita gunakan. semak sebelum beli. Maaf sekali lagi.

    BalasPadam
  10. @Omarsha

    Maaf kalau bahasa agak kasar. Cuma nak beritahu, kalau tak ada ilmu pun, sekurang-kurangnya buatlah pembacaan sedikit.

    Kod E yang kononnya senarai kod lemak babi di atas tu ternyata salah. Tak tahu di mana anda mendapatkannya, tapi sepatutnya anda kaji terlebih dahulu. Fahami betul-betul apa itu kod E dan bukannya sesuka hati melabelkan semua kod E sebagai lemak babi.

    LA Coffe disahkan halal oleh badan Islam di Indonesia yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh rujuk laman facebook JAKIM untuk maklumat lanjut. Kenyataan oleh JAKIM: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=691920184191887&set=a.170209816362929.52552.155056204544957&type=1&relevant_count=1

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ