15 November 2013

Sejauhmana Organ Dalaman Haiwan bawa Keburukan dan Hukumnya???

Tetiba hari Jumaat ni aku nak bawakan isu ni... sebab isu ni amatlah popular dalam kalangan ibu-ibu mengandung sebab kebanyakan doktor dan pakar perubatan menggalakkan makan hati sebagai salah satu cara untuk tingkatankan Hemoglobin atau Hb dalam darah. 

Sebenarnya.. sejauhmana kebenaran makan organ dalaman haiwan terutama hati, limpa dan jantung bawa keburukan. dan yang lebih teruk ada yang keluarkan kenyataan Nabi s.a.w yang melarang dan ulama menyatakan hukuman makhruh makan organ dalaman... 


Ini antara petikan artikel popular yg luas tersebar di internet tentang keburukan makan organ dalaman. Taip je keburukan organ dalaman haiwan, memang akan petikan artikel ni.. yang aku sendiri puas mencari mana sumber asal yang betul.

Apa yang jadi isu.. Sebab ada ayat "Nabi berkata jangan" dan juga ayat "ulama menjatuhkan hukum makhruh". aku mencari juga, dalil dan hadis berkaitan... dan apa yang aku jumpa dari laman web soal jawab JAKIM ialah ini:
Sumber: http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/32295

Dan satu lama web lain juga menyatakan perkara yang sama:
Sumber

Jadi, kedua-dua amat bertentangan sama sekali kan... aku sendiri pun tak jumpa hadis pasal Nabi melarang, cuma Nabi s.a.w kurang memakannya... 

Apa keburukan makan organ dalaman???
Organ dalaman haiwan fungsinya sama macam organ dalaman manusia juga... memproses segala macam yang kita makan...apakah fungsi hati???
Sumber: google images

Berikut adalah fungsi-fungsi hati:
  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.
Namun aku juga percaya, memang tak elok pengambilan organ dalaman secara kerap kerana Nabi s.a.w lakukan sesuatu pasti bersebab kan... cuma aku kesal bila sesuatu dinyatakan dengan hukum seolah-olah haram. 

Pendapat aku mudah saja... aku makan saja hati ayam dan sebagainya tapi bukanlah secara kerap, niat untuk mengubat dan dalam Islam sendiri pun suruh usaha dan ikhtiar dengan pelbagai cara. Tapi ambillah dengan secara sederhana. Aku pencarian dan kajian aku berkenaan isu ni, terjumpa artikel pasal, sakit sebab makan hati ayam. bagiku maunye tak sakitkan... dia beli sekilo hati ayam makan dengan kerap... memanglah lagi sakit sebab itu lagi memudharatkan, sebab organ dalam ni kilang memproses jadi toksin-toksin masuk dengan banyak tanpa sempat ditapis oleh badan kita sendiri. Jadi berSEDERHANAlah dalam pengambilan makanan dan minuman seharian...

عَنْ مِقْدَامِ بْنِ مَعْدِيِّ كَرِبٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ مَا مَلَأَ أَدَمِيُّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ بِحَسْبِ ابْنِ اَدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صَلْبَهُ فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ

Dari Miqdam bin Ma'di Karb, ia berkata: "Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada yang lebih jahat daripada orang yang memadati perutnya dengan makanan untuk menguatkan badannya. Jika perlu ia makan, hendaklah perutnya diisi sepertiga makanan, sepertiga air (minum) dan sepertiga lagi untuk udara (bernafas). (HR. at-Tirmidzi).

Kandungan Hadis
Hadis tersebut memberikan gambaran tentang bagaimana seseorang memenuhi kebutuhan jasmaninya, yaitu sebagai berikut:

Memadati perut dengan tanpa kendali adalah merupakan perbuatan berlebihan yang jahat (berbahaya), karena akan mengakibatkan timbulnya berbagai penyakit
Rasulullah mengajarkan untuk membagi kategori isi dari perut: 1/3 diisi dengan makanan; 1/3 dengan air minum; dan 1/3 lagi disediakan untuk udara (bernafas);
Allah SWT menegaskan dalam QS. Al-A'raf ayat 31:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
"dan makan dan minumlah kalian dan janganlah berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan".

Makan dan minum adalah perbuatan yang diperbolehkan dalam al-Qur'an. Namun, jika dilakukan secara berlebihan maka hukumnya berubah menjadi haram.

Dalam hadis lain dijelaskan:

عَنْ عَمْرٍو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيْهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ رَسُوْلَ اللهَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: كُلُوْا وَاشْرَبُوْا وَتَصَدَّقُوْا وَاَلْبِسُوْا فِىْ غَيْرِ اِسْرَافٍ وَلاَ مَخِيْلَةٍ
"Dari Amr bin Syua'ib dari bapaknya, dari kakeknya ia berkata bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: "Makanlah, minumlah, bersedekahlah, dan berpakaianlah tanpa berlebihan dan tidak sombong" (HR. Bukhari).
Kaedah penulisan asal [dalam bahasa Indonesia] tidak diubah untuk menghormati penulis asal. {SUMBER ASAL}

Info tambahan:
Makanan yang boleh tambah darah secara alami selain organ dalaman:
  • Buah-buahan: jambu batu, delima, epal, semua jenis buah beri
  • Sayuran: semua sayuran hijau terutama kailan, sawi hijau
  • Haiwan: ikan bilis, ikan sardin, daging merah
Sumber rujukan: SINI, SINI, SINI

P/S: Hampir dua jam aku mencari dan mengkaji isu ni... sebab aku sangat ragu-ragu bab hukum dan makanan... harap bermanfaat pada semua. Maaf jika ada yang terasa dengan penulisan ni... Penulisan entry ni, tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana pihak, sekadar berkongsi pendapat dan menjelaskan hal hukum berkaitan dengan pemakanan. Bab hukum hakam dan hadis Nabi s.a.w tidak boleh dan haram direka-reka... Harap, pembaca membaca dan meneliti dengan hati yang terbuka... Semoga bermanfaat untuk semua... 

9 ulasan:

  1. for me...sesekali xpe since i kekurangan darah merah so saranan doctor memang perlu ambil sumber2 yang mendatangkan sel darah merah...dah refer to ustaz kazim elias baru2 ni dan ustaz2 lain, jawapannya bukan haram cuma x elok diambil secara berlebihan...xde dalil yang mengesahkan pengambilan organ dalaman haiwan adalah haram...wallahualam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... Mmg xde dalil yg Nabi menegah pun.. Pndai2 je org reka hukum kn... Mkn skdrnya lah..jgnlah amik byk2...

      Padam
  2. Thanks for sharing. Pernah terbaca pasal ni. Tapi tak tau sejauh mana kesahihannya.

    BalasPadam
  3. saya tak makan organ sbb tekak tak boleh terima. tapi sayuran dan buah-buahan tu je saya jadikan sbg penambah darah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak sumber lain boleh dijadikan sbg sumber utk tmbh drh...

      Padam
  4. kenapa tak tulis keburukan memakan organ dalaman seperti hati ayam,boleh menyebabkan otak menjadi lembab.

    BalasPadam
  5. Aku baca quran..terjermahannya : bangkai yg dibenarkan hanya ikan dan darah yg dibenarkan..hati dan jantung..jantung pisang pun klu berlebih2an x baik.. jadi bsederhanalah..wasatiyah

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^