GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Makan Najis & Perut Ikan (Termasuk Ikan Bilis)


Tadi sempat memasak untuk orang di rumah... Baru-baru ni aku de post pasal sambal taun atau sambal lanun kan... jadi hari ni memandang en.somi da kat rumah aku pun rasa nak buat sebab dah lama tak buat sambal taun...

En.somi ke kedai runcit belikan ikan bilis dan cili padi... sekali dia beli ikan bilis yang kecik2 tu.. kalau nak siang ikan bilis tu jenuh juga lah.. jadi dia suruh aje basuh2 dan terus goreng sekali dengan kepala dan tahi ikan bilis... saja aje tanya dia.. apa hukum makan najis ikan bilis ni???

Jadi persoalan tergantung tanpa jawapan.. tapi kami masak aje sampai siap... jadi aku pun mencari info... apa hukumnya makan najis ikan??? Jadi, terjumpa artikel berkenaan ni di laman web Ustaz Zaharuddin... Jom baca kupasan Ustaz Zaharuddin berkaitan isu hukum makan najis ikan termasuk ikan bilis..
*************
Islam berada di antara suatu faham kebebasan soal makanan dan extrimis dalam soal larangan. Oleh karena itu Islam kemudian mengumandangkan kepada segenap umat manusia dengan mengatakan:

"Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu." (al-Baqarah: 168)

Selanjutnya mengumandangkan seruannya kepada orang-orang mu'min secara khusus.

Firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau betul-betul kamu berbakti kepadaNya. Allah hanya mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih." (al-Baqarah: 172-173)

Point : Perut ikan tak termasuk dalam bab bangkai yang diharamkan dan jikalau ia mempunyai najis, ia adalah terhasil dari makanan ikan yang juga harus, justeru ia adalah harus di makan (bagi sesiapa yang nak makan le).

Makanan kedua yang diharamkan ialah darah yang mengalir. Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orang-orang kemudian berkata: Itu kan darah. Maka jawab Ibnu Abbas: Darah yang diharamkan atas kamu hanyalah darah yang mengalir.

Maka perut ikan dan najisnya juga tak termasuk dalam bab ini.

Rasulullah s.a.w. ketika ditanya tentang masalah air laut, baginda menjawab:

"Laut itu airnya suci dan bangkainya halal." (Riwayat Ahmad dan ahli sunnah)

Dan firman Allah yang mengatakan:
"Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanannya." (al-Maidah. 96)

Umar r.a berkata: Yang dimaksud shaiduhu, iaitu semua binatang yang diburu; sedang yang dimaksud tha'amuhu (makanannya), iaitu barang yang dicarinya.

Dan kata Ibnu Abbas pula, bahawa yang dimaksud ‘thaamuhu', iaitu bangkainya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdullah diceriterakan, bahwa Rasulullah s.a.w. pernah mengirimkan suatu angkatan, kemudian mereka itu mendapatkan seekor ikan besar yang sudah menjadi bangkai. lkan itu kemudian dimakannya selama 20 hari lebih. Setelah mereka tiba di Madinah, diceriterakanlah hal tersebut kepada Nabi, maka jawab Nabi:

"Makanlah rezeki yang telah Allah keluarkan untuk kamu itu, berilah aku kalau kamu ada sisa. Lantas salah seorang diantara mereka ada yang memberinya sedikit. Kemudian Nabi memakannya." (Riwayat Bukhari)

Tiada pun diarahkan oleh Nabi untuk membuang perut atau najis ikan itu terlebih dahulu.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi Menyebut (Al-Halal wal Haram Fil Islam) :

Binatang laut iaitu semua binatang yang hidupnya di dalam air.

Binatang ini semua halal, didapat dalam keadaan bagaimanapun, apakah waktu diambilnya itu masih dalam keadaan hidup ataupun sudah bangkai, terapung atau tidak. Binatang-binatang tersebut berupa ikan ataupun yang lain, seperti: anjing laut, babi laut dan sebagainya.

Bagi yang mengambilnya tidak lagi perlu diperbincangkan, apakah dia seorang muslim ataupun orang kafir. Dalam hal ini Allah memberikan keleluasaan kepada hamba-hambaNya dengan memberikan perkenan (mubah) untuk makan semua binatang laut, tidak ada satupun yang diharamkan dan tidak ada satupun persyaratan untuk menyembelihnya seperti yang berlaku pada binatang lainnya. Bahkan Allah menyerahkan bulat-bulat kepada manusia untuk mengambil dan menjadikannya sebagai modal kekayaan menurut keperluannya dengan usaha semaksima mungkin untuk tidak menyiksanya.

Firman Allah:
"Dialah Zat yang memudahkan laut supaya kamu makan daripadanya daging yang lembut." (an-Nahl: 14)

"Dihalalkan buat kamu binatang buronan laut dan makanannya sebagai perbekalan buat kamu dan untuk orang-orang yang belayar." (al-Maidah: 96)

KESIMPULAN :
DARI SUDUT HUKUM, PERUT IKAN MALAH NAJISNYA ADALAH PERKARA YANG DIDIAMKAN HUKUMNYA OLEH ALLAH DAN RASULNYA, Natijahnya, hukumnya akan mengikuti hukum dagingnya sebagaimana dalil di atas, iaitu harus untuk dimakan bersekali dengan dagingnya.

Bagaimanapun, jika adat dan sains mendapati ianya tidak baik untuk kesihatan manakala adat mendapatinya sebagai kotor dan kurang elok. Maka adalah baik untuk menjauhinya. Kepala ikan pun sebenarnya nampak macam kotor dan mengerikan, tapi ramai orang suka makan kari kepala ikan, cuma saya belum pernah dengar kari perut ikan sahaja.

Justeru itu, dalam bab perut dan najis ikan bilis, ia isu yang sangat kecil dan ia adalah harus, siapa nak buang pun tiada masalah, siapa yang termakan atau memang nak makan pun tiada masalah.


Jadi... hukumnya HARUS MAKAN NAJIS IKAN...tapi uruf atau adat kita memang tak makan najis ikan sebab jijik dan kotor, sebab tu kita buang... tapi bab ikan bilis.. boleh je kalau nak makan.. xde masalah... tak buang pun boleh.. nak buang pun tak pe...

23Ulasan

  1. nasib baik tak tergolong dalam bangkai..kekadang ikan bilis yang kecil2 tu memang tak buang pun perut dia

    BalasPadam
  2. jenuh nak buang ikan najis ikan bilis kalau dah kecik sgt..hehe..thanx for sharing :)

    BalasPadam
  3. ooo baru acik tahu :) thanks cikgu atas entri ini

    BalasPadam
  4. mak mun slalunye buang..tp kalau dah kecik sgt tu..biarkan je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu dpt buang..mmg buang gak.. Tpi dh jnis kcik tak mmp nk siang..

      Padam
  5. Good sharing dear...mmg dh tau hukumnya tp bagus share utk yg x tau kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2... Sy pun tahu harus... Tpi sertakn dalil serta hukum lagi kuatkan...

      Padam
  6. bagusnya info ni ! sangat berguna, CN pon belasah jer kalau bilis yang kecik tu

    BalasPadam
  7. ok. tq maria coz kalau bilis halus sangat pun susah jugakkan..

    BalasPadam
  8. Kdgkala mmg ada diantara kita yg terlepas pandang namun tiba2 terfikir ttg sesuatu hukum itu.. t kasih diatas perkongsian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahu hukum..tapi tak tahu dalil x kukuh sst pngetahuan tu... Sama2..

      Padam
  9. kalo ikan bilis fae ngap terus hehehe

    BalasPadam
  10. terima kasih kerana sharing .....penat juga kopek ikan bilis nier ...

    http://azahairi.com/2013/11/afiq-umar-thaqif-1-tahun/

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ