GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bila Anak Cerewet Makan

Sumber: google images

Aduh memang pening kepala mama kalau anak cerewet makan. Ia sangat menguji kesabaran ibu. Penat memasak tidak hilang apabila si manja enggan membuka mulut merasa masakan yang disediakan.

Kadang kala kita terfikir bagaimana anak sekecil usia setahun lebih sudah pandai memilih makanan apa yang hendak di makan. Sebenarnya ia bermula daripada didikan awal di rumah.

Ibu bapa perlu menetapkan undang-undang makan sejak anak mula belajar makan makanan pejal. Ketegasan diperlukan untuk mendidik anak-anak membesar sebagai anak yang tidak cerewet bab makan.

*Pentingnya menetapkan masa makan yang konsisten setiap masa.

*Pastikan semua ahli keluarga makan bersama setiap kali waktu makan.

*Jika anak enggan makan pada waktu makan, anda perlu tegas memberitahunya selepas ini tidak ada makanan jika dia terasa lapar.

*Elakkan gangguan televisyen, alat permainan ketika waktu makan. Kadang kala ada ibu bapa yang memang mendidik anak sejak usia bayi makan sambil menonton televisyen atau bermain. Alasannya supaya anak mudah makan. Kesannya apabila besar, mereka tidak mahu makan kerana asyik menonton televisyen.

*Libatkan anak-anak dalam proses penyediaan makanan bermula daripada membeli bahan, menyediakan dan memasak.

*Tanya anak soalan seperti “Hari ini nak makan ayam ke ikan?” berbanding “Hari ini nak makan apa?”. Ia lebih memberi kesan teruja kepada anak untuk menjamah makanan yang dimasak nanti.

*Jika anak enggan makan sayur, ceritakan satu watak kartun yang hebat kerana makan sayur. Misalnya kartun Popeye. Dengan melihat kehebatan kartun tersebut disebabkan makan sayur, anak-anak kecil akan terpengaruh.

Semuanya terletak kepada cara pujukan ibu bapa melatih anak mereka membesar sebagai anak yang tidak cerewet makan. Jika anak tak suka makan sayur, periksa diri adakah anda sendiri makan sayur atau tidak?

Ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak jadi pastikan kita menjadi cermin yang terbaik buat mereka.

Sumber: Majalah PaMa

Petua Tambah Selera Makan
Sumber

Petua yang pernah saya buat ialah amalkan minum air didihan nasi... dan amalkan 3 kali mandikan anak dengan air ramasan daun kucai.. cubalah... :)

13Ulasan

  1. tips terbaik nie..hihi....cik akak yang dah tua nie...memang makan perlu memilih juga...hihi

    BalasPadam
  2. Mak saya dulu bagi saya appleton lycene kot.. Terus datang selera yg banyk-)

    BalasPadam
  3. tips yg baik ni kak. saya salah seorang yg agak cerewet bab makan. byk makanan yg saya tak makan tapi saya seorang yg mmg kuat makan walau badan kecik.

    BalasPadam
  4. Kesian budak-budak yang cerewet makan ni.... mudah diorang kena demam, selsema dan batuk-batuk.... Sebab gizi dan nutrisi dalam badan diorang tak seimbang....

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ