GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bahaya ke Chicken Pox ketika Hamil???

Baru-baru, ada anak rakan sekerja yang baru nak naik chicken pox... merah-merah badannya... kesian tengok.. bila tengah hari dia rasa rimas dan nangis.. kesian dia.. orang kata chicken pox atau cacar air atau demam campak ni mudah berjangkit. Kalau kena waktu tengah pregnant lagi bahaya... jadi.. aku pun risau juga, walaupun pernah kena dah masa kecik-kecik dulu, tapi tu tak bermakna kita tak kan kena lagi kan.. Jom baca info pasal cacar air atau demam campak atau chicken pox ni...

Bahaya ke Chicken Pox ketika Hamil

Apa itu demam campak?

Demam campak (Rubella) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.

Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.

Apakah tanda-tanda demam campak?

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  • Demam tinggi.
  • Batuk, selesema dan sakit tekak.
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya.
  • Sakit otot.
  • Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.
Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?

Tidak. Demam campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan demam campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan kebah. Satu lagi penyakit yang menyerupai campak adalah rubella.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Walau bagaimanapun kadang-kala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imuu sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:

  • Jangkitan pada telinga.
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia ).
  • Jangkitan pada otak (encephalitis).
  • Cirit-birit.
  • Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?

Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala:
  • Panadol untuk mengurangkan demam.
  • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata.
  • Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain (sehingga 4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.

Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi.

MMR adalah vaksin yang selamat.

Jika anak anda terdedah kepada individu dijangkiti campak dan belum lagi menerima imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor. Pemberian vaksin dalam jangka masa tertentu boleh mengelakkan anak anda daripada dijangkiti virus ini.

Petua tradisional rawat demam campak:

  • Mandikan dengan air ramasan daun semambu
  • Minum air kelapa untuk cepatkan bintik-bintik campak keluar dan redakan kepanasan dalaman.
  • Elakkan makanan berminyak dan kicap sebab nanti susah nak sembuh dan lekat parut..

Demam Campak dan Risiko kepada Ibu Hamil

Cacar air (chicken pox) boleh menjadi lebih teruk jika anda dijangkiti ketika sedang hamil, dan anda lebih berkemungkinan untuk mengalami komplikasi yang berbahaya seperti radang paru-paru (pneumonia). Oleh itu, penting bagi anda memaklumkan kepada doktor jika anda mengalami masalah pernafasan atau simptom-simptom baru yang lain semasa anda menghidap cacar air.

Doktor mungkin akan mencadangkan anda mengambil acyclovir, iaitu rawatan antivirus yang mengurangkan simptom-simptom cacar air dan memendekkan tempoh penyembuhan. Tetapi ini hanya boleh berlaku sekiranya rawatan ini dimulakan dalam masa 24 jam daripada anda mula mendapat ruam.

Jika usia kehamilan anda di bawah 20 minggu, doktor mungkin tidak mengesyorkannya kerana terdapat risiko ubat tersebut boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

Menghidap cacar air semasa hamil tidak meningkatkan risiko keguguran dalam trimester pertama, tetapi masalah mungkin berlaku jika virus ini menjejaskan bayi anda semasa dalam kandungan atau semasa baru dilahirkan. Masalah-masalahnya termasuklah kecacatan semasa lahir seperti parut, masalah mata dan anggota badan yang pendek.

Risiko cacar air membahayakan bayi bergantung kepada masa anda dijangkiti virus tersebut. Jika anda dijangkiti sebelum minggu ke-13, risikonya sangat rendah, dengan hanya setengah peratus bayi menerima kesan sampingannya. Pada minggu ke-13 dan ke-20, risikonya meningkat sedikit hingga kurang sedikit daripada satu peratus bayi yang terjejas. Pada minggu ke-20 dan ke-36 kehamilan, bayi anda berkemungkinan besar tidak akan terjejas. Sebaliknya, dia mungkin akan mendapat kayap dalam beberapa tahun pertamanya. Selepas minggu ke-36, risikonya meningkat sekali lagi. Jika anda dijangkiti pada masa ini, maka bayi anda mempunyai satu dalam dua kemungkinan turut dijangkiti, tetapi simptom-simptomnya mungkin tidak muncul kerana pelalian dalam badan anda telah disalurkan kepadanya. Jika anda mendapat cacar air tujuh hari sebelum atau selepas melahirkan, bayi anda berada dalam risiko yang serius kerana dia tidak akan menerima banyak antibodi daripada anda untuk meningkatkan sistem imunnya.

Sekiranya anda termasuk dalam kes yang terakhir, bayi anda akan diberi suntikan varicella-zoster immune globulin (VZIG) yang mengandungi antibodi terhadap cacar air. Kira-kira separuh daripada bayi dalam kategori ini akan mendapat cacar air tetapi VZIG akan melemahkan simptom-simptomnya. Rawatan antiviral menggunakan acyclovir juga merupakan satu pilihan bagi bayi-bayi baru lahir yang mendapat cacar air.

Jika anda tidak pasti sama ada anda pernah mendapat cacar air sebelum ini ataupun belum, doktor anda boleh menjalankan ujian darah untuk memeriksa sekiranya anda mempunyai antibodi terhadap cacar air. Lebih cepat ujian ini dilakukan selepas pendedahan terhadap virus ini, lebih baik, kerana keputusan makmal mungkin mengambil masa di antara 24 hingga 48 jam.

Jika keputusannya menunjukkan bahawa anda tidak mempunyai antibodi terhadap virus ini, doktor anda akan memantau kes anda dan mungkin mencadangkan supaya anda mengambil suntikan VZIG untuk melindungi anda dan bayi anda.

VZIG akan mengurangkan keterukan jangkitan, tetapi anda perlu mengambilnya dalam masa 10 hari selepas dijangkiti untuk memastikan ia berkesan. Jika anda masih mendapat ruam, maklumkan perkara ini kepada doktor anda secepat mungkin.

Sekiranya, dalam masa tiga minggu atau lebih selepas mengambil VZIG, anda bersentuhan sekali lagi dengan seseorang yang menghidap cacar air atau kayap, anda mungkin perlukan satu lagi dos vaksin tersebut.

Demam campak igauan ngeri sebab kena berpnatang dalam tempoh yang agak lama... Tapi jika imun kuat dan dengan izin Allah insya Allah boleh lawan virus demam campak nih.. tapi yg pasti, demam campak bukan sekali je dalam seumur hidup, bergntung kepada kekuatan imun badan itu sendiri..

Sumber: KKM dan Utusan Malaysia

8Ulasan

  1. chicken pox ni akak kena masa tingkatan 3... seksa dan merenyam rasanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy plak tak ingt bila pnh kena.. Tpi mak kata sy pnh kena kecik2 dulu...

      Padam
  2. bimbang juga..ada beberapa kanak2 dekat kawasan perumahan pun tgh demam campaq..hope dilindungiNYA

    BalasPadam
  3. iman xingt la dah kena chicken pox ke belom..tapi mcm dah.rasanya time iman umur 17 waktu trial spm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu pnh kena pun berkemungkinan akn kna juga nnt...tpi bergntung kpd iun bdn kita sndiri

      Padam

  4. Artikel yang menarik mengenai rawatan cacar air. Memang jangkitan cacar air pada wanita yang hamil boleh membahayakan kesihatan wanita tersebut dan bayi yang dikandungnya. Wanita tersebut berisiko untuk mendapat encephalitis, pneumonia dan hepatitis manakala bayinya berisiko untuk mendapat foetal varicella syndrome. 

    BalasPadam
  5. Ya allah time pregy 3bln ni lah kne chicken pop,,, mgkin ada hikmah allah sebaik2 merancang... smoga kandungan sy selamat... amin ;-(

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ