13 November 2013

6 Corak Pemakanan Mesti Ikut Elak Kanser

Sumber: google images

Wanita paling gerun apabila mendengar tentang penyakit seperti kanser. Bahkan kanser payudara mahupun rahim adalah kanser mesti elak oleh wanita. Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati. Oleh itu, semuanya bermula dari mengambil makanan yang terdiri daripada nutrisi seimbang bagi mencegah sel kanser dari terus membiak dan aktif.

1. Gula Tebu
Jangan tidak tahu bahawa gula adalah pencetus utama kanser. Kurangkan pengambilan gula yang berlebihan di dalam menu harian. Anda boleh menggantikan kemanisan dengan sejumlah kecil madu. Begitu juga dengan garam. Anda boleh menggantikan garam dengan garam laut.

2. Susu Soya
Susu adalah pengedar mukus atau lendir yang berasid ke dalam tubuh badan melalui laluan usus. Mukus dianggap agen pencetus kanser untuk aktif. Pengambilan susu seperti susu kacang soya perlu dikurangkan  memandagkan mukus di dalam minuman soya amat tinggi.

3. Daging Merah
Pengambilan daging terutamanya daging merah merupakan makanan berasid yang boleh menyumbang kepada masalah kanser. Adalah lebih baik jika anda menambah protin yang kurang berasid seperti ikan segar atau ayam.

4. Sayur & Buah
Sebanyak 80% makanan seimbang dari sayuran segar, buahan segar, bijirin, kekacang dan oat diperlukan untuk tubuh badan yang sihat. Manakala 20% lagi adalah makanan yang dimasak. Makanan segar membantu menyingkirkan lemak di dalam badan dan menghasilkan sel-sel sihat. Anda digalakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan segar sebanyak tiga kali seminggu.

5. Elak Kafein
Tinggalkan minuman yang mengandungi kafein yang tinggi seperti kopi, teh dan coklat. Anda masih boleh menikmati minuman panas yang lebih sihat seperti menggantikannya dengan minuman teh hijau sekali sehari. Elak meminum air terus dari paip kerana air paip mengandungi banyak asid yang bernama klorofin.

6. Tambahan
Sesekali belanjalah wang lebihan dengan membeli makanan tambahan seperti minyak ikan, anti-oksida, vitamin, mineral, EFA (Essential Fatty Acid) kerana membantu merangsang daya tahanan badan untuk menghalang pembiakan sel kanser dalam badan.

Tahukah anda bahawa kanser adalah penyakit yang paling ditakuti oleh ramai orang. Hal ini kerana, kanser boleh membiak dan mempunyai tahap kesakitan yang berbeza. Jika anda lambat merawat kanser, maut mungkin mengundang anda. Mari bertindak sekarang!
Elak Kanser
Sumber: google images

Amalan pemakanan yang sederhaan dan mengurangkan pengambilan makanan segera adalah amalan yg patut diamalkan...

14 ulasan:

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^