GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Yang Dilarang itu yang Dibuat!!!


Jangan Merokok!!!
Jangan buang sampah!!!!
Jangan pijak rumput!!!
Jangan panjat!!!
Jangan Letak Kenderaan Di Sini!!!
Jalan sehala, Dilarang Masuk!!!

Ini adalah antara larangan-larangan serta amaran yang biasakan kita jumpa... tapi pernah tak korang tengok semua larangan tu di patuhi???

Adakah kita patuhi semua larangan tu???
Jika kita tengok tak semua orang patuh kan... kalau biasa dilarang merokok di sini, maka kat situlah orang merokok,,, dilarang buang sampah di sini, tapi kat situlah sampah berlonggok-longgok... 

Sebenarnya, itulah sifat manusia... iaitu DEGIL!!!
Banyak ayat al-Quran tentang sifat manusia yang degil dan sukar terima arahan... 
Cuma sama-sama nak kita berfikir di hari JUmaat ni... 

jika kita nak anak kita baik, baikkan diri kita dahulu,
jika kita nak isteri/suami kita baik akhlaknya, baiki akhlak kita dahulu,
jika kita nak anak didik yang baik, sebagai guru kita kena baiki diri kita dahulu... 

Disiplin dan ikut arahan, 
sebenarnya diterap dalam Islam... dalam setiap ibadah kepada Allah, ada rukun, syarat wajib dan syarat sah, jika tak ikut atau tak patuhi tak sah ibadah tersebut.. 

Contohnya, solat, dalam solat ada syarat sah nya... jika tertinggal satu rukun atau syarat tak sah solat... jadi aplikasikan apa yang kita praktikan dalam solat dalam kehidupan kita, solat bukan sekadar arahan atau perintah wajib yng Allah beri tapi lebih kepada kebaikan kita mendidik jiwa... hayati makna disebalik solat... 

Begitu juga dengan segala peraturan di dunia yg diwujudkan, untuk permudahkan kehidupan manusia... tengok saja lah... jangan pandu laju, tapi bawa juga laju akhirnya kena saman, bila kena saman marahkan pihak berkuasa pula kata pihak berkuasa ni suka makan duit orang, tapi tak sedar dia dah buat salah sedangkan peraturan dan larangan telah jelas dan nyata... 

Latihlah diri kita untuk jangan jadi orang degil, didik diri, anak isteri dan suami kita supaya orang yang berdisiplin.. tambah2 jika kita orang yang tak tinggalkan solat... 

Seorang waliyyullah yang bernama Suffian ath-Thauri rahimmallahu ta`ala, katanya, "Setiap maksiat dan dosa yang berpunca daripada mengikut nafsu syahwat seperti ikut nafsu main judi atau minum arak, maka ada juga harapan untuk diampunkan oleh Allah. Akan tetapi kalau setiap maksiat dan dosa yang dilakukan berpunca daripada takabbur, sombong, riak, angkuh, tak mau dengar Quran dan tak mau dengar cakap rasul; maka payah Allah nak ampunkan. Sebab dosa dan kesalahan iblis itu juga berpunca daripada takabbur, sombong dan tidak mahu tunduk kepada perintah Allah, maka Allah halau iblis keluar daripada syurgaNya serta direjam dan dilaknat sampai hari qiamat."... (sumber)

Jika peraturan Allah kita remeh-temehkan, apatah lagi peraturan di dunia kan.. 

Firman Allah dalam ayat 30 Surah Yaasiin, yang bermaksud, "Alangkah menyesalnya hamba-hamba itu sebab tidak adalah setiap rasul yang Allah hantar untuk mereka, melainkan mereka memperolok-olokkan rasul ini, serta mereka mempersendakan ajaran-ajaran rasul ini. Mereka tak peduli arahan para rasul, dengan membelakangkan kehidupan para rasul dan hanya pentingkan kehidupan mereka sahaja. Akhirnya mereka menyesal di Padang Mahsyar."...

10Ulasan

  1. singgah & mohon doakan kesembuhan Adik yer

    BalasPadam
  2. huhuhui... kene ubah ayat tuh dik, jgn buang sampah kite tukar... sile lah buang sampah kalu nk bumi kotor... bt ayat2 mcm kiasan gitu

    BalasPadam
  3. betul lah, yang ditegur, itu jugak jadi kebiasaan..

    kak, lawa lah blog akak, purple gitu..

    BalasPadam
  4. semuanya bermula dari kita juga :) cikgu makin cantik blog ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. smuanya dr diri sndiri..

      terima kasih acik..:-)

      Padam
  5. Manusiakan mmg cenggitu MF hehe....lagi dilaramg lagi dibuat...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ