14 Oktober 2013

Wean Off Breastfeeding atau Putus Susu

Ramai ibu-ibu dilema bila anak hampir mengijak usia 2 tahun... Bagi yang menyusu badan sama ada sepenuhnya atau tidak, pasti akan rasainya... Sebab bila anak dah nak 2 tahun tu lah makin kerap dan kuat dia menyusu, macam tak nak berpisah lagi... Tambah-tambah bila dalam 'perut' ada isi lagi.. Doktor atau nurse biasa sudah pasti suruh hentikan menyusu kerana takut memudharatkan kesihatan bayi dalam kandungan. Orang-orang lama pula, suruh berhenti menyusu kononnya anak kena penyakit cacing... 
Begitulah dilema yang aku hadapi dulu... Namun, Allah permudahkan niat aku dengan mudahnya. Aku berjaya wean off penyusuan Faiqah selepas usia 2 tahun 1 minggu.... Alhamdulillah... Dia terus tidak menyusu badan lagi sejak tarikh tu... Tiada petua menarik aku nak kongsikan... Namun, dengan sedikit ilmu dan pengalaman, mungkin boleh dijadikan panduan untuk masa akan datang. 
Sumber: google images
Langkah pertama aku buat, ialah rancang kehamilan. Apa kaitan rancang kehamilan dengan penyusuan badan??? Sebenarnya, aku dan suami tidak menggunakan kaedah perancang keluarga moden, secara natural dan semulajadi sahaja... jadi mudah kami merancang... Ketika usia berapa dan kira sendirilah bila nak bagi Faiqah lagi... Alhamdulillah... itulah kita hanya merancang dan Allah sebaik-baik perancang.. Rancangan kami selari dengan perancangan Allah... Ketika Faiqah berusia 1 tahun 8 bulan aku hamil lagi... maksudnya tinggal 4 bulan fasa terakhir tempoh penyusuan Faiqah... dan aku teruskan menyusu Faiqah dalam tempoh 4 bulan pertama aku hamil... Gagahkan diri dan kuatkan semangat dan dengan pertolongan Allah, aku berjaya tempuhi tempoh tu... 

Langkah awal sebelum itu, disebabkan aku rancang kehamilan begitu, dalam minda aku dah set siap2... dan setting minda ni aku buat juga untuk Faiqah... sejak usia Faiqah 1 tahun, aku dah main psikology dia... Setiap hari 3 kali aku katakan pada Faiqah, cukup 2 tahun Faiqah dah tak boleh susu ummi sebab nanti nak bagi kat adik pula, walaupun pada masa tu aku belum pun hamil. Setiap hari itulah aku set kat minda dia... 

Langkah lain aku buat, bila tahu aku hamil, aku semakin melekakan dia dengan penyusuan badan... Beri ketika dia minta dan tido sahaja. Lengahkan permintaan dia.. alihkan perhatian dia dengan makanan atau sumber tenusu lain... Aku beri dia susu segar sebab waktu tu dia kurang minum susu tepung. Aku belikan calcium dan biskut2 yang dia suka... 

Langkah seterusnya, aku berikan ketika betul2 dia nak tido sahaja... tengah malam memang akan bangun juga cari... dalam masa aku lengahkan dan lekakan dia dengan yang lain, tak putus-putus doa dan juga main psikology dia... memang itu caranya.. 

Langkah lain, ialah ibu itu sendiri kena berperanan... Putus susu tak kan berjaya jika si ibu tidak bersedia.. Kena kuatkan semangat untuk putus susu... Jika si ibu tak sedia, memang tak berjaya... Satu je,,, Jangan paksa untuk wean off breastfeeding... 

Langkah terakhir ialah.. kebetulan Faiqah ni penggeli orangnya... lebih mudah aku usik dia... gunakan sirap sebagai langkah terakhir untuk wean off... Alhamdulillah... sejak itu dia tak nak... walaupun dia menangis, mula-mula memang tak sampai hati, tapi demi kebaikan si adik dan aku sendiri, dan aku pun dah sempurnakan penyusuan dia, maka kena gagahkan diri... kuatkan semangat... 

Alhamdulillah.. genap 2 tahun seminggu Faiqah terus tinggalkan sesuatu yang dia suka dulu... demi kasih kakak pada adik, dia terima dengan rela.. dan aku sendiri katakan pada dia, "ummi dah sempurnakan hak Faiqah selama dua tahun, jadi susu ini untuk adik pula ya..." dia mengangguk Faham... Kini, aku amat rindukan tempoh penyusuan dulu... tak sabar nak tunggu adik dia pula... memory mengepam, mengempeng dan mengumpul susu itu amat indah untuk ibu yang menyusukan... 

Kita hanya merancang, dan Allah juga merancang, dan sebaik-baik perancang ialah Allah Taala... teruskan berusaha, berdoa, dan bertawakal kepada-Nya... 

10 ulasan:

  1. thanks for sharing maria, tapi hari tu masa pergi maternity monthly check up, ada kakak tu inform, once dia preggy, susu badan terus tak ada... memang ada yer yang dalam condition macam ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada kak... sy ngam2 je dpt dua thun lpas tu trus stop utk dia proses yg akn dtg plak..

      Padam
  2. salam kak....selamat pagi kak..senyum selalu

    BalasPadam
  3. salam kenal. singgah sini terus follow. jom, kalu sudi singgah dan follow teratak kite jugak. maceh... >_<

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.. terima kasih sudi singgah sini... :)

      Padam
  4. kenit cukup dua bulan habis pantang susu terus kering. Memang ikut keturunan ke ape ke tak tahulah. Jeles sungguh pada kaum ibu yang bolwe nyusu sampai anak usia 2 tahun. Jika rezeki susu banyak jgn disia2kan. Opkos bila lekat no. 2 dan seterusnya, susu akan berkurangan tu takpela ada excuse (^_^)

    BalasPadam
    Balasan
    1. susu juga rezeki dr Allah.. mgkin rezeki kenit kot lain kan...

      Padam
  5. panduan yang berguna buat aida ..masanya akan tiba nanti..ouh sedihnyaa bila sampai masa..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm.. mmg sedih tapi xpe..2thun cukup smpurna hak dia...

      Padam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^