GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Susu Terakhir untuk Si Kecil


Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Kredit from HERE

Sesungguhnya menyentuh hati kisah ini... Sebagai ibu yang pernah menyusukan aku merindui untuk menyusui lagi anakku.. Lepas Faiqah wean off dari breastfeeding setelah cukup 2 tahun, hatiku sayu sungguh... Tak sabar rasanya nak adik Faiqah lahir cepat2 sebab nak rasa lagi nikmat menyusukan tu lagi... Buat kengkawan blogger yang pertama kali pregnant, tolonglah... susuilah anak anda... Jangan sesekali beralasan untuk memberi hak anak anda, dan nikmatilah anugerah Allah melalui proses penyusuan itu... Anda akan merinduinya... 

8Ulasan

  1. saya sempat bf zara sampai 10 bulan..pastu bila sy tak berapa sihat, susu dah mula kering, usha jugak amek spulimet tapi takda jugak, alhamdulilah sempat la merasa nikmat 10 bulan

    BalasPadam
  2. yup.. memang sedih :(
    pengorbanan ibu..

    BalasPadam
  3. betul...ni xtahu mcmana nak hadapi saat wean off bila bln 3 nnti..mcm x snggup...huhuh

    BalasPadam
  4. Kasih ibu kak, sampai hujung nyawa. Kita anak ni belum tentu dapat balas semua jasa ibu kitakan

    BalasPadam
  5. sayu je rasa..sue yang breastfeed si izz ni pon rasa sayu je baca

    BalasPadam
  6. ouh sayu nyaa..tersentuh hati..entah kita mampu berbuat sedemikian ke atau tak...Tragis sangat..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ