GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Senyuman Pagi: Jika Tiada Rezeki

Sumber: google images

Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal.
Hanya DIA, ALLAH Yang Maha Adil.

5Ulasan

  1. sesungguhnya kita tidak pernah putus rezeki dari Allah. Tapi, kita yang memutuskan hubungan kita dengan Pencipta lantas angkuh dan takabur dengan rezekiNya. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang2 yang rugi dunia akhirat.

    BalasPadam
  2. rezeki ni kita xleh nak duga.. kadang lain kita hrap, lain Allah pusingkan.. wajib juga bersyukur..

    BalasPadam
  3. perancangan Allah itu adalah yang TERBAIK!

    BalasPadam
  4. Subhanallah.. belajar melihat sesuatu dari sudut yg positif.. t kasih diatas perkongsian.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ