GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Khasiat Pegaga untuk awet muda


Pegaga bukan tumbuhan yang asing lagi bagi masyarakat melayu atau masyarat di Malaysia.
Tumbuhan ini telah dijadikan ulam dan makanan sejak dari nenek moyang kita lagi. 

Pegaga disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu tumbuhan yang
sangat penting untuk dipelihara dan ditanam. 

Di Malaysia walaupun ia digunakan sebagai herba penyembuh tetapi ia lebih popular dijadikan sebagai ulam makanan berbanding dengan herba ubatan.

Khasiat Pegaga untuk awet muda

Di Malaysia pegaga dijadikan sebagai ulam makanan di kalangan masyarakat Melayu dan dijadikan
sebagai air minuman penyejuk badan bagi masayarakat Cina serta dijadikan sebagai tonik dikalangan
masyarakat India.

Masyarakat Melayu menggunakan air rebusan daun pegaga untuk tujuan rawatan
kusta dan reumatik (sakit sendi).

Daun pegaga yang dipanas sehingga garing atau jus daun pegaga yang dicampurkan dengan makanan digunakan untuk mengurangk an cirit birit
kanak - kanak.

Setengah-setengah orang menggunakan daun pegaga sebagai bahan demah atau tuam untuk merawat
sakit akibat luka atau daun pegaga yang dilumatkan dan ditampal pada badan untuk rawatan demam.

Jus daripada akar pegaga yang diminum dapat mencuci ulser.

Setengah-setengah orang mempercayai
bahawa daun pegaga adalah baik bagi ibu selepas mengandung bagi tujuan awet muda.

Sumber: Karangkraf

Aku tak makan sangat pegaga, tapi pegaga yang dibuat kerabu memang sedap... huii.. rindu mak buat kerabu pegaga... nyum3... Tapi pegaga juga boleh dibuat teh, dan batang pegaga boleh dibuat serunai yang mengeluarkan bunyi... 

11Ulasan

  1. kenit ngan pegaga ni malu2 kucing sikit, liat nak makan walau tahu banyak khasiatnya tuk kita kaum wanita hehe. InsyaAllah pasni kenit nak cuba kalau dijamu depan mata hehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pun memilih gak... kdg2ada yg pahit tu yg x mkn...

      Padam
  2. akak lagi best, selalu nampak mama masak ulam pegaga ni, tapi sentuhnya tidak...wakakaka...

    BalasPadam
  3. huhhuh..aida pon tak makan pegaga sebab pahit..hihihi..tapi kalau nak makan sikit,mungkin boleh la kot..nak dapat khasiat..hihih

    BalasPadam
  4. Dulu kt kampung atuk, pegaga ni tumbuh subur je.. penuh, klu nk makan petik basuh & terus ngap dgn nasi & lauk .. sedap.. skrng dah tiada lagi. Klu makan pasti teringat akan zaman tu :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ