14 Oktober 2013

Pegaga dan Khasiatnya


Pegaga bukan tumbuhan yang asing lagi bagi masyarakat melayu atau masyarat di Malaysia.
Tumbuhan ini telah dijadikan ulam dan makanan sejak dari nenek moyang kita lagi. Tambahan lagi,
Pegaga disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu tumbuhan yang
sangat penting untuk dipelihara dan ditanam. Di Malaysia walaupun ia digunakan sebagai herba
penyembuh tetapi ia lebih popular dijadikan sebagai ulam makanan berbanding dengan herba ubatan.

Di Malaysia pegaga dijadikan sebagai ulam makanan di kalangan masyarakat Melayu dan dijadikan
sebagai air minuman penyejuk badan bagi masayarakat Cina serta dijadikan sebagai tonik dikalangan
masyarakat India. Masyarakat Melayu menggunakan air rebusan daun pegaga untuk tujuan rawatan
kusta dan reumatik (sakit sendi). Daun pegaga yang dipanas sehingga garing atau jus daun pegaga
yang dicampurkan dengan makanan digunakan untuk mengurangk an cirit birit
kanak - kanak.

Setengah-setengah orang menggunakan daun pegaga sebagai bahan demah atau tuam untuk merawat
sakit akibat luka atau daun pegaga yang dilumatkan dan ditampal pada badan untuk rawatan demam.
Jus daripada akar pegaga yang diminum dapat mencuci ulser. Setengah-setengah orang mempercayai
bahawa daun pegaga adalah baik bagi ibu selepas mengandung bagi tujuan awet muda.


Aku tak makan sangat pegaga, tapi pegaga yang dibuat kerabu memang sedap... huii.. rindu mak buat kerabu pegaga... nyum3... Tapi pegaga juga boleh dibuat teh, dan batang pegaga boleh dibuat serunai yang mengeluarkan bunyi... 

12 ulasan:

  1. kenit ngan pegaga ni malu2 kucing sikit, liat nak makan walau tahu banyak khasiatnya tuk kita kaum wanita hehe. InsyaAllah pasni kenit nak cuba kalau dijamu depan mata hehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pun memilih gak... kdg2ada yg pahit tu yg x mkn...

      Padam
  2. akak lagi best, selalu nampak mama masak ulam pegaga ni, tapi sentuhnya tidak...wakakaka...

    BalasPadam
  3. huhhuh..aida pon tak makan pegaga sebab pahit..hihihi..tapi kalau nak makan sikit,mungkin boleh la kot..nak dapat khasiat..hihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la, ,, da yg pahit tu buatkn tkut2nk makn..

      Padam
  4. Dulu kt kampung atuk, pegaga ni tumbuh subur je.. penuh, klu nk makan petik basuh & terus ngap dgn nasi & lauk .. sedap.. skrng dah tiada lagi. Klu makan pasti teringat akan zaman tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. best kt kg.. mcm2 ulam ada.. petik je kn..

      Padam
  5. mama belum pernah makan lagi pegaga ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah mama, ,,sedap dn utk awet muda., hehe

      Padam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^