GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Memandu Ketika Hamil


Memandu Ketika Hamil | Hari ini, tugas memandu kereta seolah-olah satu kemestian kepada semua wanita. Biarpun mengandung, wanita tetap memandu kereta kecuali ada pilihan lain iaitu suami yang memandu.

Kita sedia maklum, keadaan fizikal ibu hamil kadang kala menyebabkan ketidakselesaan semasa memandu. Namun tiada masalah bagi ibu hamil untuk memandu selagi dia mengelakkan risiko yang boleh membahayakan dirinya dan bayi dalam kandungan.

Mungkin tip berikut boleh dijadikan panduan kepada ibu hamil semasa memandu kereta.

Tips Memandu Ketika Hamil

Tips Memandu Ketika Hamil

Trimester pertama

Kebanyakan ibu mengalami morning sickness di awal kehamilan. Badan menjadi kurang bermaya, lesu, mudah sakit kepala, loya dan muntah. Jika tidak berdaya untuk memandu minta bantuan orang lain.

*Pastikan anda makan sebelum mula memandu. Perut yang kosong dan lapar memudahkan rasa mual

*Pastikan ada bekalan gula-gula berangin, buah atau chewing gum yang boleh mengurangkan rasa loya terutama dalam keadaan jalan sesak.

*Jangan lupa bekalan air minuman yang boleh melegakan rasa loya.

*Bagi ibu yang mudah muntah, sediakan beg plastik untuk saat kecemasan jika termuntah.

*Sekiranya tiba-tiba rasa mual dan hendak termuntah, segera perlahankan kereta dan berhenti di tempat yang selamat untuk melegakan diri seketika.

*Jika tiba-tiba keadaan anda makin teruk ketika memandu, jangan teruskan pemanduan. Hubungi suami atau kawan-kawan untuk datang membantu.

Trimester kedua


*Sekiranya bercadang memandu untuk jarak yang jauh, dapatkan pemeriksaan kesihatan daripada doktor terlebih dahulu. Sebaiknya jangan memandu bersendirian.

*Berhenti rehat sekiranya rasa sakit pada tulang belakang kerana duduk terlalu lama.

*Rasa ngilu atau kebas yang dialami di bahagian kaki boleh mengganggu pemanduan. Berhenti di tempat yang selamat dan berjalan seketika untuk menghilangkan penat.

Trimester ketiga


*Perut yang semakin besar membuatkan pemanduan semakin kurang selesa. Letak bantal kecil bagi memberi keselesaan di bahagian belakang pinggang.

*Elakkan perut terlalu rapat dengan stereng, selaraskan kedudukan anda tetapi pastikan kaki mencapai pedal minyak dan brek.

*Sekiranya mengalami kontraksi kecil, berhentikan kereta di tempat selamat. Turunkan tempat duduk agar dapat berbaring dan berehat seketika sehingga rasa kontraksi hilang. Jika tidak hilang, dapatkan bantuan orang lain untuk mengambil anda.

Sebaiknya apabila kandungan masuk tujuh bulan ke atas, ibu dinasihatkan tidak memandu kerana berisiko tinggi kepada diri sendiri dan bayi. Minta bantuan suami untuk menghantar anda ke tempat kerja.

Sumber: majalah PaMa

Pengalaman aku sendiri masa hamil kali pertama... masuk minggu lapan bulan 32weeks aku dah tak larat nak memandu sebab setiap hari balik kerja tempuh jem kat plaza tol.. maklumlah kereta manual... lenguh satu badan... pernah sampai nangis tahan sakit... lepas daripada tu, suami aku buat surat permohonan kat bos dia untuk hantar dan ambil aku pergi kerja setiap hari tapi naik moto lah... kecuali waktu hujan... memang mencabar bila perut dah besar kan... lenguh segala macam dah... kete auto memang kuranglah hadapi macam aku hadapi...tapi manual lebih lagi lah... Mengandung kali ni, tak tahu la macam mana... kalau tengok, macam dah tak hadapi jem sangat dah... moga dipermudahkanlah kali ni...sebab sampai nak bersalin memang aku kena memandu lagi sendiri... moga tahanlah badan... 

7Ulasan

  1. bagus tips yg akak bagi ni... jaa pun gi keje drive sendiri jugak... dedulu msa pregnant trimester pertama mmg ada morning sickness, jaa mmg selalu drive guna lorong iri, sbb risau kot nk muntah dan plastik bag, coklat, dan air mmg selalu ada kat sebelah. hihi.

    BalasPadam
  2. mama sampai nak bersalin, drive sendiri ke hospital, masa tu darah dah leaking dah, air ketuban separuh pecah.. hihi, redahkan jugak, sampai hospital, cari parking, doktor check je dah 5 cm, rambut baby dah rasa.... hihihi, sakit tak jugak... sikit-sikit je...

    BalasPadam
  3. setakat ni memang memandu sendiri ketika preggy ni dan alhamdulillah tiada masalah...masih diberi kekuatan...

    BalasPadam
  4. tu la yang terpaksa di tempuh oleh mereka yang bekerjaya kalau suami juga bertugas, dan tak dapat hntar..

    BalasPadam
  5. huhu...iman xkwin ag so ini boleh guide iman satu hari nnt

    BalasPadam
  6. dugaan.. in shaa Allah semoga dipermudahkan..aamiin

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ