GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Masuk syurga kerana bulu mata


SEORANG hamba ALLAH SWT diadili di hari pengadilan kelak, dia menghadapi tuduhan kerana mensia-siakan hidupnya di dunia demi untuk berbuat maksiat.

Sebaliknya, dia berkeras membantah dengan mengatakan tidak pernah melakukan perkara berkenaan.

Dia menafikan apabila malaikat memberitahu mengenai kesalahannya: “Mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? Di sini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu...”

Tiba-tiba mata berbicara, “Saya yang memandang.”

Disusuli dengan telinga, “Saya yang mendengar perkara itu.”

Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”

Bibir pun mengaku dengan selambanya, “Saya yang merayu.”

Lidah menambah dengan berani, “Saya yang menjilat dan menghisap.”

Tangan tanpa malu meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.”

Kaki pula menyusul, “Saya yang berjalan dan berlari semasa itu.”

“Kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian mengenai perbuatan aibmu.” kata malaikat lagi.

Lelaki tersebut tidak mampu menyatakan apa-apa hujahan lagi lantas dia berputus asa dan berduka kerana sebentar lagi akan dihumbankan ke dalam panasnya neraka jahanam.

Dia  berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindung. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara halus yang amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, “Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.” Malaikat menjawab dengan tenang, “Silakan wahai bulu mata.”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan.

Bukankah Rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?

Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga.

Sumber: Sinar Harian

Nota ungu: Jangan bazirkan air mata menangis sebab putus cinta, tapi menangislah takut-takut kita terputus dari rahmat Allah

8Ulasan

  1. SubahanAllah!! Terharu.. Sgt terharu.. Mohon share ye sis.. ;)

    BalasPadam
  2. semua anggota badan akan berkata2 kat sana nanti.. subhanallah...hanya taubat yg dpt membantu kita di sana kelak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah... air mata taubat tu sgt bernilai disisi Allah...

      Padam
  3. betul tu.. menangislah kerana takutkan Allah dan menyesal di atas dosa-dosa yang lalu..

    BalasPadam
  4. Menangis mengenangkan dosa-dosa yang lalu pasti membawa kita ke syurga...salam isnin maria..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ