GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kira-kira 2000 permohonan pertukaran guru diluluskan

KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,000 guru diberi kelulusan untuk membuat pertukaran sekolah dan lebih 50 peratus daripadanya diberi atas alasan untuk bersatu semula dengan pasangan masing-masing, kata Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan.

Beliau berkata, jumlah itu membabitkan permohonan bagi 2013 yang memenuhi syarat minimum iaitu berkhidmat selama 36 bulan.

Bagi permohonan pertukaran sekolah untuk 1 Januari 2014 yang ditutup hari ini, beliau berkata kementerian menerima 3,812 permohonan untuk sekolah menengah dan 4,137 permohonan bagi sekolah rendah.

"Kita akan beri pertimbangan sewajarnya bagi permohonan ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2013 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Kamalanathan menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang bertanya mengenai permohonan pertukaran guru yang diluluskan atas alasan ingin bersatu semula dengan suami atau isteri.

Sumber: harian metro

Pasti berita gembira buat semua cikgu2 yg minta posting tukar... Moga berjaya buat kengkwan yg minta tukar tu... Ameen...

5Ulasan

  1. tahniah pada mereka....yg dh dluluskan permohonan

    BalasPadam
  2. mudah2an suami saya termasuk dalam list yang diluluskan...hehehehe

    BalasPadam
  3. Tahniah kpd guru2 semua.. semoga dpt bertugas dgn lebih bersemangat..

    BalasPadam
  4. salam kenal...done follow sini jugak.
    Semoga pertukaran utk bersatu bersama pasangan dapat meningkatkan kebahagian bersama =)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ