GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kebaikan dan Khasiat Teh Hijau


Biarpun aromanya berbeza berbanding teh lain, tetapi teh hijau mempunyai lebih banyak khasiat dan lebih selamat buat wanita. Bermula dari mengelak kanser sehinggalah untuk kecantikan, teh hijau jarang mendatangkan masalah buat penggemar teh. Mungkin tiba masa anda mengubah minuman kafein anda!

Kebaikan dan Khasiat Teh Hijau

Kebaikan dan Khasiat Teh Hijau

KEGEMARAN JEPUN
Sebut saja teh hijau, ia antara teh yang sangat popular di Asia Timur terutamanya Jepun. Malah, penduduknya juga ramai yang panjang umur. Kebanyakan penduduknya berusia lebih 100 tahun dan jarang dijangkiti penyakit kerana mereka mengamalkan teh hijau sebagai minuman harian.

BANTU KURUS
Menurut kajian klinikal nutrisi dari Journal Amerika, ekstrak teh hijau dikenal pasti memberi manfaat untuk mengaktifkan metabolisma dan meningkatkan tenaga. Ini kerana ia mengandungi sejenis bahan polyphenois katekin yang tinggi dan mampu membakar lemak sehingga empat peratus dalam tempoh 24 jam selepas minum teh ini. Walaupun terbukti berkhasiat untuk menurunkan berat badan, namun senaman dan corak pemakanan perlu juga dikawal. (pasti ramai yang suka baca info nih.. hehe)

ELAK KANSER
Percaya atau tidak, teh hijau mempunyai komponan zat yang mampu melawan sel kanser.Ia mencegah pertumbuhan sel tidak normal ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik. Kajian yang dijalankan juga menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat.

JAGA KESIHATAN
Kandungan teanin di dalam teh hijau yang bersifat antihipertensif iaitu mampu membantu menurunkan tekanan darah dan berada pada tahap normal. Menariknya, minuman ini membantu mengawal glukosa, karbohidrat dan mengurangkan peningkatan gula dalam darah. Disebabkan itu, pesakit kencing manis elok mengamalkan minuman ini untuk mengawal gula dalam darah.

KECANTIKAN
Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan kerana ia bersifat antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan dari panahan cahaya matahari.

Ramai wanita bertanyakan sama ada meminum teh hijau semasa hamil itu membahayakan atau tidak. Meminum teh hijau semasa hamil adalah selamat selagi anda boleh mengawal pengambilannya. Petang nanti, minum teh bersama keluarga pun seronok juga!

Sumber: Majalah Keluarga

Aku pun suka minum teh hijau... Teh biasa memang tak leh langsung minum sebab angin satu badan... Tapi buat masa ni, memang tak minum sebab pregnant dan lepas ni kena berpntang lagi.. Tapi fakta diatas tu buatkn aku tersenyum,,... yeah!! boleh minum teh hijau untuk sekali-sekala... nanti boleh cari teh hijau... hmm... sedap diminum panas-panas kan... :)

7Ulasan

  1. KA mmg suka teh hijau ni !

    BalasPadam
  2. mama belum pernah minum lagi teh hijau ni kak... memang banyak khasiatnya, kena cuba jugak ni,

    mama menabung di university of london.. hihi

    BalasPadam
  3. oh..teh hijau boleh bantu kurus kak? ni yang buat nak cuba ni.hehehe

    BalasPadam
  4. Bagusnya teh hijau ni kan...
    sy skrg tgh guna pencuci muka dr teh hijau ni...:)

    BalasPadam
  5. Sy klu di pejabat mmg galakkan diri minum green tea.. tiru trend dipejabat pembekal2 cina. Perkara yg baik x salah ikut kan.. lebih baik dari memanjang minum yg manis je..Thanks sharing.

    BalasPadam
  6. @Norhasniza Khalid

    kalau belum pernah minum, cuba try teh hijau brand Ahmad Tea London. Rasanya pun taklah pahit sangat. Green tea ni elok diminum tanpa letak gula.

    - iklan:[ Menjual Teh Hijau @Green Tea Ahmad Tea]

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ