GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

6 Cara Pujuk Anak Makan Sayur


Anak-anak dan sayur umpama minyak dengan air. Susah betul nak pastikan mereka makan sayur-sayuran yang baik untuk kesihatan dan tumbesaran. Tetapi anak-anak, apalah yang mereka faham kalau kita beri alasan 'tumbesaran' kepada mereka. Jadi kita sendiri perlu lebih kreatif untuk menjadikan sayur-sayuran seenak jajan yang mereka makan. 

1. Masak bersama anak-anak. Beri anak anda peluang untuk melihat dan membantu anda memasak di dapur. Minta bantuannya 'mengoyak' kecil-kecil daun salad untuk dimakan segar atau beri peluang menghiris sayuran seperti lobak untuk membuat sup. Anak-anak akan merasa mereka mengambil beberapa bahagian dalam penyediaan menu, maka peluang untuk merasa adalah tinggi.

2. Berkebun bersama. Bercucuk tanam bersama-sama anak akan menjadi satu aktiviti yang sangat menarik. Anda akan mula perasaan minat anak yang semakin cenderung untuk menanam sayur-sayuran. Ambil kesempatan ini dengan menceritakan khasiat sayur-sayuran ini dan cara masakan sayuran yang menyedapkan.

3. Membeli-belah bersama. Ubah pemikiran bahawa membawa akan-anak ke pasar adalah perkara remeh. Anda perlu mengajak anak-anak untuk memberi mereka peluang memilih sayur apa yang mahu mereka rasa. Beri anak-anak minat untuk memilih dan membeli sendiri sayur-sayuran. Sekembalinya ke rumah, percayalah mereka akan teruja untuk makan hasil pilihan mereka.

4. Sedia hirisan buah dan sayuran atas pinggan. Ada hari-hari tertentu anak anda mahukan makanan ringan sekadar untuk menonton televisyen dan ketika lapar setelah balik sekolah atau sebelum tidur. Daripada memberi mereka makanan ringan yang kurang khasiat, anda perlu sediakan buah yang telah dipotong dan salad sayur yang dicampur dengan beberapa buah-buahan kegemarannya siap-siap di dalam peti ais.

5. Cipta resepi baru. Anda boleh mencipta resepi kegemarannya tetapi campur sedikit sayuran hijau ke dalam menu. Sebagai contoh, anda boleh meletakkan brokoli atau cendawan di nasi yang dibakar bersama sos berkrim dan keju. Selain itu, anda boleh memasukkan sayur sawi dan lobak merah yang dipotong halus ke dalam sup bebola ayam kegemaran anak anda.

6. Menu berwarna-warni. Anda boleh rangsang minat anak dengan menghasilkan minuman berunsurkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang pelbagai warna. Anda boleh menyembunyikan sayur-sayuran di sebalik jus buah-buahan dengan mencampurkannya dengan minuman kegemaran mereka seperti yogurt. Mana mungkin mereka sedar di dalam ada daun saderi mahupun lobak!

Jangan biarkan anak membuang atau mengasing sayur-sayuran di dalam menu mereka. Jika dibiarkan, sikap ini akan terbawa-bawa sehingga dewasa malah menu yang diambil kurang keseimbangan dari segi khasiat dan zat. Kita juga perlu menjadi ibu paling kreatif untuk tumbesaran anak-anak. Mungkin si suami juga berminat dengan resepi baru yang kita hasilkan!


Nota ungu: Alhamdulillah, Faiqah takde masalah bab makan sayur... sayur kegemarannya ialah lobak merah... 

19Ulasan

  1. akak ni jenis yang tak makan sayur sangat...masa kecik2 buatlah macam mana pun, memang liat nak makan sayur tapi ada jugalah sayur2 yang akak makan, sekarang ni jer baru ok sikit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe... dh jadi ibu kna rajin mkn syur spya ank ikut nnt... hehe

      Padam
  2. mekasih share tips tu dik.... nnti boleh try amalkan... aiyan kalu msk dlm ns goreng or sup tu dia mkn je lobak merah or kcg... syr daun tak penah lg bg kadang tercekik

    BalasPadam
  3. hehehe..mun dlm byk2 sayur mun xsuka sawi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhai cik mun.. sedap sawi.. cuba mkn bak choi utk gnti sawi hijau sbb bak choi sedap dan tak pahit..,

      Padam
  4. yup betul, aktiviti bersama anak-anak tu penting.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye.. xtvt bersama tu slh satu kaedah psikologi yg berkesan...

      Padam
  5. ank sulg sy mkn sayur memilih sket..memg ikut pragi sy..ank 2nd ok semua die bedal..

    BalasPadam
  6. Tulaa sekarang ni aida tengah beria nak pupuk selera sayur kat Aqil..Semoga berjaya..InsyaALLAH..hihih

    BalasPadam
  7. tips yg bagus ni, anak jaa pun kurang makan sayur, kekadang tu jaa kena potong sayur sekecik mungkin utk dia.. baru lah dia makan sbb x nampak.. hihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kira ok lah tu...sbb de bdk dh msuk mulut pun blh luahkn balik...

      Padam
  8. memang susah kan nak suruh budak2 makan sayur..Anak Ayu pilih2 sayur..mcm carrot diaorang makan sikit2 sbb Ayu kata nanti mata cantik...pas tu sayur hijau..Iris makan sawi sikit2, Ian plak makan kacang buncis pun sikit2..ok la kan dr tak makna langsung.

    BalasPadam
  9. tips yang bagus, ti muja ada anak mesti kena apply. mesti my parents dulu pun susah hati sebab muja ni,, makan sayur je muntah,, tapi skrg boleh makn la walaupun bukan favourite,, hehe

    mujadafewa.my

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ