GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

'Manderem' Tahi Hidung

Ipoh: Pengalaman pahit menjadi mangsa ‘manderem’ atau jampi serapah orang gaji sendiri, menyebabkan seorang wanita serik untuk mendapatkan khidmat amah warga asing, khususnya dari Indonesia.

Dia yang mahu dikenali sebagai Zabedah, 38, dari Tambun, di sini, berkata, tak pernah diduganya amah yang dibayar RM650 sebulan tergamak mengenakan ilmu hitam terhadap dia dan keluarga.

“Lebih menyakitkan hati dia menggunakan bahan kotor, antaranya daki dan tahi hidung yang dimasukkan ke dalam makanan yang dimasaknya bertujuan `menundukkan’ kami.

“Sebelum itu, saya menemui satu bekas merah mengandungi kertas azimat, cincin dan minyak wangi di dalam beg pakaiannya,” katanya kepada Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

Walaupun kita moden... Tapi masih tak moden.. Bab2 minta tlg ngan makhluk x nmpk ni buatkn kita tetap kna berjaga2 dgn org... Kena kuatkan rohani dan amalan untuk berhdapan dgn org sebegini... Huhu... Memang pikir 10 kali lah nak amik pembantu rumah ni kan...

12Ulasan

  1. pengotornya.. zaman moden pun masih ada yang sanggup amalkan ilmu hitam macam ni..

    BalasPadam
  2. walla takut lah bab2 macam ni !

    BalasPadam
  3. betul tu maria, walaupun kita moden tapi masyarakat kita masih tak moden dan ada lagi yang masih berfikiran orthodox dan percaya benda2 sihir khurafat ni... moga2 kita dilindungi dari ilmu hitam dan khurafat ni...

    BalasPadam
  4. haish memang menakutkan manderam ni..zaman sekarang ni bukan-bukan yang dibuatnya kan..

    BalasPadam
  5. Astagfirullah ya Allah.. mohon dijauhi dari perkara2 yg mcm ni dari terjadi. Jauhkanlah ya Allah.. amin.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ