GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Pelik!!! Rawatan Kecantikan Wanita Jepun


Tidak dinafikan kebanyakan wanita sanggup melakukan apa saja demi untuk kelihatan cantik dan menarik. Namun, yang menjadi luar biasanya adalah apabila terdapat trend terkini masyarakat Jepun khususnya golongan wanita yang begitu tergila-gilakan terapi kecantikan berendam dalam serbuk gergaji.

Biarpun terpaksa membiarkan seluruh badan anda diselubungi dengan habuk dan serbuk gergaji, namun wanita Jepun yang pernah menjalani rawatan kecantikan ini beranggapan ia lebih ‘bermaruah’ berbanding terapi kecantikan lain yang lebih ekstrem dan menyakitkan. Serbuk gergaji yang digunakan untuk tujuan kecantikan ini dikatakan akan diperam terlebih dahulu sebelum ‘menyelimuti’ badan pelanggan.

Selain disifatkan mempunyai banyak manfaat, pakar kecantikan Jepun turut percaya rendaman selama 15 hingga 20 minit di dalam serbuk gergaji daripada kayu cedar dan cemara berupaya meningkatakan peredaran darah, membersihkan kulit, mengurangkan sakit sendi dan otot serta mengubati penyakit kulit. Semua kelebihan tersebut dipercayai berasal dari enzim tumbuhan dan fermentasi buah yang terdapat dalam serbuk gergaji.

Sepanjang proses berendam, serbuk gergaji akan memberikan kesan hangat kepada tubuh kerana suhu naik mencecah 40 darjah Celsius atau diumpamakan seperti melakukan larian marathon selama dua jam. Di samping mengeluarkan peluh, rendaman ini juga mengaktifkan organ-organ dalaman  yang mengoptimumkan metabolisme, meningkatkan kekebalan tubuh dan meningkatkan peredaran darah.  


Ada spa2 nak try??? boleh la g kilang papan amik serbuk kayu... hehe... mana tau boleh kuruskan badan ke.. hehe... 

5Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ