GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Fakta Menguap


Tahukah menguap sebenarnya boleh berjangkit. Tak caye? Boleh try menguap tengok mesti member sebelah pun menguap jugak. Kajian menunjukkan 55% orang akan menguap selepas kawannya menguap.

Tahukah kome mendengar ceramah juga boleh mengakibatkan menguap tahap dewa laut? Masih belum ada kajian yang dibuat mengapa hal ini berlaku..

secara saintifiknya pula menguap adalah kerana tubuh kekurangan oksigen, oleh itu mulut kita secara automatiknya membuka ruang seluas2 luasnya untuk mendapatkan oksigen

kalau tak percaya, cuba korang yg dah rasa nak mula menguap tu bangun sekejap, rehatkan diri...
lebih elok cari kawasan yg agak luas, tarik nafas panjang2
(melalui hidung ya)

Menguap Dalam Islam

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari gangguan syaitan.

Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :

Berusaha menahannya sedaya upaya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)

hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim)

Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn).

*******************************************
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Jangan menguap berlebih-lebihan ea... apatah lagi sampai membunyikannya... tapi betullah.. menguap ni berjangkit.. jika menguap.. boleh cepat2 minum kopi tak pun jika lebih dari 3 kali... cepat2 cari bantal dan tilam ok...tambah2 kalau dah malam... 

Dulu2 kalau menguap masa majlis atau ada apa2 event or meeting.. gula-gula Kopiko lah ubatnya.. tapi kalau dah ngantuk, telanlah segala mak nenek kopi.. tidur jugalah ubatnya... 

7Ulasan

  1. fakta yang menarik.. betul tu, selalu menguap akan berjangkit..

    BalasPadam
  2. SETUJU.. haha kalau sorang da menguap, confirm kawan2 lain pon akan berjangkit sama. hehe

    BalasPadam
  3. Thanks Maria for info..menguap ni kalau mengantukkan..nak tahan pun susah..

    BalasPadam
  4. Hahaa.. menguap tahap dewa laut :D.. Tp betul tu, menguap mmg dari syaitan. Thanks sharing..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ