GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

7 Bahan 'Magik' Kilatkan Periuk!

Jamuan bersilih ganti. Masak setiap hari. Kuali pun dah naik legam. Jika anda ingin putihkan pandangan anda terhadap kuali yang melekat di dinding, kami ada rahsianya. Tak perlu produk mahal pun!

 Kilatkan Periuk

Serbuk Soda
Bukan mudah untuk menanggalkan kesan hangus pada dalam atau luar periuk. Jika disental kuat, akan terhakis pula. Memasukkan sedikit serbuk soda bersama air dan dibiar semalaman membantu menanggalkan kesan hangus pada periuk. Anda tidak perlu menyental periuk anda lagi.

Air Cola
Ini mungkin berita baik buat anda yang gemar membuat karamel atau gula hangus. Masalah gula hangus yang melekat pada periuk dapat diatasi dengan menuang sedikit air cola. Hal ini kerana air cola bersifat asidik yang tinggi dan bayangkan bagaimana ia boleh merosakkan gigi anda pula.

Krim Tartar
Biasanya, anda menggunakan krim tartar untuk menghasilkan kek yang gebu dan kembang. Sebenarnya, kandungan potasium hidroxide dan asid tartar mampu membantu membersihkan kuali dengan lebih mudah. Anda hanya perlu rendam bersama air semalaman di dalam periuk yang mahu dibersihkan.

Garam & Limau
Biarkan gabungan dua bahan ini bersatu untuk beberapa minit di dalam bekas yang ingin anda bersihkan. Bukan saja mampu menanggalkan kesan hangus tetapi mampu membuang minyak yang sukar dibersihkan.

Garam
Didihkan air bersama garam untuk menanggalkan kesan masakan yang hangus melekat pada kuali. Kemudian gosok menggunakan senduk kayu. Jika kurang berjaya, biarkan untuk beberapa jam. Kekotoran degil akan tertanggal dengan sendiri.

Sos Tomato
Memandangkan sos tomato bersifat asidik semulajadi, ia boleh membantu menanggalkan kesan hangus apabila anda memasak. Tidak kisah sama ada tomato di dalam tin ataupun tomato segar yang dihancur, biarkan semalaman dan ia serba sedikit membantu.

Cuka
Cuka mengandungi asid asetik yang mampu membantu menghapuskan makanan hangus yang melekat pada kuali. Tuang cuka bersama air dan didihkan untuk beberapa minit. Ia bukan saja menanggalkan kesan degil tetapi jika anda didih tanpa menutup periuk, cuka akan bertindak sebagai penyahbau di dalam rumah anda! Menarik bukan?

Mengapa perlu bersusah-payah membeli produk yang mahal-mahal sehingga boleh memberi kesan kasar pada tapak tangan? Kami percaya bahan di atas mudah didapati dari rumah anda. Yang penting, ia lebih mesra alam dan tak perlu modal banyak.
Sumber: Karangkraf

Nota ungu: Tak pernah pula aku try petua2 nih... nak cuba juga lah.. jom kembalikan kilat periuk belanga di dapur tu... 

16Ulasan

  1. Balasan
    1. Sy biasa guna garam je.. X pnh lak combine dgn limau..

      Padam
  2. info yang berguna ni..thanks for sharing..

    BalasPadam
  3. Saya pernah guna soda, lemon dan cuka.so far..rasanya yg paling berkesan..guna lemon.tp kalo sisa yg degil sangat tu terpaksa guna cif macam amy mastura

    BalasPadam
  4. macih share dik.... banyak gk nih yg boleh dicuba n brg2 yg mmg ada kt umah... nnti kite share gk hasilnyer yek

    BalasPadam
  5. wah bagusnye
    nice sharing
    blh try nnti kasi berkilat2

    BalasPadam
  6. Soda tu boleh guna tak untuk hilangkan bontot kuali yang dah retung , yang macam kopi P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang tu ?
    ( Saya suka petua-petua yang begini. Thanks for sharing Maria )

    BalasPadam
  7. Bagus info ni.. ttg air cola tu sy mmg betul & sy pun bukan peminat air berkabonat. Pernah try guna cola utk bersihkan permukaan dapur lama yg berminyak jenis berdaki.. mmg berhasil. Bayangkanlah klu dlm perut huu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. Cola mmg berasid dan byk guna.. Bgus la sapa amalkn cola blh cuci perut usus sekali..

      Padam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ