GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Elak Mengantuk Balik Kampung

Syawal tinggal beberapa hari sahaja lagi dan ramai yang merancang untuk memandu sendiri pulang ke kampung halaman. Peringatan buat anda yang ingin memandu sendirian, pastikan anda tidak mengantuk. Kata orang,  ‘malang itu tidak berbau’ , jadi sebelum terjadi perkara yang tidak diingini, mari baca tip untuk elak mengantuk ketika sedang memandu.

Memandu ketika mengantuk adalah sangat membahayakan. Sedetik sahaja anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yang dipandu.

Sumber: Google Images

Rehat sebelum perjalanan
Sebelum bertolak untuk pulang ke kampung, anda mestilah bersedia dengan tubuh badan yang sihat dan pastikan anda berada di dalam keadaan tenang. Kadang kala keadaan stress juga mampu membuatkan anda hilang tumpuan dan boleh mendorong kepada pemanduan dalam keadaan merbahaya. Rehat secukupnya amat penting terutama masa tidur anda. Jangan sesekali memaksa diri untuk memandu dalam keadaan yang mengantuk.

Elak memandu berseorangan
Kadang- kala disebabkan terlalu bosan dengan perjalanan yang jauh, dan anda pula berseorangan di dalam kereta, potensi untuk berasa mengantuk adalah tinggi. Untuk mengelakkan diri dari merasa bosan semasa memandu, bawalah setidaknya seorang rakan anda untuk di ajak berbual. Jika anda bersama ahli keluarga atau rakan-rakan, ajaklah mereka berborak apa sahaja topik yang anda rasakan sesuai. Carilah topik yang boleh membuat anda tergelak kerana ia akan menghilangkan rasa bosan dan mengantuk ketika memandu.

Pasang radio atau lagu secara kuat
Jangan sesekali biarkan suasana memandu dalam keadaan terlampau sunyi. Jadi, untuk meriuhkan keadaan di dalam kereta anda, pasanglah radio atau lagu kegemaran anda pada volume yang lebih tinggi daripada biasa. Lebih menarik jika anda menyanyi bersama untuk menghilangkan rasa bosan. Sebaiknya pasang lagu yang mempunyai rentak rancak seperti lagu terbaru daripada Imagine Dragons- Radioactive, One Republic- Counting Stars, 2 Chainz-We Own It dan banyak lagi. Pilihlah ikut citarasa anda tersendiri.

Berehat sekejap jika perlu
Khas bagi anda yang memandu dalam tempoh masa yang lama, badan anda pasti akan merasa letih dan penat. Tidak salah jika anda berhenti di mana-mana R&R untuk merehatkan diri. Ambil masa dalam 15 ke 20 minit untuk tidur sebentar. Selepas bangun pastikan anda mencuci muka dengan air bagi menyegarkan diri semula. Walau tidur hanya sebentar, ia sudah cukup untuk memberi semula tenaga untuk anda terus memandu.

Tidak dapat dinafikan, perasaan mengantuk sebenarnya adalah diluar kawalan kita, namun mengambil langkah untuk mengurangkan rasa mengantuk semasa memandu adalah amat penting. Berhati-hatilah ketika memandu, kerana sedikit kecuaian mampu mengundang maut. Selamat memandu si cantik semua!

5Ulasan

  1. tips dan peringatan yang sangat baik...selamat hari raya..

    BalasPadam
  2. berhati2 bila memandu berseorangan diri, thanks for sharing maria... *_^

    BalasPadam
  3. menarik tips..terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  4. selamat hari raya.. hati-hati memandu pulang ke kampung..

    BalasPadam
  5. hehe comel pula si kucing tu..:D..
    tips yg bagus ni..bole guna tips ni khamis ni nanti..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ