GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Info Ramadhan: Zakat Fitrah dan Bayaran Secara Online

Jom kenali dan belajar apa itu zakat fitrah... Dalam Islam banyak pembahagian zakat, zakat harta, zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat ternakan dan sebagainya. Tapi yang wajib dibayar ikut haul dan nisab pada bulan Ramadhan, ialah Zakat Fitrah.

Google Images
Zakat fitrah menurut istilah syarak bermaksud mengeluarkan makanan asasi bagi sesebuah negara tertentu dengan kadar yang tertentu dan diberikan kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

Syarat-syarat wajib mengeluarkan zakat fitrah:
(a)   beragama Islam;
(b)   mempunyai kelebihan harta untuk keperluan diri dan ahli keluarga pada malam dan siang hari raya;
(c)   hidup pada akhir bulan Ramadan dan awal bulan Syawal.
Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.7 kilogram makanan asasi sesebuah negara.
Hukum dan waktu mengeluarkan zakat fitrah:
(a)   harus – sepanjang bulan Ramadan;
(b)   wajib – bermula setelah terbenam matahari pada akhir Ramadan;
(c)   sunat – bermula dari masuk waktu solat Subuh sehingga solat Hari Raya;
(d)   makruh – selepas solat hari raya sehingga terbenam matahari 1 Syawal;
(e)   haram – setelah terbenam matahari pada 1 Syawal.
Golongan yang berhak menerima zakat iaitu 8 asnaf :
(a) Fakir
(b) Miskin
(c) Amil yang terlibat dalam urusan zakat
(d) Mualaf
(e) Hamba mukatab
(f) Orang yang berhutang
(g) Ibni sabil (musafir)
(h) Fisabilillah (berjihad atau menuntut ilmu)
Hikmat zakat fitrah terhadap individu:
(a)   melahirkan individu yang penyayang kepada sesama manusia;
(b)   menjauhkan sifat bakhil dalam diri seseorang.
Hikmat zakat fitrah kepada masyarakat:
(a)   melahirkan masyarakat Islam yang penyayang;
(b)  melahirkan masyarakat yang tolong menolong serta belas kasihan kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Akibat tidak mengeluarkan zakat:
(a)   ibadat puasa yang dilakukan tidak mendapat kesempurnaan;
(b)   lahir individu yang bersifat bakhil dan tamak;
(c)   mendapat kemurkaan dan azab Allah SWT.

Hukum Bayar Zakat Melalui SMS atau Online
Zakat bermaksud sebahagian harta tertentu yang telah diwajibkan oleh Allah s.w.t untuk diberikan kepada mereka yang berhak menerimanya seperti yang terdapat di dalam al – Quran.
“Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu,” (al-Baqarah: 185). 

Jelas di dalam kaedah dakwah Islam ada menyatakan bahawa perkara yang mudah janganlah kamu susahkan. Sebenarnya inilah bukti Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti dalam Islam. Dengan adanya teknologi dan inovasi baru ini banyak membantu kita melaksanakan ibadah agar menjadi lebih mudah.

Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan? Hakikatnya, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah. Iakukanlah amalan harus, seperti pernikahan yang mewajibkan Ijab dan Kabul (akadnikah). Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.

Zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas iaitu SMS atau Online, apabila niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku. Maka, sahlah zakat tersebut.

Kesimpulannya, menunaikan zakat dengan pelbagai kaedah baharu ini tidaklah menjadi suatu kesalahan di sisi Islam. Ia adalah sah bahkan memudahkan urusan dengan syarat, hendaklah dipatuhi segala rukun zakatnya, iaitu niat dan berlakunya perpindahan harta zakat dari muzakki kepada mustahiq.  Wallahua’lam.
Dikeluarkan Oleh:
BAHAGIAN PERHUBUNGAN KORPORAT & PEMASARAN
PUSAT ZAKAT MELAKA

Sumber: Buku Pendidikan Islam Tingkatan 2 dan www.izakat.com


autopublish entry

5Ulasan

  1. urusan menjadi mudah dengan bayaran secara online..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bg yg jnis x sempat ok lah..tpi skrg mdh dh kn.. Kt masjid dan psryaa pun ada kaunter zakat dh.. Bila2 je blh byr..

      Padam
  2. jaa pun x bayar lagi ni... hihi.. jaa xpenah lagi guna khidmat online tu. biasanya kami bayar melalui imam yg dilantik di kampung kami ni jer... hihi..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ