GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hati-hati Memilih Baju Raya!!!

Alhamdulillah, dah hari kelima hari ni kan.. betui kan.. rasa macam semalam je baru mula puasa.. hehe.. Aku rasa hari ni Ahad ni, pasti dah ada yang keluar membeli-belah baju raya untuk diri sendiri dan anak-anak kan... Aku tunggu gaji lah, baru nak beli baju raya... beli yg simple2 aje.. hehe..

Sekadar peringatan dan renungan bersama.. 

Hati-hati membeli baju raya.. belilah baju yang menutup aurat. Bagi aku, lelaki xde masalah sangat, sudah pasti berbaju Melayu sahaja kan.. tapi yang masalahnya wanita lah.. fesyen yg pelbagai. Hati-hati memilih, supaya tak sia-sia puasa sebulan. Bersederhanalah dalam berfesyen.. boleh berfesyen asalkan menutup aurat dan mengikut syariat. 

Sumber: google images

Ciri pakaian yg mengikut syariat:
1. Tidak ketat dan jarang 
2. Longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh badan.
3. Tudung yang labuh melebihi paras dada.

Mudah je ikut syariat, asalkan ikut ketiga-tiga ciri kat atas. Bukan apa, penat2 kita puasa sebulan, kumpul pahala, terawih tak tinggal, tadarus lagi, usrah di siang Ramadhan, jaga anggota, tetapi tetiba pagi Syawal dedah aurat sana-sini.. hmm.. renungkanlah ea. 

Hati-hati pilih baju raya, begitu juga baju raya untuk anak gadis. Baju kurung sekarang pun ada yg tak ikut bentuk badan dan tak ikut syariat. Renungkanlah... Apa makna baju mahal-mhal dan tudung mahal jika tidak mengikut syariat. Adakah Allah akan redha??? 

Di pagi syawal, ceria dan cantik2 belaka, tapi harus ingat, jangan bertabarruj berlebihan (bersolek). Ingatlah pahala Ramadhan yang kita kumpul.. Nanti sia-sia je kena potong sikit dan sikit kan.. Bayangkan, amal ibadat kita hilang begitu sahaja kerana terlalu seronok beraya... Sebaliknya, Ramadhan adalah mendidik kita menjadi hamba Allah yg terbaik...

Renungkanlah ea.. ini perinagtan bersama termasuklah penulis sendiri.. Moga bermanfaat dan saling mengingati.. Maaf andai yang terasa.. sebagai insan biasa kita tak lepas dari alpa dunia... Saling mengingati pengikat kasih sayang.. Selamat berpuasa... ^_^


Nota Ungu: Ingat nak beli jubah je tahun ni, sebab kalau baju kurun pasti sendat kat kain je nanti.. Tapi jubah pun kena pilih gak jenis kainnya.. sebab skrg ni tak semua jubah menutup aurat...sebab ada kain jenis melekat dan nampak bentuk badan.. 

5Ulasan

  1. aiza sellau beli yang dah siap je.. terima kasih kerana mengingatkan.. :D

    BalasPadam
  2. betul lah tu kak, terima kasih. Ingat tahun ni tak nak beli baju raya sbb saya kalau pakai pun sekali je. thn lepas pun baju raya tu sekali je pakai. Ada satu baju kebaya labuh 5tahun lepas sampai skg sekali pun tak pernah pakai. Sbb saya tak tau bila nak pakai baju kurung tu. ofis pakai uniform,
    thanks kak =)

    BalasPadam
  3. cik akak tak beli dear...cik akak suruh mak cik yang jahitkan...
    biasa buat baju kurung je,,.,,,fesyen jarang sekali...:)

    BalasPadam
  4. Ingat mengingati perkara yang baik, tak ada salahnya kan Maria ??

    BalasPadam
  5. Salam,

    hah kak, sekarang ni baju lagi mahal lagi jarang dan seksi gayanya. sedih bila terjumpa mereka yang berpenampilan begitu, mahu ditegur pun susah... dah besar katakan...haha...

    tudung pun tak banyak yang benar-benar menutup aurat skrg... orang sekarang benar-benar sakit..huhu

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ