GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Aurat Wanita Ketika Hamil

Entry sebagai peringatan dan selfreminder untuk yg tukang tulis juga... Biasa kalau g klinik ibu mengandung buat check up rutin tu kan, selalu la aku rsa sedih.. sedih sungguh rasa.. bila lihat wanita mengandung... menayangkan body pada yg bukan Mahramnya.. sama juga situasinya pergi pasaraya ke, pergi mana-mana je lah.. pasti jumpe punya.. Nak aku katakan.. wanita mengandung, wajib jaga aurat sama juga macam tak mengandung. Memang perut menonjol, tapi carilah baju yg longgar dan betul2 longgar... bukan baju sendat dan padat hingga lurah seluar dalam boleh nampak.. 


Aku kongsikan.. Kesan pakai baju ketat ketika hamil dari sudut sains dan kesihatan:

Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Marjoria Greenfield yang banyak menulis buku berkaitan kehamilan, menjelaskan sungguhpun tiada bukti saintifik, pakaian ketat termasuk pakaian dalam, memudaratkan kesihatan tetapi ia mengundang ketidakselesaan `yang tidak seharusnya’ berlaku ketika melalui tempoh kehamilan.

Pedih hulu hati
Kajian Jabatan Wanita dan Bayi Pusat Perubatan Pasifik California, Amerika Syarikat, juga mendapati pemakaian baju ketat terutama pada bahagian pinggang boleh menyebabkan pedih hulu hati – salah satu masalah kesihatan yang menyebabkan ketidakselesaan.

Pedih hulu hati atau pembalikan asid reflux adalah perkara dan rasa ketidakselesaan biasa yang akan dirasai ketika hamil. Keadaan itu berlaku disebabkan proses pencernaan lambat akibat peningkatan progesteron dalam badan ketika hamil. Peningkatan progesteron mengakibatkan makanan berada lebih lama di dalam perut, sekali gus menyebabkan makanan berisiko mengalir keluar.

Abdomen yang `penuh’ akibat pembesaran uterus turut memberi tekanan kepada bahagian berkenaan sekali gus menyebabkan makanan tertolak ke bahagian dada. Tekanan daripada pakaian ketat boleh menolak perut lalu memaksa kandungan `naik’ ke atas seterusnya menyebabkan berlaku pedih hulu hati.

Jangkitan kulat
Selain itu, kajian mendapati risiko jangkitan yis pada bahagian sulit turut meningkat lebih tinggi akibat pemakaian baju ketat, apatah lagi sekiranya mereka menggunakan fabrik tidak bersesuaian sehingga menyukarkan kulit `bernafas’.

Keadaan itu berlaku kerana wanita mengalami peningkatan masalah rembesan faraj. Seluar ketat menyebabkan ia lembap dan keadaan itu amat sesuai dengan pembiakan kulat atau yis. Ia boleh menyebabkan kegatalan dan ketidakselesaan.

Undang sakit
Pakaian ketat juga boleh menyebabkan sakit di beberapa bahagian tertentu pada badan antaranya abdomen, dada dan lengan. Malah payu dara juga berubah saiz ketika hamil. Justeru pastikan pilihan coli yang tidak terlalu ketat ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan sakit pada bahagian dada, di bawah lengan dan belakang badan.

Keadaan itu lebih teruk apabila menghampiri minggu terakhir kehamilan, iaitu payu dara akan menjadi lebih sensitif dalam persediaan untuk penyusuan bayi. Tekanan pada payu dara pula menyebabkan `duktus’ susu tersumbat yang mengakibatkan kawasan sekitarnya menjadi sakit dan kemerahan.

Aliran darah tidak lancar
Sebetulnya pakaian ketat mengganggu aliran darah tanpa mengira jantina dan usia tetapi ia lebih kompleks ketika hamil. Pada awal kehamilan saluran darah wanita berkembang sebagai persediaan peningkatan isi padu darah bagi plasenta dan bayi. Oleh itu, sebelum isi padu darah meningkat untuk mengisi salur darah, wanita lebih mudah mengalami tekanan darah rendah (contohnya bingkas bangun daripada kedudukan duduk atau baring boleh menyebabkan pening).

Pakaian ketat boleh mengganggu sekali gus lebih mudah mendapat kebas dan `sensasi mencucuk’ pada anggota tubuh badan termasuk di tangan dan kaki.

Jaga adab ketika hamil
Wanita Muslim perlu kembali kepada asas dan prinsip agama dalam soal pakaian yang mewajibkan mereka menutup aurat dan tidak memakai pakaian mencolok mata. Penceramah Bebas, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata sama ada wanita itu hamil atau tidak, mereka perlu mematuhi peraturan khususnya keperluan menutup aurat.

“Dari segi kesihatan pakaian ketat boleh mengundang rasa tidak selesa, apalagi ketika melalui proses kehamilan yang seharusnya perlu berpakaian longgar, menutup aurat dan tidak jarang.

“Pakaian sendat hanya akan menimbulkan rasa tidak selesa pada mata orang lain yang memandangnya. Malah memakai ketat dan tidak menutupi aurat boleh mempengaruhi pertumbuhan minda bayi,” katanya.

Beliau berkata, wanita hamil tidak menjaga adab termasuk tidak menutup aurat atau berpakaian mencolok maka anak dalam kandungan turut mewarisinya gaya ibunya serta liat menutup aurat. Bagaimanapun, jika wanita hamil memikirkan teringin mengikut aliran fesyen ketat ia boleh dipakai di rumah ketika bersama suami.

“Wanita Islam perlu kembali kepada prinsip agama dalam pelbagai perkara. Walaupun fesyen bertukar ganti, tetapi aturan aurat sangat jelas, muka dan tapak tangan saja boleh dilihat. Pakaian perlu longgar, tidak jarang dan tidak mengikut bentuk tubuh badan,” katanya.

Pakaian
- Tidak ketat atau mencengkam pada bahagian pinggang.
- Longgar bertujuan memberi keselesaan, pergerakan ibu dan saiz kandungan kian membesar.
- Pilih bercangkuk lebar di bahagian belakang.
- Bertali lebar dari kain kapas memudahkan penyerapan peluh.
- Pakai seluar dalam khaskan wanita mengandung.

Kasut
- Bertumit rendah, untuk imbangan badan.
- Jenis kain dan kanvas, beri lebih ruang edaran udara.
- Kasut sukan, pilih ada sokongan lengkuk tapak kaki dan tumit yang baik.


Peranan suami2 pun, tegurlah isteri.. perhatikan isteri ketika berpakaian.. 10 kali belek badan kat cermin sebelum kuar rumah. Relakah suami2 bagi org lain tatap tubuh badan isteri anda??? Di mana maruah anda, rela org tgk susuk tubuh isteri di khalayak ramai. Maaf jika ada terasa. 

Wajib tutup aurat ketika mengandung, masa mengandung semua naik, punggung, perut, lengan, dada... semua tu kena pkai pakaian yg betul2 longgar dan pakai tudung yg menutupi dada... Kesian sungguh si suami, jika masih pakai macam tu.. Peringatan untuk semua, Nak mudah, belilah jubah.. lepas mengandung pun blh pkai.. tapi jubah yg bukan mengikut bentuk badan.. yang longgar. 

3Ulasan

  1. suka tgok ibu mengandung, manis jer..

    BalasPadam
  2. setuju sangat..walaupun saya belum diizinkan Allah untuk merasai nikmat hamil itu..tapi saya rasa terkilan melihat wanita melayu Islam yang ambil mudah cara berpakaian semasa hamil mereka..pakaian dalam kelihatan sangat jelas..saya rasa malu pada suami sendiri bila perasan suami seakan memandang sinis..Allahuakbar..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ