GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Air Mata Anugerah Allah

Menurut kata Ibnu Qayyim, ada 10 Jenis Tangisan iaitu :

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana ikut-ikutan orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Sumber: Google Images

Tangis tercela
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Tangis Terpuji
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut yaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
Rasulullah saw bersabda : ”Tidaklah mata seseorang meneteskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."


Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana sangat takut dan ibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir ke lembah-lembah. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata Nabi Adam lalu berkata,"Sungguh manis air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu menyindirnya sehingga ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum pernah Aku menciptakan air lebih lezat daripada air mata taubatmu!."

Air mata yang dilarang
1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-citamu, bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
2. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan untukmu.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam ujian, mungkin kita kurang membuat persiapan.
4. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah
5. Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat, yakinlah bahawa rezeki itu adalah pemberian Tuhan


Junjungan Mulia bersabda " Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, yaitu mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat diantaranya adalah seseorang yang berzikir sendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku dibuat menangis atas 3 perkara:
1. Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu apakah aku akan masuk syurga ataukah neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan

Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahinya berkeringat.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cairan seperti ingus

…kerana hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,..dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."



entry autopublish

3Ulasan

  1. Airmata yang mengalir jugak mempunyai pelbagai manafaat dari segi kesihatan..antaranya ia mampu mencuci segala kekotoran di mata kita..

    BalasPadam
  2. orang kata...kalau nak menangis...biarlah bertempat dan x berlebih2an...betul tak maria?

    BalasPadam
  3. terkedu sekejap KA baca n3 ni !

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ