GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Syaratnya Wajib Klik

Salam... Alhamdulillah.. syukur atas nikmatnya... dah lama nak menulis pasal ni... memandangkan ramai rakan2 blogger buat segmen dan Giveaway, aku ni terpikir satu isu kat sini.. iaitu mengenai syarat2 yg dikenakan dalam segmen dan GA yang dianjurkan blogger.. Ada syarat yang mudah contohnya follow, like page dan seumpamanya... Bagi aku syarat sebegitu adalah berbaloi lah, sebab tanda kita menyokong si penganjur dan sponsor hadiah.. tanda terima kasih kata orang... Cuma aku tertanya-tanya, ada syarat tambahan yg semakin menjadi2 zaman sekarang... Syarat yang aku rasa kurang senang iaitu, klik link dan iklan2 churp2 atau apa2 jenis link iklan yg lain.. kira satu klik akan dibayar kepada akaun blogger berkenaan... Memang terima kasih, tapi msalah melibatkan duit...

Aku mencari-cari, bolehkah buat mcam tu??? Apa hukum orang yang buat macam tu.. Ada satu segmen tu, asalnya aku nak join, tapi memandang banyak sgt link iklan yg kena klik trus batal niat.. sebab syaratnya ketat, tapi hadiahnya tak seberapa pun.. Rasa macam penganjur-pengajur sebegini sebenarnya amik kesempatan pun ada.. hmm... 

Dalam aku mencari jawapan dan hukum pasal link iklan ni, memang jelas sekali huraian Ustaz Zaharuddin tentang hukum duit dari Nuffnang dan iklan per'klik' ni.. dan terbaca pula artikel dan huraian dari Ustaz Nor Amin.. dan menarik, huraiannya seolah-olah menjawab persoalan dalam fikiran aku... ok.. tgk printscreen ni..

SUMBER

Dari situ, sy tak kata haram ea... cuma sy sendiri yang ragu2 terasa macam terpksa ikut syarat tu, dan ada unsur tak ikhlas disitu.. (Rezeki yang menghasilkan kepuasan yg kita usaha dan berpenat lelah kerananya) Tapi kalau ikhlas nak klik sbb mmg jenis yg suka join segmen bagai ni, dia mmg tak kisah kan... tapi aku mmg kisah la sebab aku tak berapa suka join segmen ni.. kecuali segmen yg boleh beri aku ilmu baru dan berkongsi ilmu... 

Renung-renungkan... Saya tak letak kesimpulan bahawa duit tu haram, cuma nak kita sama2 berfikir dan apa tujuan kita anjurkan segmen dan GA... sama-sama kita renungkan... sekadar perkongsian ilmu... :)




Nota Ungu: Dalam setiap gerak geri kita ada hukum yg disyariatkan Wajib, Sunat, Harus, Makhruh dan Haram... Kita tak terlepas dari 5 hukum tu.. Maka, dalam berbuat sesuatu, fikir2kan hukumnya.. jika tak tahu wajib cari dan tanya yg pakar.. 

2Ulasan

  1. oh..selama ni pun tertanya2 juga..huhu.. lepas ni kalau nak klik rasa nak klik klik ja la ea..iklhas..klik klik.. ^^

    harap ramai la sedar..sya pun terkhilaf sikit..huhu

    BalasPadam
  2. saya mengikhlaskan diri juga,, click je pun,, tak pe,, usaha la jugak kot sebab dia buat segment tu,, tu usahanya,, wallahu a'lam,, :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ