GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

9 Tips Melancong Dengan Anak Kecil

9 Tips Melancong Dengan Anak Kecil | Musim cuti sekolah, pasti ramai yang merancang untuk pergi bercuti kan... bagi yang ada anak-anak dan anak kecik, mesti banyak benda nak fikirkan..

Ada beberapa panduan dan tips yang membantu ibu bapa untuk menjadikan percutian itu satu yang menyeronokkan. 

9 Tips Melancong Dengan Anak Kecil

9 Tips Melancong Dengan Anak Kecil 

Perkara yang perlu difikirkan:

1. Pilih Destinasi Yang Sesuai

Pilih destinasi yang sesuai dengan usia anak. Sebagai contoh, jika anak masih kecil, jangan pilih lokasi percutian yang berpotensi untuk menyusahkan seperti percutian di dalam hutan. Seeloknya pilihlah lokasi yang tepat, misalnya yang ada kedai serbaneka bagi memudahkan kita mencari barangan keperluan bayi sekiranya diperlukan.


Macam MF ada anak kecil dari usia 10 tahun hingga 4 tahun, jadi memang cerewet sikit nak cari yang sesuai. 


2 Jarak lokasi pilihan

Jangan pilih lokasi percutian yang terlalu jauh kalau ada anak kecik ni, sebab diorang ni mudah rasa bosan dok dalam kereta lelama.

Tapi bagi MF, lokasi percutian kami ialah balik kampung. Jarak antara Kedah dan Johor, makan masa 12 jam perjalanan... Jadi, nak tak nak kena hadap. Cuti sekarang ni, kami akan transit dulu di KL, Selangor atau Negeri Sembilan semalaman, sebelum sambung perjalanan esoknya.

Owhh.. jangan risau, hotel bajet banyak dah sekarang ni... Tak perlu habiskan banyak duit untuk bermalam di hotel sekarang ni. 


3. Kemudahan yang disediakan

Ketika memilih destinasi percutian, pastikan tempat tersebut ada menyediakan kemudahan yang ingin digunakan untuk keselesaan anak seperti cerek elektrik atau ‘jug kettle’, bilik air yang dilengkapi dengan alat pemanas air dan katil bayi (jika perlu).

Memang penting kemudahan ni... Jadi, kalau nak tempah hotel tu, hatta hotel bajet sekalipun, pastikan ada keperluan asas tu.


4. Pengangkutan yang akan digunakan

Kalau anak sorang dua yang dah boleh berjalan, menaiki kenderaan awam sangat menyeronokkan dan kurang penat berbanding drive sendiri.

Tapi kalau anak ramai, memang naik kereta lebih sesuai lah.

5. Pakaian

Pastikan pakaian yang dibawa sesuai untuk dipakai di lokasi percutian. Misalnya, jika anda ingin membawa anak ke kawasan peranginan yang beriklim sejuk, mestilah membawa pakaian yang tebal dan jangan lupa pakaian tebalnya. Kuantiti pakaian yang dibawa juga mestilah mencukupi.

Kalau ada anak kecil, sebaiknya asingkan beg pakaian dia dengan pakaian kita. Anak kecil perlukan pakaian yang lebih dari anak yang dah besar. 


6. Barangan keperluan

Sebelum bercuti, buat senarai semak barangan keperluan yang diperlukan seisi keluarga ketika bercuti. Hal ini bagi mengelakkan ada daripada tertinggal barang-barang yang penting untuk anak.

Ni memang penting, barang anak dulu yang diutamakan berbanding barang sendiri. Dah siap barang anak, baru setup barang peribadi pula.

7. Ubat-ubatan

Jika anak ada penyakit, pastikan tidak lupa membawa ubat-ubatan yang perlu diambilnya. Dan pastikan juga kuantiti ubat tersebut mencukupi sepanjang tempoh percutian tersebut.

Kalau MF, memang satu beg khas untuk letak segala ubat-ubatan saja. Kiranya macam first aid la... semua ada dalam tu. Termasuk ubat untuk diri kita sendiri. Senang, sebagai rawatan awal jika sakit.


8. Makanan dan minuman

Jangan galakkan anak makan makanan atau minuman yang dijual di tepi-tepi jalan. Pastikan makanan dan minuman benar-benar bersih sebelum diberi pada anak. Jika ada peluang dan kesempatan, lebih elok kalau sediakan sendiri makanan untuk anak.

MF memang bawa bekal biasanya bila travel. Bawa dari rumah. Kalau nak beli pun di restoran yang bersih atau makanan yang dibungkus dengan baik.

Tapi sekarang ni dah ada food delivery... Fuhhh.. sangat memudahkan... 

9. Keselamatan anak


Setiap aktiviti yang ingin  dilakukan mestilah yang sesuai untuk anak kecil. Hal ini penting bagi mengelakkan terjadinya kemalangan. Selain itu, bagi anak-anak yang sudah agak besar, beri dia beg galas untuk dimasukkan barangan kegemarannya. Di dalam beg itu juga letakkan bersama nombor telefon ibu dan ayah supaya dapat dihubungi segera jika dia tersesat.

Tapi MF tak pernah biarkan anak jalan sendiri tanpa pengawasan dari kami. Bahayakan zaman sekarang ni.

Info tambahan: 

  • Bawa bersama mainan kegemaran anak dan buku cerita untuk menghilangkan rasa bosannya di sepanjang perjalanan kelak.
  • Pastikan anda sentiasa membawa bekalan ‘tisu basah’ di dalam beg untuk menjaga kebersihan anak sepanjang masa.
  • Pastikan makanan yang diberikan kepada anak ketika bercuti sentiasa bersih bagi mengelakkan keracunan makanan yang akhirnya akan merosakkan percutian anda seisi keluarga.
  • Jangan membawa terlalu banyak barang kerana semua ini akan menyusahkan anda untuk mengangkatnya.
  • Gunakan masa cuti itu untuk bermesra dan bergembira dengan seisi keluarga. Lupakan semua masalah. Dengan cara ini, walaupun destinasi percutian anda dekat sahaja dengan rumah, ia akan menjadi percutian yang cukup bermakna dan dihargai.

19Ulasan

  1. good sharing.. =)
    *tetiba terasa teruja nak bercuti ngan anak sndiri* haha

    BalasPadam
  2. Hajat hati memang nak melancong tapi ada anak kecil, susah sikit nak manage.
    Kita travel dekat2 je la. Melaka ni pun tak habis pusing lagi. Hihihi.
    Thanks for the tips.

    BalasPadam
  3. kalau nak selesa semasa berjalan mmg kena buat semua tips ni

    BalasPadam
  4. minggu depan kami join rombongan naik bas. pertama kali bawak anak2, harap2 dipermudahkan lah segala urusan. hehe

    BalasPadam
  5. Tips ni kena hadap jugaklah nak buat sebab kalau anak meragam kita juga yang kena handle :D tip lain Shai buat adalah sediakan satu laminate kertas untuk anak nak melukis conteng ke apa, biar dia ralit dgn aktiviti tu waktu perjalanan http://mommylotte.com/2019/11/25/melatih-anak-menulis-dengan-kertas-laminate/

    BalasPadam
  6. kalau nak melancong, priority untuk anak-anak ni lebih diutamakan kan.Kalau berdua tak kisah sangat..bila bawa anak-anak ni kena ikut tips ni..thanks sharing maria

    BalasPadam
  7. Byk tips ni. Nice sharing. Ada kala benda kecil mcm ubat selalu lupa

    BalasPadam
  8. Betul MF, nak bercuti dgn ada anak kecik ni byk benda kita kena tau. Good info yg MF share ni...

    BalasPadam
  9. Sangat bermanfaat untuk mereka yang ada anak kecil, pilihan tempat pun salah satu main kena titik beratkan, hopefully mesra dengan anak kecil, supaya dorang turut merasa keseronokkan bercuti.

    BalasPadam
  10. Memang banyak kriteria nak jalan-jalan dengan anak kecik. Demi kesejahteraan mak ayah dia jugak. Hihi

    BalasPadam
  11. kalau nak melancong dengan anak-anak yg kecil mmg kena tau apa yg patut dibawa dan tidak patut kalau tak jenuh penuh barangan

    BalasPadam
  12. Bagus tip nih... semua parent yang ada anak kecil kena take noted panduan ini

    BalasPadam
  13. cik en xde pengalaman dengan anak sendiri sebab x kawen lagi.. hihihi.. tp selalu bawa sepupu kecil.. so memang klu engan anak anak kena spend lebih masa.. takleh rushing mcm travel solo

    BalasPadam
  14. Selalu praktikkan tips tips ni dari anak kecik sampai ke besar

    BalasPadam
  15. Nak travel memang kena fikir keselesaan anak baru bleh travel dan bercuti dengan seronok. Kita pun nak anak kita dapat pengalaman manis juga

    BalasPadam
  16. pernah bawak ank sendiri yang 12 bulan p snorkeling, risau je masa tu takut dia nangis.. Alhamdullilah sikit pun tak nangis, lagi dia seronok adalah

    BalasPadam
  17. Thanks for ur tips sis..mmg ada anak kecik ni kena amik kita byk faktor kan..kalau tak mau dengan parents sekali mood swings😂

    BalasPadam
  18. Tips yang menarik. Kalau ada kanak-kanak, memang kena beri perhatian lebih pada mereka kan. Baru melancong pun lancar je hehe

    BalasPadam
  19. Nak bercuti bawa anak anak memang semua ni kena ambil tahu dan dititikberatkan. Nak nak anak anak kecil lagi kena alert bab bab ni kan sebelum nak melancong ke mana mana

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ