GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Solat Fardu Dua Kali

Hukum Solat Fardu Dua Kali | Pernah tertanya tak.. boleh ke ulang solat atau solat fardhu dua kali dalam satu masa??? Ok Jom kutip ilmu..


Hukum Solat Fardu Dua Kali

Hukum Solat Fardu Dua Kali

Dibenarkan untuk anda mengulangi solat fardhu anda dalam keadaan berikut:

1. Sebaik anda selesai solat sendirian, kemudian datang seorang mengajak anda menemaninya melakukan solat jemaah.

2. Sebaik anda selesai solat sendirian, kemudian datang beberapa orang melakukan solat jemaah.

3. Sebaik anda selesai solat berjemaah, kemudian datang seorang mengajak anda menemaninya melakukan solat jemaah.

KAEDAH MELAKUKANNYA:

Sekiranya anda sudah selesai sempurnakan solat fardhu dengan yakin, secara sendirian atau secara jemaah, kemudian hendak mengulangi solat maka solat kedua anda itu hendaklah dilakukan secara jemaah dan mestilah anda kekal dalam jemaah itu daripada awal takbiratulihram hingga salam.


Niat untuk solat kedua anda itu tidak berubah iaitu mestilah sama dengan niat solat pertama.
Tiada pengulangan solat untuk yang ketiga kalinya


PERINGATAN

Bagi anda yang sedang solat fardhu sendirian, dan mendapati ada jemaah didirikan; maka dibolehkan anda meringkaskan solat anda bagi mendapatkan jemaah tersebut. Diniatkan solat anda itu sebagai solat sunat sahaja

HARAM SOLAT DUA KALI

Terdapat dalil larangan mengerjakan solat fardhu dua kali dengan niat yang sama TANPA ADA 
SEBAB DAN TUJUAN

Diriwayatkan daripada Sulaiman Bin Yasar maula Maimunah, ia berkata: Aku menemui Ibnu ‘Umar di Bilath, ketika itu mereka sedang mengerjakan solat. Aku berkata kepadanya: “ Tidakkah engkau solat bersama mereka? Ibnu ‘Umar menjawab: ‘Aku sudah mengerjakan solat, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “ Janganlah kamu mengerjakan solat fardhu dua kali dalam sehari””. (HR Abu Daud, an-Nasa’i- Hadis Hasan)

Sumber: http://nurmawaddahmahdiyah.blogspot.com/2011/05/pengulangan-solat-iadah.html

Adakah boleh sembahyang fardhu 2 kali. Setelah pulang dari sembahyang subuh di masjid, saya dapati isteri & anak belum sembahyang lagi. Bolehkah saya sembahyang subuh sekali lagi untuk mengimami mereka? Bagaimana pula jika ianya menjadi kebiasaan (hampir setiap hari)?

Harus berbuat demikian untuk tujuan mendidik anak-anak dan isterimengerjakan solat.Walau bagaimanapun sebagai ketua rumah tangga, suamiperlu menasihati isteri dan anak-anak agar bangun awal untuk menunaikanibadat solat. Suami tidak boleh membiarkan amalan ini berterusan untukselama-lamanya.

Sumber: http://alhafiz.net/soaljawabagama/adakah-boleh-sembahyang-fardhu-2-kali-setelah-pulang-dari-sembahyang-subuh-di-masjid-saya-dapati-isteri-anak-belum-sembahyang-lagi-bolehkah-saya-sembahyang-subuh-sekali-lagi-untuk-mengimami/







KEsimpulan... Islam is the way of ourlife and... Islam is simple... 




0Ulasan