24 April 2013

Persoalan: Suami Tidak Benarkan Keluar Mengundi

Soalan
Salam. Apakah hukumnya jika suami menyatakan dia tidak mengizinkan saya keluar mengundi pada 5 Mei akan datang?

Jawapan
Waalaikumusalam,
Mengundi untuk memilih pemimpin itu adalah suatu kewajipan  kepada negara yang merdeka lagi  berdaulat.Justeru gunakan hak yang telah diberi oleh negara kepada sesiapa sahaja yang telah layak untuk berbuat  sedemikian.Malah inilah caranya untuk menunjukan semangat cinta dan taat seseorang kepada tanah air.Hal ini bertepatan dengan sabda baginda saw yang bermaksud:
Cintakan kepada negara itu adalah sebahagian daripada keimanan

Oleh kerana anda adalah seorang isteri perlu mohon keizinan suami untuk keluar,panel nasihatkan agar anda mohon jelaskan bahawa cintakan tanah air itu adalah sebahagian  daripada keimanan,justru perlu dibuktikan melalui proses pembuangan undi. Jika suami tetap berkeras  dan berdegil maka ia adalah berdosa kepada negara sekira undi anda yang menjadi penyebab tewasnya kepada calun yang tidak bertanggungjawab.Wallahu a'lam.


6 ulasan:

  1. tak suka kalau ada kaum kaum suami yang tak izin pada benda kebaikan..huhu

    BalasPadam
  2. hurmm ok2 para suami .. kena ingat tuu ! ;)

    BalasPadam
  3. Terangkan pada suami mggunakan bhs yg lemah lembut, penuhi sgl keperluannya sebagai tanda usaha dan berdoalah pada Allah minta dilembutkan hati suami..in shaa Allah berhasil..

    Trm kasih atas ucapan Birthday utk anak akak..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^