GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Unfriend Rakan Facebook


Dalam mata tak mengantuk, saja2 menggodek2 FB, sesekali tgk kengkawan lama... dalam dok godek2 aik,,, "add friend" padahal sebelum ni dia mmg friend aku... hmm.. 

So, aku pernah terbaca, hukum unfriend rakan Facebook... gambar kat atas tu hasil printscreen UAI ... Hukum remove rakan yg kita kenal tak sampai memutuskan silaturrahim, tapi sebelum nak remove nyatakan lah sebab, supaya tak jadi gaduh dan fitnah.. 

ooo... baru faham.. so, buat rakan2 yg mmg aku kenal kat Facebook tu, kawan2 lama aku, kalau nak remove aku tak kisah, tapi nyatakan sebab, supaya aku tak tertanya2... JIka aku yg bersalah, maafkan aku.. Betullah, kadang2 status dan komen kita tu buat org terasa... menulis tak sama dengan bercakap, ayat yg sama dibaca dengan nada yg lain, jadi maksudnya lain... 

Ni plak beberapa hukum lain yg berkaitan dgn friend dan unfriend di Facebook..

1- Remove friend boleh menjadi wajib sekiranya anda yakin lelaki atau wanita tersebut boleh memberikan mudarat tertentu kepada anda, lebih-lebih lagi jika mereka itu menzahirkan sebarang niat yang jahat. Contohnya ; stalker.

2- Remove friend boleh menjadi wajib, sekiranya anda meminati seseorang itu, dan anda tidak boleh menahan diri dari selalu melihat wall atau gambarnya. Lebih-lebih lagi jika menjadi igauan, sejenis obses ataupun melibatkan kecenderungan nafsu. Jika hilang dari pandangan mata, anda akan merasa lebih selesa.

3- Remove friend juga boleh menjadi wajib jika dengan adanya orang tersebut di facebook anda, anda tidak boleh menahan hati anda dari mengumpat ataupun mengejeknya setiap kali membaca status yang ditulis. Mungkin kerana benci, bergaduh, berdendam ataupun iri hati. Jika dengan ketiadaan dia lebih menyelamatkan anda dari dosa, maka remove dia dari friend menjadi wajib. Saya pernah berjumpa situasi ini, dan saya nasihatkan supaya dia remove friend sahaja untuk mengelak dari dosa.

4- Add friend boleh menjadi haram, sekiranya bertujuan untuk mendapat akses kepada gambar-gambar peribadi seseorang, ataupun mengintip cerita dan perbualannya, ataupun dengan tujuan mencari keaiban orang tersebut. Perbuatan itu haram dan wasilah kepada perbuatan yang haram, hukumnya juga haram.

Sumber rujukan: SINI dan SINI


Nota Ungu: Kalau Rakan Blog pula apa hukumnye??? hehe

1Ulasan

  1. hihi..saya xkisah asalkan mereka suka...sbb saya add saudara rapat n rakan sekampung n kawan blog sahaja..yg xkenal mmg tak add..

    mai laa add akak kat fb..hihi

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ