GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hari Anugerah Cemerlang Sekolah

Selamat pagi... 

Alhamdulillah... semalam selesai sudah majlis wajib bagi setiap sekolah, untuk memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yg cemerlang dalam peperiksaan... Hari Anugerah Cemerlang, acara rutin setiap tahun bagi setiap sekolah... Tak terkecuali sekolah aku mengajar sejak dipostingkan... 


Tahun ni, acara sederhana sahaja... Namun tetap meriah... Sebulan lebih cikgu2 dah bertungkus-lumus memikirkan acara ni... dan Alhamdulillah dapat dijayakan semalam... Tugas ku sebagai pembuat sijil.. Sampai mabuk2 buat sijil.. Namun, siap juga sijil2 tu dengan bantuan kengkawan dan juga semangat kerjasama... "Apa yang penting, kerjasama"... 


Alhamdulillah, tahun ni merasa naik pentas, terima sijil bagi kategori guru.. Alhamdulillah terasa dihargai walaupun tak seberapa, namun Alhamdulillah... Rasanya baru 2 tahun, nmun nilah dikatakan rezeki... Tak mengharap, namun dah org bagi, Alhamdulillah kita terima... 

Ingat lepas naik pentas masa terima ijazah dulu, dah x naik lagi dah... owh.. silap, naik lagi rupanya wlaupun dah jadi cikgu.. hihi... Apa2 pun, majlis tersebut meriah juga dengan kahadiran ibu bapa, wajah pelajar2 yg ceria dan kegembiraan ibu bapa jelas terpancar di wajah mereka.. itulah anugerah dan hadiah anak utk ibu bapa kan... Bukan wang ringgit yg dipinta, tapi ilmu yg bermanfaat yg sentiasa diamalkan... 

Pesanan buat anak2 didikku:
Kejayaan hari ni, perlu dipertingkatkn bukan dibangga-banggakan... teruskan perjuangan, kerana perjuangan mu masih jauh anak2 didikku... 




Nota ungu: saja aku blurkan info2 yg tak perlu ku dedahkan... Biarlah rahsia... :)

6Ulasan

  1. tahniah utk cikgu dan juga utk pelajar yg cemerlang.....

    BalasPadam
  2. Biarlah rahsia,bgusny :-) tahniah ye ckgu! Skul ape ea?

    BalasPadam
  3. tahniah.. moga dgn menerima sijil penghargaan tu sebagai pemberi semangat.. =)

    BalasPadam
  4. @Mimie NajibYup... pemberi dan pencetus smgt utk guru2...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ