GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ayam Percik Madu

Salam Jumaat... 


Semalam... aku masak special untuk en.somi... sebab hampir seminggu tak memasak... balik asyik penat je.. pastu semalam macam de energy sikit, masak special sikit... dari sekolah dah pikir nak masak apa... lepas berkira-kira akhirnya plan nak buat ayam percik... Apa lagi, seacrh google untuk tengok resepi... hmm.. kalau ikut resepi macam tak cukup bahan je... so, aku ubah sikit mengikut bahan yang ada je... 

Mudah je nak buat ayam percik rupanya... tak perlu bahan-bahan yg berat.. 


Bahan-bahan:
  • Ayam
  • Santan
  • Madu
  • Garam
  • Minyak
  • Cili boh
  • Bawang merah/bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kunyit
  • Serai
  • Cili padi
Cara-cara nak memasak:
  • Tumbuk/blander bawang putih, bawang besar, cili padi, halia dan serai
  • Tumis bahan yg ditumbuk, hingga naik bau dan sedikit garing...
  • Masukkan cili boh dan kacau sebati.
  • Masukkan santan dan gaul hingga sebati, kemudian masukkan ayam dan kunyit serta garam secukup rasa.
  • Kemudian masukkan madu dalam dua sudu besar, jangan banyak sangat sebab takut manis sgt.. 
  • Gaulkan ayam dalam kuah biar serata.
  • Kemudian, keluarkan ayam dan bakar dalam oven atau pemanggang ajaib la bg siapa yg ada PA kan..
  • Lebihan kuah tadi, biarkan atas dapur dan kacau hingga masak... 

Tapi aku xde oven, aku modified, aku masukkan dalam kertas aluminium, bungkus dan kepit guna pemanggang besi... kemudian bakar atas dapur dgn api kecik.. dalam 30 minit gitu, tengok la.. Nak sedap, bakar guna arang kayu... Lepas bakar, angkar ayam dan taburkan kuah diatas...

Suamiku bantu, masa part membakar... hehe..sebab dalam dia macam tak masak... hehe... Walaupun xde pemanggang ajaib, tapi ajaib sedap... hehe.. mula2 takut tak menjadi... Tapi akhirnya... yeah... jadi... hehe... 

Tak susah mana pun rupanya nak buat ayam percik... lepas nih blh buat lagi... Bagi yg de pemanggang ajaib boleh cuba, mesti lagi cepat dan mudah kan... 

Selamat mencuba.. ^_^

0Ulasan