26 Mac 2013

Sarapan Pisang setiap hari

Sejak dua menjak nih.. bangun pagi makan pisang.. sejak bila ntah la aku suka makan pisang... dulu tak suka sangat.. sekarang ni.. hari2 makan pisang.. malam2 pun makan pisang.. nyum22... sedap2.. tapi aku tahu, pisang banyak khasiatnya dan mempunyai kadar serat yg tinggi... suamiku kata, kalau nak naikkan berat makan pisang hari2... hehe... ok.. jom kita tgk apa khasiat pisang..


Pisang mengandungi 3 jenis gula semula jadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Selain itu, pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan seharian.

Tekanan atau stres
Buah pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan seseorang berasa tenang, mengembalikan perasaan hati dan membuatkan rasa gembira.  Wah.. ini sudah bagus.. stress mmg sntiasa ada kn.. bg seorg ibu dan guru... 

Neutralkan paras glukosa
Vitamin B6 yang terkandung dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan perasaan hati. 

Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia. Aku mmg de mslh anemia... ok.. lpas ni mkn pisang byk2... 

Tekanan Darah Tinggi
Pisang mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah. Wah.. berita baik utk e.somi nih...

Penghadaman
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian yang membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar. Bagus utk perut.. agak2 blh elak buncit gak kn.. hihi

Keletihan
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula. Wah resepi minuman yg bagus nih.. boleh cuba...

Panas Jantung
Pisang mempunyai kesan anti-asid semula jadi dalam badan. Oleh itu, sekiranya menghadapi rasa panas pada jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi
Jadikan pisang sebagai makanan setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah bagi mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ok.. x payah nk sapu mopiko lagi..

Saraf
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf.

Ulser
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut. Aik.. tapi bapaku kata klu de ulser jgn mkn pisang nnt lmbt baik.. hmmm

Seasonal Affective Disorder (SAD)
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semula jadi yang membaik pulih perasaan hati kita. Org dok bndar mmg jrg dok luar rumh sbb udara x sihat... so, mkn pisang blh la cover balik... 

Penyakit Kulit:
Untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa ataupun plaster bedah. Haa.. betul3.. kulit pisang boleh hilangkan parut.. 

AWAS: Walaupun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%). - Buletin Pengguna

Sumber:http://blog3dalam1.blogspot.com

5 ulasan:

  1. wahhh lamanyaa dah tak terjah blog akk.. dah berubah sekarang... cantik cantik...

    apapun, betul tu kak.. pisang ni byk khasiatnya... my daddy pun suka makan pisang

    BalasPadam
  2. ooh sama la kalau takde pisang sy makan apple :) lebih baik dari nasi lemak :P kalori pun tak banyak hihi

    BalasPadam
  3. @✿AINAA ROSEBERRY✿hehe... sja ubah selera...

    tu la.. selalu akk mkn pisang goreng je.. ni dh suka dgn buah pisang je..

    BalasPadam
  4. @Miss Volvokan sesuai utk diet sihat.. hee... nasi lmak sekali skala mkn gak.. hehe

    BalasPadam
  5. salam dtg balas kunjungan n follow..nice blog..saya pun suka mkn pisang kalau pisang goreng lagi sedap hehe.. ^_^

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^