GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

7 Makanan Ni Mampu Jadikan Rambut Cantik dan Sihat Jika Makan Selalu

Semua org nak rambut sihat dan cantik.. tambah2 yg dah bergelar ibu la. Anak start main air liur, rambut ibu mula gugur dengan banyaknya.. tapi sebenarnya tu faktor hormon yg berubah lepas bersalin. Terdapat beberapa jenis makanan yang membantu menyihatkan rambut kita... Jom baca info ni untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik.

7 Makanan Ni Mampu Jadikan Rambut Cantik dan Sihat Jika Makan Selalu

7 Makanan Ni Mampu Jadikan Rambut Cantik dan Sihat Jika Makan Selalu

1. Telur

Selain men jadi jenis makanan yang paling popular, telur men jadi sahabat rambut anda. Ini kerana telur kaya dengan protein dan vitamin B12 yang dapat memperkayakan rambut anda untuk kekal sihat dan bermaya.

2. Gandum

Bukan sekadar makanan terbaik ketika bersarapan, gandum juga menyumbang kepada tenaga positif seperti protein yang sangat baik untuk kekuatan rambut.

3. Beras Merah

Beras merah membuat anda kenyang lebih lama. Tetapi tahukah anda sebenarnya beras merah juga boleh menjadi sebagai alternatif untuk membuat rambut lebih berkilau dan bersinar cerah.

4. Ikan Salmon

Ikan yang menjadi primadona ini juga menjadi sajian makanan yang dapat membuat rambut semakin sihat. Kandungan omega 3 yang melimpah, ditambah lagi dengan kandungan protein dan vitamin B12 menjadikan kulit kepala kekal sihat.

5. Sayuran Hijau

Anda boleh mencuba meng ambil jenis sayuran hijau kerana terdapat zat besi dan serat yang amat diperlukan untuk pertumbuhan rambut.

6. Vitamin C

Bukan hanya dikenali sebagai sahabat sejati kulit yang cantik, vitamin C juga berpengaruh besar terhadap kesihatan rambut. Vitamin C boleh didapati di dalam buah oren, nanas, strawberi, lemon, paprika, kubis brussel dan jambu batu. Selain sebagai penyumbang vitamin C, ia juga membantu menjaga folikel rambut, pembuluh darah dan kulit kepala agar kekal sihat.

7. Susu Pelihara Kesihatan Otak

Susu terkenal sebagai minuman yang menyihatkan serta baik untuk pertumbuhan tulang dan badan. Satu penyelidikan yang dilakukan di Universiti Maine, Amerika Syarikat, mendapati bahawa orang dewasa yang minum susu setiap hari dapat memelihara kesihatan otak.

Penyelidikan ini dilakukan melalui ujian terhadap 900 responden yang berumur di antara 28 hingga 98 tahun. Antara uji kaji penyelidikan tersebut adalah seperti ujian visual dan ujian verbal. Hasilnya mendapati bahawa mereka yang mengambil susu secara rutin, menunjukkan peningkatan gerak kerja otak dan mental.

Selain meningkatkan gerak kerja otak, hasil kajian itu juga menyebutkan tentang beberapa manfaat lain hasil daripada amalan minum susu bagi orang dewasa iaitu :

  • Orang yang amalkan minum susu secara rutin keseluruhannya cenderung memiliki pola makan yang sihat.
  • Nutrisi di dalam susu didapati juga mencegah penurunan kadar mental seseorang.
  • Melambatkan atau mencegah disfungsi neuropsikologi.
  • Menjaga kesihatan tulang kerana memiliki kandungan vitamin D yang melimpah selain menguatkan tulang hasil bantuan kalsium yang terdapat di dalamnya.

Jadi, untuk mendapatkan manfaat yang melimpah dari minuman ini, pilihlah susu dengan kadar lemak yang rendah dan amalkan sebanyak dua kali sehari.

Sumber: Majalah PaMa

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ