GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Perlaburan untuk di SANA

Sesekali melabur untuk di sana, satu perkara yg jarang kita buatkan... 

Alhamdulillah, kali ni mmg banyak aku melabur untuk di sana... Kali ni aku dah memiliki al-Quran yang cantik dan menarik untuk menambahkan untuk bertadarus dan tadabbur al-Quran... inshaa Allah nak istiqamah lepas ni.. Sebab mulanya aku nak shopping tudung, tapi berubah fikiran sbb nak melabur untuk di SANA pula la... tudung tu lain kali blh beli... yg ada masih boleh pakai...

sumber: google image.. x smpt nk snap pic Quran pelangi purple..
Al-Quran pelangi, mungkin ramai dah tahu, tapi ramai juga yang belum memiliki... bagiku masa mula2 tahu, rasa macam mahal... harga al-Quran pelangi mushaf untuk wanita atau lelaki biasanya dalam RM90 ke RM100.. huiii.. mahal kan.. Lepas beberapa ketika, setelah difikirkan, apa salahnya aku peruntukan sedikit gaji untuk beli sesuatu yg mmg sah2 bermanfaat untuk bekalan di sana... 

Kalau mampu untuk kita beli baju, handbag, kasut, tudung yang harganya beratus-ratus ringgit sebulan, apa salahnya kita beli satu naskah sahaja untuk keperluan hidup dan bekalan di sana... warnanya memang menarik selain ada hukum2 dan info2 tambahan dan hukum fiqh wanita... mmg sesuatu yg bermanfaat.. 

Al-Quran ni aku beli untuk diletakan di tempat kerja, sebab aku mengajar Pendidikan Islam, sudah pasti guna terjemahan al-Quran, dan yang kedua, boleh membaca diwaktu2 senggang.. Bagi aku tak rugi membeli.. kita rasa mahal sangat kalau nak beli sesuatu yg bermanfaat untuk bekalan kita sendiri, tapi tak rasa rugi plak bila beli yg boleh kita pamer kan untuk org lain... Astaghfirullah.. kadang2 aku sendiri pun lalai juga.. 

p/s: entry ni, bukan tanda aku nak menunjuk2 atau bangga diri dengan apa yg aku buat, cuma aku nak kita sama2 fikirkan dan muhasabah diri sendiri... banyak mana masa, wang dan tenaga kita peruntukan untuk diri kita sebagai bekalan di sana pula... sama2 muhasabah diri..  tak kisah org melabur duit untuk beli brg yg mahal2 untuk menutup aurat, umpamanya telekung yg tebal, hrganya memang mahal kan... al-Quran yg bertajwid.. tapi berapa ramai yg beli novel sebab kalau novel tu, setiap bulan pun kita mampu miliki, baju beratus harganya sanggup kita laburkan.. kenapa tidak kita tak laburkan hanya sekali RM100 untuk bekalan yg berkekalan di SANA.. sama2 kita renungkan dan muhasabah diri.

0Ulasan