GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Nama Iblis dan Tugas-tugasnya

Satu info menarik yang perlu juga kita tahu... sebelum ni kita wajib tahu nama2 malaikat dan rasul... apa kata kali ni kita ambil tahu nma2 dan tugas2 musuh yg berusaha menyesatkn ank cucu adam ni... 



1. Zalnabur  (زلنبور) bertugas mengganggu manusia di pasar.

2. Thabar (ثبر ) bertugas menghasut manusia yang ditimpa musibah.

3. Al-A'war (الأعور ) bertugas menghasut manusia melakukan zina.

4. Masut ( مسوط ) bertugas melemparkan berita palsu pada lidah manusia.

5. Dasim ( داسم ) mengiringi manusia ke dalam rumah apabila tidak dibaca basmalah ataupun tidak disertakan zikir kepada Allah.

6. Laqis ( لاقيس ) mencampakkan rasa waswas dalam solat.

7. Batar ( بتر ) bertugas menghasut manusia yang ditimpa musibah. Tugasnya kelihatan sama dengan tugas Thabar.

8. Matus ( مطوس ) bertugas menyebarkan gosip.

9. Al-Abyad ( الابيض ) mencampak rasa waswas ke dalam hati para nabi.

10. Sakhar ( صخر ) mencuri cincin Nabi Sulaiman sehingga mengakibatkan beliau kehilangan kerajaannya selama 40 hari. Ini juga disebut dalam Tafsir at-Tabari. Walaubagaimanapun, laporan berkenaan rampasan kuasa ini ditolak oleh ar-Razi. Ini kerana bertentangan dengan roh agama dan akal yang sihat. Sekiranya jin, seperti Sakhar mampu menyamar dalam rupa para nabi, sudah pasti kesucian agama musnah akibat penyamaran syaitan. Tambahan pula, sekiranya mereka mampu menyamar dalam rupa para nabi, sudah pasti mereka juga mampu menyamar dalam rupa para ulama dan membuat fatwa atapun ijtihad yang palsu atas nama para ulama. Ini disebut dalam tafsir ar-Razi pada tafsiran surah Sad, ayat 35.

11. Murrah ( مرة ) menghasut bagi menggunakan serunai, iaitu alatan muzik.

12. Al-Haffaf ( الهفاف ) mengganggu dan menyesatkan manusia di padang pasir.

13. Khanzab ( خنزب ) bermaksud pengganggu solat.

14. al-Walahan ( الولهان ) bermaksud pengganggu wuduk. 

Ini antara nama-nama syaitan... no 1-13 dinyatakan dalam portfolio para pentafsir berkaitan dengan hal ini.. Nmun Ibnu Atiyyah menyangkal sebab xde hadis yg sahih sanadnya, kecuali no.13 dan no.14 yg dinyatakan dalam hadis tentang nama-nama syaitan tersebut.. Apa2 pun, info ni untuk pengetahuan kita bahawa:

1. Syaitan juga ada nama-nama da tugas2 tersendiri kerana bapa kepada syaitan iaitu Iblis telah bersumpah dengan Allah akan menyesatkan keturunan Nabi Adam a.s sehingga kiamat.
2. Berhati-hati ketika menamakan anak...sebab kadang2 nama sedap tapi rupanya nama syaitan dan jin. Jadi sebelum menamakan anak, rujuklah kitab2 arab dan hadis2 yang sahih.
3. Syaitan adalah musuh manusia yang nyata dan hingga kiamat syaitan dan iblis musuh utama manusia.

Info ni saya perolehi dari pembacaan dari sebuah buku iaitu buku "Ayat-ayat Syaitan: Membongkar Rahsia Jin, Syaitan & Iblis dalam Al-Quran" keluaran PTS karangan Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz.. Memang best buku ni, sebab kita akan tahu asal usul Jin, Iblis dan Manusia... 

5Ulasan

  1. nice sharing..nama2 malaikat,nabi dan rasul kita wajib tahu..macam tu juga nama2 syaitan dan iblis kita mesti tahu supaya nama2 ini tidak dijadikan nama anak2 yang baru lahir..nauzubillah..

    BalasPadam
  2. Semoga kita dan keluarga kita terhindar dari godaan syaitan dan iblis... insyaAllah amin

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, dapat lagi saya ilmu yang bermanfaat hari ini. Sebelum2 ni macam tak ambil pusing pun tentang nama2 syaitan dan iblis ni.

    BalasPadam
  4. akak, baru why taw secara detail pasal jenis2 iblis and syaitan ni. thanx for the info. why follow sini :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ