GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

‎:: RAHSIA AMALAN WANITA SOLEHAH ::

Semua wanita mesti bercita-cita nak jadi wanita yang solehah kan... Jom tengok, amalan wanita solehah, dan adakah kita lakukan amalan2 tersebut...


*************************************
1. Mendirikan solat

Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya

Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

3. Bersyukur dan redha

Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

4. Selalu bersedekah

Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri

Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah

Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

7. Menjaga amanah.

Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran

Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.

# Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Kredit: Pakar Diari Hati @fb

4Ulasan

  1. salam perkenalan... datang singgah sini, membalas kunjungan :)

    BalasPadam
  2. thanks for sharing... ^_^ good reminder to everyone...

    BalasPadam
  3. semoga terus menjadi wanita solehah dan sentiasa mnjdi pendamping syurga..

    BalasPadam
  4. in shaa Allah, moga kita jadi calon2 bidadari syurga.. ameen..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ