18 Januari 2013

Murah Hati Derma Susu Badan


Putrajaya: Simpati terhadap tiga ibu yang tidak mampu memberi susu badan kepada anak masing-masing akibat masalah kesihatan, seorang wanita bermurah hati menjadikan ketiga-tiga bayi mereka sebagai anak susuannya.

Tanpa mengharapkan sebarang balasan, Nurul Uyun Mazlan, 30, berkata, naluri keibuannya mendorong dia berbuat demikian walaupun sudah mempunyai dua cahaya mata, Dania Alisha Almaduddin, 3, dan Dania Maisarah, tiga bulan.

Kemuliaan hati Nurul Uyun itu seharusnya membuka mata masyarakat mengenai amalan menjadi ibu susuan, sesuatu yang lazim dilakukan masyarakat Arab dan diharuskan Islam, tetapi jarang diamalkan umat Islam negara ini.

Pendakwah bebas, Zawiyah Hassan berkata, menderma susu badan kepada bayi yang memerlukannya, bukan saja dibenarkan syarak, malah dianggap perbuatan mulia dan mendapat ganjaran pahala, sama seperti amalan bersedekah.

***********************************
itulah antara isi kandungan berita Utama dalam Harian Metro hari ni... dalam Islam memang digalakkan ibu susuan, sebagaimana yang dilakukan oleh orang Arab.. dan ku rasa ramai dah sedia maklum pasal ibu susuan dan ramai dah yang buka mata pasal ibu susuan ni... cuma masih ketinggalan untuk diamalkan kerana, faktor budaya kita... sedikit info tentang ibu susuan dan hukumnya dalam Islam.

Syarat Penyusuan Dalam Mazhab Syafie

Penyusuan juga mempunyai syaratnya tersendiri. Jikalau cukup syaratnya maka si anak susuan itu bolehlah dikategorikan sebagai ahli keluarga dan mahram yang haram dikahwini sebagaimana haram hukum seorang anak berkahwin ibunya serta adik beradik perempuannya. Antara syaratnya ialah :-

1. Anak yang disusukan itu hendaklah belum mencapai usia 2 tahun. Maknanya, lelaki yang lebih 2 tahun umurnya tidak dikira sebagai anak susuan lagi. Ini perlu difahami dengan jelas supaya tidak berlaku kesalahfahaman dikalangan masyarakat. Hukum ini berpandukan kepada firman Allah SWT bermaksud:-
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”.  ( Al-Baqarah : 233 )

“…ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun ( Maksudnya: Selambat-lambat waktu menyapih ialah setelah anak berumur dua tahun ) ”.
( Luqman: 14 )

2. Kanak-kanak itu telah disusukan sebanyak lima kali susuan yang berasingan. Misalan, sekiranya anak itu berhenti menyusu kerana kenyang ia telah dikira sekali susuan. Dalilnya berdasarkan hadis:-

Aishah r.a berkata : Ayat al-quran yang diturunkan mengenai penyusuan yang menjadikan anak susuan sebagai mahram ialah sepuluh kali susuan. Kemudian ia dinasakhkan (digantikan) menjadi lima kali susuan sahaja. Rasulullah SAW diwafatkan tetapi mereka masih membaca ayat lima kali susuan sebagai ayat al-Quran.

Manakala dalam kitab Syarah Jalaluddin Al-Mahalli ala Minhajju Thalibin Imam Nawawi menyebut syarat tambahan bagi ibu susuan ialah:-
- Berumur 9 tahun
- Seorang perempuan bukan lelaki atau khunsa’
- Hidup, bukan susu mayat
- Susu manusia, bukan binatang

Adapun Imam Hanafi, Imam Maliki mengatakan keharaman terjadi dengan semata-mata mengalirnya susu seorang wanita ke perut anak yang disusuinya, baik sedikit mahupun banyak, bahkan setitis sekalipun.

Haram berkahwin dengan saudara sesusu

Diriwayatkan oleh Abdullah Mulaika r.a: Uqbah bin Harith r.a berkata bahawa ia menikahi anak perempuan Abi Ihab bin Aziz. Tidak lama kemudian seorang perempuan menemuinya dan berkata :Akulah yang menyusui Uqbah dan perempuan yang dinikahinya. Uqbah berkata kepadanya : Aku tidak tahu kamu telah menyusui ku dan kamu tidak mengatakannya kepada ku. Kemudian dia pergi menemui Rasulullah SAW di Madinah dan bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hal itu. Rasulullah SAW menjawab: Bagaimana kamu boleh (memperisterikannya) padahal telah dikatakan kepada mu (bahawa ia saudara sesusu mu) ? Kemudian Uqbah menceraikan isterinya dan kemudian isterinya berkahwin dengan orang lain.

Huraian Hadith: 
Apabila seorang perempuan menyusukan seorang bayi di bawah umur dua tahun sebanyak lima kali susuan atau lebih, maka anak tersebut menjadi anak susuannya dan anak suaminya. Oleh yang demikian anak susuan itu menjadi mahram kepada perempuan yang menyusukan dan suaminya, begitu juga terhadap keturunan kedua suami isteri tersebut. Berikut disenaraikan orang-orang yang menjadi mahram kepada anak susuan itu:
i. Perempuan yang menyusukan
ii. Suami ibu susuan
iii. Ibu bapa kepada ibu susuan
iv. Ibu bapa kepada suami ibu susuan
v. Adik beradik kepada ibu susuan
vi. Adik beradik kepada bapa susuan
vii. Anak-anak kepada ibu dan bapa susuan
viii. Anak-anak kepada ibu susuan
ix. Anak-anak kepada bapa susuan

Manakala orang-orang yang menjadi mahram kepada ibu susuan dan bapa susuan adalah anak susuan yang disusukannya, begitu juga anak kepada anak susuannya hingga ke bawah. Tetapi ibu bapa, nenek, ibu atau bapa saudara dan adik beradik kepada anak tersebut tidak menjadi mahram kepada ibu dan bapa susuan berkenaan. Ini kerana susuan itu tidak menjadikan mahram kepada usul bagi anak yang menyusu seperti bapa, nenek sehingga ke atas dan hawashinya seperti adik beradik dan ibu atau bapa saudara. Hukum mahram itu hanya kepada anak yang menyusu itu hingga furu˜nya seperti anak-anaknya, cucu sehingga ke bawah. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT, yang maksudnya: "Dan ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu dan saudara kamu yang sesusu" (an-Nisa': 23) Serta sabda Rasulullah SWT yang maksudnya: "Sesuatu yang diharamkan dengan sebab penyusuan sebagaimana apa-apa yang diharamkan oleh sebab nasab.

berdasarkan artikel2 rujukan ni, menunjukkan, dalam Islam memang digalakan ibu susuan, cuma krretiria tertentu perlu ditentukan untuk mencari ibu susuan... ibu susuan sebagai alternatif utama selain susu Formula..  semoga bermanfaat untuk semua..

sumber rujukan:
JAKIM


5 ulasan:

  1. kt Msia nih jrg ada ibu susuan nih

    BalasPadam
  2. mulia betul niat nya, semoga ramai lg org yg sanggup membantu camni, tgk susu dia pun banyak... semoga pasni bertambah2 lg banyaknye

    teringat dulu mak akak jd mak susuan pd sepupu akak sbb masa makcik akak dlm pantang susu bdn dia tak blh kuar sampaikan kene duk spital...

    BalasPadam
  3. alhamdulillah, rezeki yang ALLAH beri membuatkan saya jadi ibu susuan kepada 3 orang anak...
    harap orang ramai akan lebih paham tentang kebaikan yang banyak terkandung dalam susu ibu...

    BalasPadam
  4. Sy sgt memerlukan bantuan susu badan ni utk anak saya.kesian sgt pd ank sy menangis xberhenti2...mcmana sy nk hubungi puan nurul uyun ni...sy sgt pentingkan susu badan dr formula..ni email sy nurraihanrasli@yahoo.com.my. Terima kasih

    BalasPadam
  5. Sy sgt memerlukan bantuan susu badan ni utk anak saya.kesian sgt pd ank sy menangis xberhenti2...mcmana sy nk hubungi puan nurul uyun ni...sy sgt pentingkan susu badan dr formula..ni email sy nurraihanrasli@yahoo.com.my. Terima kasih

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^