GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Pelaburan ASB

Salam tengah hari... ok.. taip laju2 sebab nak g kerja jap g... isu terkini gak aku rasa... berkaitan duit kan... Pelaburan ASB... hmm.. aku dan suami juga ada sedikit simpanan dalam ASB, simpan sendiri je, tak wat loan pun.. sedang berkira-kira juga nak wat suatu masa dulu,tapi asyik tertangguh je... tapi sekarang ku syukur.. rupanya tangguh dan bertangguh nak wat tu rupanya ada hikmah... Lepas baca satu artikel di laman web Ustaz Zaharuddin... baru tahu, rupanya membuat pinjaman dari mana2 bank untuk pelaburan ASB hukumnya HARAM... 


Petikan dari artikel ustaz Zaharuddin

Namun berkaitan hukum pelaburan terus atau menyimpan di ASB masih ada perbezaan pendapat... Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik. dan mereka juga mengemukan beberapa pendapat kenapa diharuskan... Antaranya ekonomi umat Islam yang semakin meruncing, so pelaburan diharuskan kerana menjaga kepentingan umat Islam.. 

Namun ada juga pendapat yang mengharamkan iaitu Majlis Fatwa Negeri Selangor.. dengan pendapat:
1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas
2) Jaminan modal atau ‘capital' juga menyebabkan aqad pelaburannya bermasalah dari sudut Shariah.
3) Dana terkumpul dilabur secara bercampur di dalam industri halal dan haram.

Disebabkan ada yang kata halal dan ada yang kata haram.. daku rasa ragu2... dan alas yang dikemukan mengatakan haram nampak lebih kukuh berbanding yang kata harus... Namun, bagiku sapa2 yg rasa tak ragu2 dengan simpanan di ASB, teruskanlah.. Tapi aku sedang memikirkan simpanan cara lain.. mungkin pelaburan emas atau simpanan di Koperasi sahaja... 

Untuk lebih lanjut, boleh rujuk terus ke Laman Web Ustaz Zaharuddin.. 

p/s: orang dulu2 senang je simpan duit... buh bawah bantal je... tak pun buh dalam tempayan, pastu tanam dalam tanah, tu yang lama2 jadi harta karun tu, kalau xde yang tahu nenek moyang penah simpan duit kat situ tu... hhee... Apa pun, terpulanglah kepada sapa2 yg nak guna pendapat mufti mana... sebab masing2 ada pendapat tersendiri... 


4Ulasan

  1. Kalu sudah ada fatwa tu elok juga dikut. Sebab hukum ini perkara yang tak boleh dibuat main.

    Untuk melabur ASB ada loan ya? Tak tau pulak. Kami pun simpan yg mana ada saja...

    BalasPadam
  2. asb? memang x pernah buka lagi akaun asb...he he he...

    BalasPadam
  3. Emmm, susah gak nak buat keputusan bila dah camni. :(

    BalasPadam
  4. MJ penah baca pasal ni, ada fatwa kata HARAM dan ada kata boleh..

    Asalakn kita tak bertentangan syarak rasa nya ok

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ