31 Disember 2012

Petua Kecantikan Semula Jadi Part 1

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

bersambung....

Sumber: syok kahwin

Adat yang perlu diubah

Korang tengok ler, hasil bancian sinar ni.. pastu hayati lah video ustaz Kazim ni.. agak2, masyarakat kita boleh berubah tak yang ni... Kalau tak leh berubah takut2 lama-lama jadi mcam kes ni... 






Jika semua faham, pasti boleh kan.. ikut apa kata Allah dan Rasul, bukan apa yg org kata.. 

Sweet Memory with Herbalife

Selamat malam.. sambil2 dok print kerja2 sekolah, persiapan menjelang 2013, belek2 gambar2 lama masa zaman anak dara dulu.. 

Tertiba, teringat, daku dulu pernah bergiat dalam bisnes, tapi secara part time je, sebab masih belajar di universiti.. saya mengisi kekosongan dan masa lapang, di waktu cuti semester.. Bisnes yg pernah ku join ialah, herbalife, atas ajakan rakan karibku, si kembar.. 

Dalam seronok2, join diorg buat bisnes, dua kali juga la aku g seminar herbalife ni.. aku join sebab katanya herbalife boleh naikan berat badan.. mulanya tak berminat sebab mahal, dah tu si kembar offer la, guna duit diorg dulu, aku naik semester baru bayar.. so, aku ikut je, mak pak aku pun tak menghalang, malah beri sokongan...

Seminar yg pernah ku join di Penang, dan sekali di KL, dan tu juga lah pertama kali aku naik keretapi ke KL, dan naik KL Monorel.. best juga seminar tu, memang jumpe dengan org yg dah berjaya betul dalam bisnes ni.. kebanyakannya kaum cina la join... melayu pun ramai.. tujuan utama, nak turunkan berat bdan secara sihat..

Kawan aku si kembar ni kira berjaya gak sebab boleh la beli kete 2nd hand secara cash dengan duit herbalige tu.. sekrang diorg dah tak aktif sebab masing2 dah kahwin.. tapi kini, aku kembali minum herbalife utk naikan berat badan secara sihat.. memang mahal produk ni, tapi buat budjet dah, setiap 2 bulan sekali baru beli.. tak pe lah melabur sikit utk kesihatan diri, sebab sihat tu anugerah Allah yg tak ternilai dgn wang ringgit kan.. 

Tapi, yang aku paling seronok dan bersyukur sekali, Allah pertemukan kami (si kembar dan aku) dengan bisnes ni, dan hingga kini, persahatan kami terjalin erat walaupun masing2 dah berkhwin dan bekeluarga.. Moga persahabatan kami berkekalan hingga akhir hayat dan di rahmati Allah selalu... 


30 Disember 2012

Andai Bayi Yang Dibuang Itu Mampu Berbicara, Inikah Yang Akan Diucapkannya..??

Andai Bayi Yang Dibuang Itu Mampu Berbicara, Inikah Yang Akan Diucapkannya..??

Sumber gambar: google images

... || Ketika ia masih dalam kandungan >
“ Ibu, saat ini aku gembira sekali, aku berada ditempat yang hangat, dan nyaman, tetapi gelap.Ah.. Biarkan kegelapan ini, aku tetap gembira sekali, Allah telah memilihkan tempat ini untukku. Aku juga boleh mendengar Ibu ketawa kecil kegembiraan, sungguh lembut suarammu Ibu, akan tetapi..

Ibu...aku ingin bertanya,
Kenapa hari ini ibu menangis.?
Malam ini aku juga mendengar Ibu menangis, bahkan ketika tangisanmu semakin menjadi-jadi, tiba- tiba Ibu memukulku, yang masih berada di dalam perutmu.
Aku amat terkejut,,
Ibu.. aku ingin sekali memelukmu dan bertanya kepadamu,
‘’ Kenapa Ibu bersedih.? Siapa yang telah membuatkan ibu menangis..?’’
Tetapi Ibu terus memukulku.. sakiiiit Ibu..

Ibu, aku ingin bertanya,
Kenapa hari ini Ibu memaki- hamun diriku.?
Aku bahkan tidak tahu apa salahku.?
Yang aku tahu.. Ibu hanya menjerit sambil menyebut nama seseorang yang Ibu katakan sebagai “Ayahku’’, seseorang yang semalam memukul Ibu.. Mengarahkan Ibu supaya ‘membuangku’..

Ibu aku ingin membelai wajahmu dan mengusap air matamu,
Aku ingin mengatakan - aku sayang Ibu- agar Ibu tenang,
Tapi aku lihat tanganku masih terlalu kecil untuk merangkul bahkan membelai wajah Ibu..

Ibu.. Tenanglah,, aku benar- benar akan membahagiakan IBU saat aku lahir ke dunia nanti. Aku akan menjadi adiwira kecil Ibu dan melindungi Ibu, agar tidak ada lagi tangan-tangan durjana yang akan menyakiti Ibuku..

Ibu, kenapa hari ini Ibu masih lagi menangis.?
Adakah aku telah melakukan kesilapan terhadapmu?...
Ibu.. Hukumlah aku jika aku salah, tapi tolonglah aku menghalau benda ini yang menarikku ini.!
Ibu.. Dia jahat padaku, dia menyakitiku,
Ibu.. tolong aku.. Aku sakiiiiit..

Ibu, kenapa Ibu tidak mendengar rayuanku, Ibu...

Benda itu masih menarik kepalaku, terasa seakan leher kecilku ini mahu putus, ia bahkan menyakiti tanganku jua, dia terus menarik, dan menyiksaku.. sakiiit... oh, Ibu tolong hentikan semua ini, aku tidak mampu untuk menanggung kesakitan seperti ini... Ibu.. aku tersiksa..

|| setelah ia di gugurkan dan dibuang >

“ Ibuku sayang, kini aku telah berada di Syurga.
Aku bingung..Apakah aku dibunuh.?
Ibu, aku masih tidak mengerti kenapa aku di sini?
Di manakah dirimu. Aku mencari-cari dirimu di sini tetapi aku gagal.
Kelibat mahupun bayangmu tidak kutemui..
Seingat aku,, Sebelum aku ditempatkan di sini
Ada sesuatu yang telah menyakitiku dan aku sedih Ibu..

Suara-suara di fikiranku mengatakan,’’ kalau aku tidak di ingini, maka aku akan digu..’’
Tidak.. Aku tidak mahu mendengarnya.. Aku tidak mahu mempercayainya, aku mempunyai Ibu yang sangat baik dan sayang padaku.

Suara-suara itu berkata lagi, ‘’ Ibu berasa sangat malu kerana menghamilkan aku !’’
Itu tidak benar kan Ibu..?
Aku kan adiwira kecil Ibu yang akan melindungi Ibu, kenapa Ibu harus malu.?
Aku janji aku tidak akan nakal dan membuat Ibu malu.
Tetapi suara-suara itu tetap membisikkan kepadaku, Ibu sendiri yang membunuhku!!.
Tidak..!!
Ibuku tidak akan sekejam itu, Ibuku sangat lembut dan mengasihiku..!

Maafkan aku ibu, aku telah berusaha sekuat tenaga untuk bertahan.
Kerana aku ingin membahagiakan Ibu.
Tetapi sekarang Allah telah membawaku kesini, kerana kejadian itu.

Ibuku.. Aku hanya ingin Ibu tahu bahawa aku amat ingin hidup bersamamu.
Merasai kasih sayangmu
Bertapak memenuhi ruangan ihsan hatimu
Aku tidak ingin pergi.

Tapi...

Ibu, aku sangat ingin mengatakan, aku sayang Ibu, walaupun aku belum sempat bernafas dan melihat wajahmu, biarlah aku sendiri yang merasakan sakitnya diperlakukan seperti itu, asal jangan Ibu.
Maafkan aku kerana gagal menjadi adiwiramu yang akan melindungi dirimu.
Selamat tinggal Ibu...!”

Hanya sebuah Renungan.!

Kredit to PICM at FB

Masakan istimewa "air tangan suami"

salam dan selamat berhujung minggu, baru sempat nak ngadap lappy... tak sihat sikit tadi dan sibuk dgn kerja rumah... 


Siang tadi, makan special.. air tangan si suami.. sesekali suami masuk dapur.. hhe.. aku layan anak je.. 
Suami masak sup ayam, air asam dan ayam gorng.. simple tapi menyelerakan.. buktinya 3 kali aku tambah, padahal selra makan aku down sejak 4 hari lalu.. 


Terima kasih kerana masakan untuk makan tengah hari ni.. memang sedap.. 
Suamiku rajin masak masa aku prggy dulu, ni baru ni turun padng memasak semula.. hehe.. lau boleh rajin2 lah masak lagi ea.. hehe..

Sesekali isteri nak juga kan rasa masakan suami.. walaupun simple, itu cukup menyelerakan dan menyejukan hati isteri... tak kurang machonya jika suami masuk dapur dan buat kerja rumah... malah, Nabi s.a.w sndiri buat kerja rumah, sebab kerja rumah tanggungjawab suami, bukan isteri,,, isteri hnya membantu suami melaksanakan tanggjwab tu.. 
Azam 2013 part 1: Nak buat sarapan

Azam 2013 part 1: Nak buat sarapan

Bagus juga de rancangan sarapan kat tv3 ni.. Buatkan aku yg xde selera mkn rasa nak makn... Rasa banyak plak idea nak msak sarapan...

So.. Azam tahub 2013 nak masak sarapan setiap hari... Memandangkan aku kerja ptg mmg boleh sgt nak masak pagi... Tapi jenis tak berapa nak rajin... Hehe...

So.. Kuatkan smgt nak memasak sarapan mulai tahun 2013... Moga sindrom aku dan kluarga cepat la smbuh sebab smgt nk memasak dan kurgkn makn mknn luar...

Ok... Jap g masuk diari... Tgh pikir azam part 2 plak... Hehe...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Dunia terbalik akhir zaman

Dunia dah tua kan.. semakin menampakkn uzurnya... 


Tadi masa tengok liputan lintas langsung Jom Heboh tu, masa wartawan pengacara temu ramah seorg lelaki, selamber je kan dia salam.. 

Hmm.. ni lah dunia terbalik.. cer tgk je lah gambr kartun yg penh di 'share' di Facebook, pastu dah senyap la.. dan aku copy dari google... betul kan... pe yg de dlm kartun tu kan.. mmg dah terbalik.. yang halal di haramkan, yang haram di halalkan...

Kalau nampak org pegang babi, macam org tu buat dosa besar, padahal haram pegang babi sebab dia najis berat (mughallazah) bukan haram berdosa,... hukum haram tu terhapus dengan menyucikan nya mengikut syarak... tapi masyarakat kita pandang semacam je kan.. kalau tak caya pergi la dukung anak babi kot pekan, pasti org amik gmabr, masuk facebook, mcm korg buat dosa besar lagaknya.. 

Tapi, cuba, tengok kalau remaja2 sekarang couple dan naik motor berdua2an, berpelukan dan berpegangan tangan di shopping2 compleks, dia taman2 bunga, xde org nak heran.. org akan cakap pe"alah, biasa la budak zaman sekarang".. awas!!! jika anda org beriman dan tak pernah tinggal solat, jangan kata begitu, anda juga berdosa kerana merelakan maksiat berleluasa, jika tak mampu nak tegur, cukup lah membenci perbuatan itu, kerana itu selemah-lemah iman... 

Renungkanlah sabda Nabi s.a.w ini:
Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman." (Hadis sahih riwayat Muslim)

p/s: betulkan yang biasa, biasakan yang betul ... selamat beramal... 

29 Disember 2012

Pasang luar sebab nak jimat

malam semalam kelmarin, akhirnya berjaya juga en.somi psg luar.. hehe.. psang pe tu?? psang external ink kat luar.. sebabnya, untuk lebih jimat.. 

Kedua-dua printer aku kat rumah, dah selamat pasang ink kat luar, sebabnya tak larat nak angkut catriged dan beli in refill... last2 psng yg kat luar tu, senang dan jimat.. boleh print banyak2.. dah tak kalut dah... ink pun blh stand ny yg baru sebab blh nmpk kan bila nk hbs..\

Printer aku yg lama tu, guna sejak kat UTM lagi... mmg byk khidmat dah printer Canon aku tu.. printer biasa je.. masa tu hrga Seratus lebih, sbb baru kuar, tapi skrg dh xde hrga agaknye.. tapi still blh guna... printer tu juga, bnyk berjasa, dalam proses aku menyiapkan projek tahun akhir (PSM) aku.. 

Sekarang de printer 3 in 1, pun baru je psang sebab letih poket nak kasi dia 'makan' ink.. dah la mahal... tu yg hari tu, g Plaza Low Yat, beli tabung ink ni.. beli jenis Super Jet, kaler dia lebih cantik dan smooth... berbanding yg biasa... 

Alhamdulillah, lepas ni, xde mslh lagi nak print hitam atau warna... 
TQ tu my husbd sebab tolong psgkn tabung kat luar ni... 

p/s: nak buka kedai fotostat pun leh lpas nih.. hehe
Ujian Akhir Tahun dari Allah

Ujian Akhir Tahun dari Allah

salam dan selamat bercuti buat kngkawan yg bercuti hari ni..  Terima kasih buat kengkwan blogger yg mendoakan kesihatan Faiqah.. 


Faiqah masih lemah dan tak aktif sangat, dugaan buat aku dan suami, bersambung  lagi.. opss.. sebelum tu, cerita aku ni, bukanlah rungutan, tapi sekadar berkongsi cerita.. ku redha dengan ujian Allah ni.. 

Selepas Faiqah balik, keesokannya aku dan suami terpikir2 sebab, aku kena ke sekolah dan suamiku kerja.. Akhirnya suami ku amik keputusan, nak bawa Faiqah ke tempat kerja nya.. dan aku ke sekolah sendiri... Tapi bila dia bgtau boss dia, bos nya suruh amik cuti je... Alhamdulillah. 

Namun, ujian Allah masih bersambung, perutku memulas dan aku dan suami pula diuji dengan skit perut yg berpanjangan.. berulang2 ke tandas plak.. tambahan lagi, Faiqah pun sama juga.. Selera makan yg berkurangan.. 

Aku pasrah dan redha dengan dugaan dan ujian ni.. redha... ini lh tanda Allah sayang kami kan.. diduga dan diuji.. tak pernah mohon ianya berakhir, cuma ku mohon, Allah berikan aku dan suami diberi kekuatan hadapi semua ni.. yang paling adalah, moga selera Faiqah pulih kembali.. Faiqah tak nak makan, hanya bergantung dengan susu ibu... Aku yg masih lemah, mohon diberi selera dan kekuatan untuk tampung keperluan Faiqah.. 

Doakan Faiqah serta aku dan suami kuat ea untuk dugaan ini.. La Tahzan Innallaha ma'ana

Ais Krim Goreng ala Dorayaki

Salam.. lama tak mencoret dan kongsi cerita dan info.. bukan tak sempat, tapi kami sekeluarga diuji Allah.. next entry lah aku citer psal ujian akhir tahun dari Allah tu ea.. ni aku nak kongsi resepi mudah.. hehe..


Ais krim goreng.. pasti org semua tahu kan.. macam2 jenis dah org buat skrg.. aku rasa macam pelik je.. tapi sekrang tak pelik lagi.. malam semalam suami aku buatkan ais krim goreng ala2 kuih dorayaki kuih kesukaan doremon tu.. heeh

Bahan-bahannya mudah je:
* roti keping (tak kisah lah jenama apa pun, gardenia ke, mighty white ke)
* ais krim (pun tak kisah korang suka rasa apa pun..)
* penekap (tupperware ke, mangkuk ke)
* minyak untuk goreng

Cara-caranya:
* Ceduk ais krim yg masih beku tu, letak betul2 tengah sekeping roti. 
* Pastu, amik lagi sekeping roti letak atas roti yg de aiskrim atsnya tu tadi..
* Amik penekap, dan tekap betul2 atas dua keping roti tu tadi'
* Dan tekap, jadi bentuk bulat, dan terus goreng dengan minyak yg pnas.. kalau mnyak tak cukup panas, minyak tu serap ke dlm roti, jadi tak sedap.. so, kena panaskan minyak bg betul2 pnas, baru masukkn roti yg dlmnya de aiskrim tu tadi.. 
* Bila dan kekuningan, boleh la di angkat.. makan panas2 memang sedap.. hehe.. 

Selamat mencuba.. sekarang, boleh buat sendri je ais krim goreng yg mudah... 

28 Disember 2012

Pabila Faiqah sakit...

Salam... dah msuk hari baru... kisah yg mnguji hati kami sbg ibu dan bapa... ujian yg Allah trunkn kpd kami...

Pagi semalam...ujian getir bgku dan suami... jam 5.30pgi Faiqah muntah...ku andaikn muntah susu,.biasa la tu lau dh over dos minum... tpi sejam lpas tu muntah lagi... setangah jam lgi dia muntah lagi.. lpas jam 6.30 pg dia tido.. ku dah runsing... sepatutnya hari smlm ku kna hadir 2 mesyuarat penting di sekolah... sesi tengah hari dan ptg... tpi faiqah mntah lahi jam 10 pgi...


Terus, call en,somi...dia trus minta blik dr bos... jam 11.00 pg, mulanya nk ke klinik je..tpi dlm kete..faiqah muntah lagi.. msuk tu dh 7 kali dia muntah...trus mnghala ke Hospital Tunku Mizan.. 

Sesampai je..trus ke kecemasan.. cek up biasa.. pastu doktor nk msukkn air..sbb dia dh lmah dan mata nmpk cengkung.. kaki pertama, cubaan doktor nk msukkn jarum tak berjaya,. Aku dn suami dh tak sggup tgk faiqah meraung kesakitan.. ya Allah.. tak tahu nk ckp mcm mna.. 

Akhirnya, lpas kedua2 tgn cucuk tak berjaya, sbb urat tgn dia halus dan tak timbul...ea lh,,tgn budak kn.. doktor suruh susukn dan pntau dlm sejam smntra tggu kputusan darah..

Tunggu smo kul 2ptg.. pastu, doktor nmpk dia lmh dan tekad nk msukkn air juga.. aku dan suami mulanya tak bg... tpi dia kta ini utk kbaikn dia.. akhirnya..ku serahkn kt doktor..dan kami menunggu di luar... ya Allah, ku rasa nk terjah je bilik kcmsan tu,. Tak sggup dgr faiqah nangis dan meraung kesakitan... mmg ku tak dpt lupakn... 

Ku dan suami sma2 cari kekuatan.. mnhan air mata yg hmpir mnitik... ya Allah, hnya Allah thu perasaan kami msa tu...akhirnya lpas 15 minit,. Doktor berjaya msukkn,.. ptt la dia meraung kskitn..sbb jarum ke-5 bru berjaya.. 

Lpas tggu hbis air bru blik.. jam 5ptg bru smp umah... mmg ujian dan dugaan yg tak ku lupakn smp akhir hayt... 

Mmg tak pikir dh kje,.. terima ksih buat kengken yg take over kje2 ku hari ni.. moga faiqah cpt smbuh....

27 Disember 2012

Membebel adalah hiburan bagi isteri


Wanita memang suka bercakap dan membebel kan.. berbanding lelaki, lelaki ni banyak cakap bila?? iaitu waktu remaja dan masa belum matang.. macam anak murid daku la.. bercakap je.. so, aku biarkan je, sebab ku tahu, nanti dah besar, diorg dh kurang cakp.. tambah2 bila lepas kahwin.. lagi la kan.. isteri tnya jawab "hmm", "ok", "k" je kan.. hehe... Wahai lelaki, jangan marah jika wanita membebel, hanyati kisah tokoh Islam ini dengan isterinya... 

**********************************************

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.

Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.

Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau. Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas.

Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?”

Si suami tadi menjawab, “Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”

Saidina Umar tersenyum lalu berkata : “Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, bersabung nyawa melahirkan zuriat untukku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”

Itulah cara Sayidina Umar menghargai layanan dan khidmat bakti isterinya yang begitu setia setelah sekian lama bersusah payah menguruskan rumah tangga. Diam Umar adalah diam tanda sayang, paling-paling Umar hanya tersenyum mendengar bebelan isterinya itu. Itulah romantik cara Saidina Umar. Dibiarkannya isterinya membebel untuk meluahkan perasaannya. Bebelan isterinya juga adalah bebelan sayang, bebelan tanggungjawab dan keprihatinan, bukannya marah-marah yang menjatuhkan maruah dan tidak sampai ke tahap menderhaka kepada suami.

Sumber rujukan cerita: FB

26 Disember 2012

Review: Lagenda Budak Setan 2

Salam tengah hari.. dah makan tgh hari?? aku belum lagi, tunggu en.somi balik, nak makan berjemaah.. so, sementara tunggu dia, nak kongsi pasal satu filem yg sama2 aku dan en.somi layan semalam... 



Semalam, layan filem hot "Lagenda Budak Setan 2", bahagian 1 dah tengok dulu, ni sambungan la kan.. suamiku la beriya-iya sebab filem ni adaptasi dari penulis novel terbaik di Malaysia "Ahadiat Akashah"... 

Memula layan, ku rasa bosan la.. sebab banyak sangat babak dia yang slow.. geram jek.. banyak konflik yang timbul dalam part 2 ni.. Pastu, sampai kat klimaksnya.. suami ku melayan dengan penuh emosi.. iaitu part di mana, Kasha belasah abg dia sebab abg dia tipu suh hntar dadah kat geng dia... padahal, anak dia sakit kan masa tu.. hadoi hai.. aku pun geram dengan babak tu.. Apasal la slow sangat, anak dia lagi penting sebenarnya.. Tapi itu nak dijadikan citer la kan.. 

Pastu, abg dia tgglkan awks dia yg mengandung plak.. dan masa tu nak terberanak lak.. dan anak dia nangis sbb sakit.. eee... geram + kesian kat budak tu, menyebabkan aku dan somi membentak dengan penuh emosi.. haha.. last2 ank dia meninggal.. ee.. kesiannya.. dah la tu lah zuriat dia dgn Ayu kan.. 

Memang tu lah yg buat aku tak puas hati dengan watak kashah ni.. slow sangat, nape la tak pikir yg mana lagi penting kan.. dok sibuk2 dgn pkra2 yg tak penting... huhu.. luahan emosi la ni.. tu tnda, lkonan dan jalan cerita yg memberi kesan kpd penonton.. hehe.. 

Ok lah.. aku rasa ramai dah tengok kot. aku je ketinggalan sikit.. hehe.. biasa la.. harapkan org up kat youtube je.. nak g pawagam xde masa tmbh2 nk usung Faiqah g pawagam, pkir 10x kot.. hehe..

Dah tamat part 2, tggu part 3 plak.. teringin nak cari novel dia je.. puas hati kan.. tapi tu novel lama, nk kena pustaka negara kan. huhu.. apa2 pun lakonan Farid Kamil best.. hehe... suami ku sukakan ray band Farid Kamil tu, siap mencari kt uptown lagi.. haha... 

p/s: sesekali layan, filem romantik dengn en.somi, best kan.. hikhikhik

Koleksi Petua Untuk Meredakan Demam

Salam... semua org penah demam kan.. tamabh2 kalau ibu bpa yg menghdpi anak2 yg demm dan tak kebah2.. risau dibuatnya.. di sini, de beberapa petua tradisional untuk redakan demam... Bahan2 smulajadi yg mudah didapati tamabh2 kalau dok kat kampung... Antara bahan2 biasa digunakan, asam jawa, lidah buaya, daun bunga raya, daun naga buana, daun durian belanda, buah kembang semangkuk... 

Petua 1: Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Selepas itu sapukan air tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa itu kering di kepala. Anda akan dapati demam anda atau anak anda akan mulai reda. Buat berulang-ulang kali hingga sembuh.

Petua 2: Boleh juga, ramas asam jawa dengan air dan gosok ke seluruh badan termasuk kepala, hingga mengeluarkan asap... biasanya lakukan sebelum matahari terbit... gosok satu badan dengan asam jawa.. petua mak saya, jika rasa gatal dan merenyam tu, kira mmg pnas tu nak keluar la tu.. 

Petua 3: Ambil 3 helai daun sirih dan ramas ke dalam semangkuk air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan. Jaramkan ramuan ini pada kepala. Lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

Petua 4: Ramaskan 5 helai daun bunga raya, 2 helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu hingga keluar lendir dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut.

Petua 5: Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak 3 kali dan kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.

Petua 6: Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan ke seluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

Petua 7: Ambil lidah buaya (aloe vera) dicampur dengan daun setawar berserta gula batu sebesar ibu jari. Semua bahan tersebut ditumbuk hingga benar-benar hancur dan lumurkan pada kepala anak, bahagian tengkuk, bawah ketiak, celah kangkang, belakang badan dan tapak kaki.

Petua 8:
a. Ambil segengam beras pulut dan digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Ambil sedikit beras pulut yang telah digoreng tadi dan campurkan dengan secawan air panas.
b. Tunggu air tadi suam dan ditapis. Bolehlah beri bayi anda minum air tersebut.
c. Lebihan beras tersebut boleh dibuat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas. Panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.

Petua 9: Ramas daun durian belanda dalam air sehingga keluar lendir. Sapukan air durian belanda pada seluruh badan.

Petua 10: Ambil pegaga termasuk akarnya. Basuh dengan direndam dalam air garam untuk membunuh sebarang bacteria. Selepas itu kisar dan minumlah jusnya. Jika ingin rasa manis, tambahkan gula batu. Boleh diminum sejuk atau panas.

Petua 11: Ambil buah kembang semangkuk dan halwa kundur dan rendam lebih kurang 1/2 jam hingga 1jam di dalam air mineral/air putih. Airnya diminum untuk meredakan panas badan.

Petua 12: Ambil segenggam daun betik dan tumbuk hingga halus. Kemudian tapis airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah diminum. Dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya.

Petua 13: Ambil 7 helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan 3 ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan 2 kali sehari. Cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.
Daun Naga Buana
Petua 14: Ambil daun naga buana, ramas dalam sebaldi air dan mandi sebagai bilasan terakhir... 
Daun smak: biasa di Kedah, org makan dengan laksa, tapi salah satu herba yang boleh dijadikan ubat meredakan demam.. 
Petua 15: Daun samak: Ramas daun samak dalam sebaldi air, dan mandikan dengan air daun samak sebagai bilasan terakhir ketika mandi pagi dan petang...

Koleksi petua ni, memang petua turun temurun yg pernah dilakukan mak saya, selain bacaan saya di internt dan FB... 

Persiapan Persekolahan 2013

Salam dan selamat pagi... Hari ni semua dah mula bekerja kan cikgu cikgi.. aku dah lepas dah meeting hari Isnin lepas.. hari ni de lagi meeting, tapi aku tak terlibat... Tapi esok dan lusa memang aku terlibat.. Dan sudah pasti aku akan bawa Faiqah ke sekolah kerana pengasuh Faiqah tak habis cuti lagi..ok..yang nak distorykan ialah kisah persiapan aku menghadapi persekolahan 2013. 



Semalam, aku ajak suami shopping pra-persekolahan 2013... ingat pelajar je nak beli serba serbi baru, cikgu pun nak juga tau.. semalam g Mydin USJ je.. sebab kat sana , segala kelengkapan ada dan yang pasti murah kan.. Sesampai di Mydin, dh agak ramai org sebab parking pun penuh.. Tambahan Mydin USJ dalam proses pembaik pulih.. nak buat lagi besor dan selesa... 

Masuk Mydin, menghala ke tingkat atas, yang pertama aku grab sarung kaki, Alhamdulillah.. banyak stok sarung kaki dan aku beli 3 pasang je.. dan seterusnya pergi ke bahagian alat tulis.. hadoi.. ramai dan sesak giler.. aku suruh suamiku tunggu je kat mana2, sementara aku g cari brg yg aku nak beli.. sebab susah nak jalan... ramai dengan ibu bapa dn anak2 yg membeli belah barangan untuk persekolahan.. sesetengahnya, ada alat tulis yg habis kat rak dan tak sempat pekerja Mydin nak restock.. 

Turun ke tingkat bawah, Mydin wat sales... baju kurung 3 pasang RM50.. haha.. aku grab la 3 pasang... hehe.. cantik2 dan murah2 je bajunya.. xde yang mahal pun... badan jenis S ni memang sng nak cari baju.. so, cukuplah, de 4 pasang baju baru untuk persekolahan baru.. Kasut aku tak beli kot, sebab banyak dah kasut sekolah aku.. tapi tgk la.. rasa macam nak beli kot sepasang yang selesa dan tak betumit tinggi.. sebab cikgu kan byk berjalan.. sehari tak terkira nek turun tgga berapa kali... 

Itu je lah persiapan untuk tahun 2013.. yang lain2 persiapan mental sebab aku kena ajar subjek lain dari major aku tahun ni, iaitu subjek ICTL.. nak kena study balik la.. aku mana la pnh mengajar pun. yg tahu ajar Pendidikan Islam je.. 

Moga aku, lebih bersedia dan bersemnagt tinggi untuk persekolahan 2013.. Doakan aku ea kengkawn.. setiap tahun baru menghadapi anak2 murid yg baru dan cabaran yg baru.. moga Allah permudahkan urusan aku dan kengkawan yg sekerja dengan aku... ameen...

p/s: terasa cabaran bekerja sbg cikgu pada tahun ke-3 perkhidmatanku..

25 Disember 2012

7 Golongan Yang Allah Naungi di Hari Kiamat

7 Golongan Yang Allah Naungi di Hari Kiamat


Di padang Mahsyar nanti, Matahari berada hanya sejengkal dari kepala manusia.. bayangkan betapa panasnya pada ketika itu.. Bayangkan 1 hari di padang Mahsyar bersamaan 50,000 tahun di dunia.. Manusia akan berada dalam keadaan bersesak-sesak, berhimpit-himpit, berasak-asak, bersusun-susun, bertindih-tindih.. Tanpa mengira agama, bangsa, negara, darjat, pangkat atau keturunan.

Di kalangan manusia itu, ada yang berpeluh-peluh.. Ada yang peluhnya hingga ke buku lali. Ada yang peluhnya hingga ke betis.. Ada yang peluhnya hingga ke lutut.. Ada yang peluhnya hingga ke pinggang.. Ada yang peluhnya hingga ke pusat.. Ada yang peluhnya hingga ke dada.. Ada yang peluhnya hingga ke dagu.. Ada yang peluhnya hingga ke bibir. Dan ada yang tenggelam dalam peluh!

Tetapi ada golongan yang mendapat naungan arasy Allah yg redup di padang Mahsyar.. Sesiapa yg mendapat naungan ini, dia tidak akan merasa panas terik matahari itu.

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah Di Padang Mahsyar:-

1. Pemuda yang sentiasa mengerjakan ibadah
2. Orang yang dipujuk berzina oleh perempuan cantik dan rupawan tetapi menolaknya
3. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah
4. Pemerintah yang adil
5. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
6. Orang yang banyak besedekah dengan ikhlas
7. Orang yang selalu mengingati Allah dan bertaubat atas segala dosa-dosanya

Semoga kita menjadi salah satu antara 7 naungan itu... Aamiinn..

Sumber: FB

Khasiat Minyak Zaitun

Khasiat Minyak Zaitun

Satu kajian yang dijalankan di Sepanyol baru-baru ini menunjukkan bahawa minyak dara zaitun asli dapat membantu mencegah dan merawat radang perut yang disebabkan oleh bakteria (H-PYLAR) yang sering mengakibatkan jutaan kes ulser peptik. Baru-baru ini juga, satu kajian awal menunjukkan bahawa anti-oksida dalam minyak zaitun mungkin mempunyai tindakbalas ke atas serangan bakteria di lapisan perut. Ia juga dapat melembabkan kulit muka, jika dicampurkan dengan yogurt tanpa lemak dan diletakkan pada muka selam 15 minit. Ia juga boleh digunakan pada rambut bagi melambatkan uban, berkesan dalam melegakan sakit sendi dan membunuh cacing dalam perut.


Dari sudut Agama
Allah s.w.t menyebut dalam beberapa ayat mengenai buah zaitun, iaitu dalam surah al-Tiin:
"Demi buah tin dan zaitun," dan dalam surah an-Nur ayat 35, disebut mengenai minyak zaitun yang penuh berkat, iaitu "Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang berkat (atau banyak manfaatnya iaitu) pokok zaitun." Demikianlah, buah zaitun disebut dalam al-Quran yang tentunya mempunyai keistimewaan tersendiri. Dalam al-Quran, buah zaitun disebut sebanyak tujuh kali; dua kali disebut zaitun bersendirian, lima kali disebut berserta dengan buah-buahan lain, antaranya tamar, delima, anggur dan buah tin. Ini menunjukkan tentu ada banyak kelebihan atau khasiat buah zaitun yang Allah s.w.t kurniakan, bagi faedah dan kebaikan kepada manusia. Buah zaitun nama botaninya disebut olea europea banyak ditanam di kawasan Mediterranean dan tempat pernanamannya yang utama ialah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Minyak zaitun atau olive oil adalah hasil perahan daripada buah zaitun.

Dalam surah al-Nur ayat 35, Allah menyebut tentang buah zaitun, yang mana para ulama memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun. Dalam kitab Sunan al-Tarmizi dan Ibnu Majah, terdapat sebuah hadith daripada Abdullah bin Umar yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Makanlah kamu minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut, kerana minyak zaitun dibuat daripada pohon yang penuh berkat."

Begitu juga hadith riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah s.a.w bersabda: "Gunakanlah minyak zaitun sebagai lauk sekali gus minyak rambut kerana ia berasal dari pohon yang diberkati."Minyak zaitun bersifat lembap pada peringkat pertama. Justeru, ada yang mengatakan ia bersifat kering adalah tidak benar. Teksturnya bergantung pada kandungan minyaknya. Minyak yang dihasilkan daripada buah zaitun yang sudah masak adalah yang paling elok dan paling stabil. Manakala yang dihasilkan daripada buah yang mentah pula cenderung bersifat sejuk dan kering. Minyak yang dihasilkan daripada buah zaitun merah mempunyai kualiti sederhana. Minyak yang diperbuat daripada buah zaitun yang berwarna hitam mampu memberikan kehangatan sekali gus kelembapan dengan stabil.Antara khasiat minyak zaitun, ia boleh mengatasi racun, melapangkan perut dan mengeluarkan cacing. Minyak zaitun mengandungi vitamin E dan vitamin K yang baik untuk kesihatan kulit terutamanya untuk rawatan kecantikan wanita. Jika diperah dengan campuran air, panasnya berkurang, lebih lembut, dan lebih berkhasiat. Zaitun boleh menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban. Dengan menggunakan minyak zaitun setiap hari, rambut dan kulit bersinar. Kegunaan untuk tubuh adalah lazimnya disapu setiap kali selepas mandi pada permukaan tubuh. Minyak zaitun mudah meresap, sehingga tidak perlu bimbang ia melekit. Jus zaitun yang dicampur garam boleh menguatkan gusi. Daunnya boleh meredakan dan merawat demam, kesemutan, kudis dan mencegah peluh berlebihan.

Dari Sudut Saintifik
Dunia moden pada hari ini, melalui kajian-kajian sains, tidak dinafikan banyak yang mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun adalah antara minyak yang bernilai tinggi dalam bidang kesihatan. Selain minyak zaitun bertindak sebagai penambah zat makanan, ia juga bertindak mencuci dan membaik pulih perut dan penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Minyak zaitun juga boleh diambil sebagai sapuan luaran, selain bertindak sebagai pelicin, ia sebagai pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis. Menurut al-Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi s.a.w bersabda, "Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati."

Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagao "monounsaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya dalam darah. Satu kajian yang dijalankan oleh pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford, mengkaji perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur-sayuran, mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (Januari 2005), pakar-pakar sains mendapati diet Mediterranean yang kaya dengan minyak zaitun boleh mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan oleic acid yang terdapat di dalamnya. 

Sebab tu Chef Ammar dalam rancangan masak2 di TV al-Hijrah, menggunakan minyak zaitun.. minyak zaitun kalau kita minum, tak rasa muak.. aku pun dah jatuh cinta dengan minyak zaitun.. kalau menumis mesti nak tumis dengan minyak zaitun.. kerana, aroma bau yg berlainan dan rasa yg lazat.. tmbah2 kalau nak masak, nasi ayam ke, nasi beriani atau nasi arab.. wajib tau guna minyak zaitun, kalau minyak sawit tak berapa jadi la rasa nasi tu... untuk makanan Faiqah pun aku masak guna minyak zaitun sebab xde kolestrol... Dan minyak zaitun, pasti de kelebihankan sebab ada nas al-Quran dan Hadis yang mengatakan tentang kebaikan zaitun.. 

p/s: Jom, guna minyak zaitun, untuk kesihatan sekeluarga.. hehe.. (macam kempen plak..)

Sumber rujukan: Facebook
Boleh dapatkan lebih info di Sini, Sini dan Sini

24 Disember 2012

Khasiat Ubi Kentang

Khasiat Ubi Kentang

KALAU kanak-kanak mungkin mereka boleh makan kentang goreng tetapi saya mesti makan nasi setiap hari," kata seorang rakan apabila mendengar saranan menggantikan hidangan nasi kepada ubi kentang.

Sebenarnya, hidangan ubi kentang bukan hanya kentang goreng seperti yang terdapat di restoran-restoran segera yang menjadi sumber lemak, meningkatkan kolesterol, melonjakkan risiko darah tinggi dan penyebab obesiti.

Hakikatnya, bukanlah ubi kentang yang menentukan sama ada baik atau buruk untuk kesihatan. Yang penting bagaimana bahan ini disediakan untuk dimakan.

Umum mengetahui ubi kentang sumber nutrisi karbohidrat popular di seluruh dunia.

Bagi menikmati khasiat sebenar ubi kentang, anda boleh menghasilkan hidangan seperti kek coklat kentang atau sup berkrim kentang.

Tahukah anda selain membekalkan sumber karbohidrat, kentang mempunyai khasiat lain untuk kesihatan?

Kajian menunjukkan dengan mengambil kira-kira 150 gram kentang, kita dapat memenuhi keperluan vitamin C untuk satu hari. Kandungan kalium dalam kentang pula boleh melegakan hipertensi.

Pakar Kesihatan dan Kesejahteraan, Carina Lipold memberitahu, ubi kentang mengandungi banyak manfaat kesihatan sekiranya dijadikan sebahagian amalan diet.

Katanya, ubi kentang kaya dengan serat, vitamin, mineral, fitokimia, rendah kalori dan pada masa sama mempunyai indeks kekenyangan tinggi.

"Sebiji kentang bersaiz sederhana (kira-kira 150 gram) yang dikukus dan dimakan dengan kulitnya, memberi sehingga 48 peratus daripada pengambilan harian Vitamin C yang disyorkan untuk seseorang, lebih kalium atau potasium daripada pisang serta mineral penting lain.

"Secara kesimpulan, saya boleh katakan kentang adalah ubi yang banyak kebaikan dan sesuai untuk sebarang amalan diet," katanya pada majlis pengenalan menu dengan ramuan ubi kentang oleh Lembaga Kentang Amerika Syarikat di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

GlutenSelain itu, ubi kentang dikenali sebagai makanan yang bebas gluten.

Menurut Carina, gluten merupakan bahan protein yang terdapat pada bijirin seperti gandum, barli dan rai.

Para pesakit yang menghidap penyakit gangguan gastrousus akan mendapat manfaat besar daripada kentang kerana makanan ini dinyah hidrat amat sesuai sebagai pengganti tepung yang mengandungi gluten.

Jadi tidak hairanlah, makanan ini sesuai untuk semua peringkat umur dan budaya, kentang malah menjadi makanan bayi yang baru bercerai susu.

Dalam piramid makanan, dua biji kentang bersaiz kecil sama dengan satu mangkuk nasi, dua keping roti dan satu setengah mangkuk mi.

Ubi kentang juga mengandungi potasium tinggi yang mampu mengurangkan risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi pusat saraf serta melawan dinyah hidrat.

p/s: so, tak salah faiqah suka makan kentang.. potato kidz.. :)

sumber: Arkib
Doa Rasulullah s.a.w  untuk Muslimin

Doa Rasulullah s.a.w untuk Muslimin


ADA sebuah doa yang biasa dibaca oleh Nabi SAW dan jika direnung dan dihayati secara mendalam, ternyata sangat mencakupi pelbagai permohonan.

Daripada Abu Musa al-Asyaari ra, Rasulullah berdoa: Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, dan perbuatanku yang berlebihan dalam urusanku, serta ampunilah kesalahanku yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kemalasanku, kesengajaanku, kebodohanku, gelak tawaku yang semua itu ada pada diriku. Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang telah berlalu, dosa yang mendatang, dosa yang aku samarkan dan dosa yang aku perbuat dengan terang-terangan, Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengakhirkan, serta Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. (riwayat Bukhari)

Tema di dalam doa itu adalah seorang hamba Allah SWT memohon keampunan-Nya. Sekurang-kurangnya terdapat 13 petunjuk yang diajukan hamba tersebut kepada Allah SWT. Semuanya dengan harapan dan permohonan keampunan-Nya.

  1. Ya Allah, ampunilah kesalahanku. Kesalahan dapat mencakup perintah Allah yang dilalaikan atau larangan Allah yang dilanggar.
  2. Ya Allah, ampunilah kebodohanku. Manusia tidak luput daripada kebodohan. Tidak ada manusia yang memiliki pengetahuan sempurna. Kebodohan seseorang sering kali menyebabkan tingkah lakunya yang tidak terpuji, sehingga ia perlu memohon ampunan Allah SWT atas kebodohan dirinya itu.
  3. Ya Allah, ampunilah perbuatanku yang berlebihan dalam urusanku. Kadang-kala kita mengerjakan suatu perbuatan secara tidak adil atau tidak profesional. Perbuatan berlebihan tersebut mungkin menyakiti hati, bahkan menzalimi orang lain. Maka kita berharap ampunan Allah atas perbuatan berlebihan di dalam berbagai urusan.
  4. Ya Allah, ampunilah kesalahanku yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Manusia sering mengerjakan kesalahan tanpa ia menyedarinya. Boleh jadi ia lebih mudah dilihat oleh oang lain, tetapi tidak bagi diri sendiri. Maka untuk urusan seperti itu seorang mukmin memohon ampunan Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatunya. Seorang mukmin mengakui bahawa Allah SWT merupakan Zat Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib mahupun nyata, maka ia pun mengembalikan semua dosa yang ia sendiri tidak ketahui kepada Allah SWT.
  5. Ya Allah, ampunilah kesalahanku. Manusia boleh terlibat di dalam banyak kesalahan. Maka ia memohon kembali ampunan Allah atas kesalahannya pada hal sebelumnya dia telah melakukannya kepada Allah SWT.
  6. Ya Allah, ampunilah kemalasanku. Kemalasan dapat menjadi musuh utama yang menyebabkan seseorang menunda, bahkan melalaikan suatu kewajipan yang mesti dikerjakan. Pengakuannya di hadapan Allah SWT bahawa dirinya kadang-kadang dilanda kemalasan yang mesti disertai dengan permohonan ampunan Allah atasnya.
  7. Ya Allah, ampunilah kesengajaanku. Harus diakui bahawa kadang-kadang kita secara sengaja melakukan suatu kesalahan. Entah kerana emosi atau terpengaruh lingkungan atau pelbagai alasan lain. Yang jelas, semua kesengajaan itu mestilah disusuli dengan istighfar dan permohonan keampunan-Nya.
  8. Ya Allah, ampunilah kebodohanku. Maha Suci Allah, ternyata Rasulullah SAW sangat mengerti akan kelemahan kita yang satu ini. Manusia memang selalu kekurangan ilmu sehingga mustahil terluput daripada kebodohan. Oleh itu permohonan ampunan Allah atas kebodohan diri perlu diajukan berulang kali.
  9. Ya Allah, ampunilah gelak tawaku yang semua itu ada pada diriku. Apakah ketawa itu berdosa? Tentunya tidak. Tetapi bila dilakukan secara tidak profesional atau melampaui, ia akan mendatangkan masalah. Firman Allah: Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan daripada apa yang selalu mereka kerjakan. (at-Taubah: 82) Selain sabda Rasulullah SAW: Demi Allah, andai kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu jarang tertawa dan sering menangis. (riwayat Tirmizi)
  10. Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang telah berlalu. Setiap orang perlu berhati-hati terhadap dosa lampau yang pernah dilakukan dahulu. Berkemungkinan dosa-dosa itu belum sempat kita menyesalinya. Maka tiba masanya untuk kita mengakui dan menginsafi di hadapan Allah SWT seterusnya memohon keampunan-Nya.
  11. Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang mendatang. Seorang mukmin pasti menyedari bahawa kehidupan ini bukan sekadar masa lalu dan masa kini. Ia juga meliputi perkara mendatang. Begitu juga dengan perlakuan dosa yang dikerjakan. Ia tidak hanya terjadi di masa lalu dan masa kini semata-mata. Tetapi boleh terjadi di masa akan datang. Oleh kerana itu, dengan penuh kejujuran kita mengharapkan keampunan Allah atas dosa yang akan datang dan cuba mengelakkannya daripada terjebak kepadanya.
  12. Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang aku samarkan. Seorang mukmin sangat khuatir dengan dosa yang dilakukan secara sembunyi atau berselindung. Sabda Rasulullah SAW: Sungguh aku mengetahui bahawa ada suatu kaum daripada umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih, lalu Allah menjadikan kebaikan itu debu yang berterbangan. Thauban berkata: Wahai Rasulullah, sebutkanlah ciri-ciri mereka kepada kami dan jelaskanlah tentang mereka kepada kami, supaya kami tidak menjadi seperti mereka sedangkan kami tidak mengetahuinya. Baginda bersabda: Sesungguhnya mereka adalah saudara-saudara kamu dan daripada golongan kamu, mereka solat malam sebagaimana kamu mengerjakannya tetapi mereka adalah kaum yang melakukan perbuatan yang diharamkan Allah sedang mereka berkhalwat (menyendiri). (riwayat Ibnu Majah)
  13. Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang aku perbuat dengan terang-terangan. Sedangkan dosa yang dikerjakan secara senyap atau tersembunyi itu kita khuatir, apa lagi dosa yang dilakukan secara terbuka. Oleh itu, keampunan daripada Allah SWT amat diharapkan.


Sungguh amat luar biasa, kesemua doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah itu adalah merupakan dosa dan kesalahan yang sering dilakukan oleh setiap daripada kita lelaki atau perempuan, sama ada secara disedari mahupun sebaliknya. Maka itu, betapa bertuah umat Islam sekiranya mereka juga berdoa sebagaimana yang didoakan oleh Baginda SAW ini.

Sumber: Utusan Online

Selesa Bergaya dengan T-Shirt Muslimah

Sekarang ni aku ketagih dengan satu fesyen, iaitu baju t-shirt muslimah.. boleh rambang mata tengok t-shirt muslimah kat internet.. hehe.. 


Setakat ni, dah 6 helai aku order, bulan lepas 4 helai dari dua peniaga yg berlainan, dan bulan ni, 2 helai aku order.. haha.. selesa betul bergaya dngan tshirt muslimah.. tambah2 design tshirt2 ni, tak macam tshirt macam blaouse cuma kainnya jenis kain cotton.. jadi sgt selesa digayakan.. dengan kain atau dengan seluar slack.. 


Sekarang ni, memang jarang aku pakai blouse, banyak pakai tshirt muslimah je.. tamabh2 bila en.somi memuji.. hehe.. lagi la syok aku membeli.. ingat bulan depan nak order lagi dua, tambah koleksi yg ada.. banyak lagi kaler yg tak de... 

Aurat pun terjaga, gaya pun ada.. bajunya tak jarang dan tak nampak bentuk badan.. cuma kena pndai pilih saiz.. kalau aku, pakai saiz M, sebab walaupun badan aku kecik tapi aku tggi kan.. sangt tak sesuai nak pkai saiz S.. 

Ok lah.. kalau korang nak order blh seacrh je kat facebook, byk dah org jual.. tapi aku biasa beli kat OWNER ni.. sebab de promotion, buy 1 free 1.. hehe.. perkhidmtannya pun ok.. sbb tu aku sng berurusan dgn peniaga yg sama..

p/s: xde alasan tutup aurat tak boleh nak bergaya kan.. org yg ttp aurat lagi cantik pe kn,,.

Cuti Singkat Yang Bermakna

Salam dan selamat petang... Alhamdulillah.. hari ni baru smpat nak mencoret dan buka lappy... Saja nak kisahkan percutian aku dan keluarga yg kami tak rancangkan pun, secara ad hock je cutinya.. 


Percutian singkat yang bermakna, kali ni aku ajak suamiku ke pantai timur sebab usia ku dah menginjak 26 tahun, tapi masih belum pernah jejak kaki ke sana... Walaupun tahu sana musim hujan dan banjir, tapi tu halang kami ke sana.. Hajat aku nak tengok tempat orang.. So, petang lepas solat JUmaat, kami bergerak ke Terengganu.. 

Alhamdulillah, perjalanan lancar dan smpai malam dh, dalam kul 10 malam di Kuala Terengganu, mencari hotel murah untuk berteduh, kami bermalam di Hotel Alamanda... RM80 je.. cukuplah untuk berteduh.. memang tak elok sgt hotelnya.. tapi untuk betulkan pinggang boleh la.. malam tu tak hujan.. harapan esoknya tak hujan.. Tapi hujan tak berhenti.. 

Dalam hujan2 tu, kami gerak jugak ke, tempat yg org selalu g, iaitu Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal.. Dapat pelawaan dari rakan di Kuala Terengganu, tapi tak dapat pergi la.. sebab hujan, pastu kami nak meronda lagi tempat2 lain di sepanjang perjalanan balik.. 

Lepas melawat masjid kristal dan taman tamadun Islam, terus gerak balik, cadangnya nak bermalam di Cherating, tapi mesti xde hotel atau chalet yg kosong kan.. so, terus ke bandar kuantan.. Namun, masih tiada tempat berteduh, hotel murah pun penuh.. so, husband terus kata, jom kita g hotel murah taraf 5 bintang di Bentong je.. Hotel Kristal Bentong, hotel biasa, tapi dalamnya sgt luas dan best.. Murah je, tapi memang puas hati lah bg taraf hotel murah.. 

So, malam kedua kami bermalam di Bentong je.. Bentong dan kami tak dapat dipisahkan.. Pekan kecik yg xde apa2 tu bg pndangan org lain, sgt best bagi aku dan suami.. banyak memori indah kami kat situ.. Lepas ronda2 Bentong, terus gerak balik.. Faiqah macam tak selesa dah.. mungkin dia dah rindu rumah la tu.. 

Sebelum Asar, kami smpai ke rumah.. Alhamdulillah.. percutian yang singkat tapi penuh makna.. Memang kami banyak jenjalan je, tak shopping apa2 pun sangat, cuma beli magnet utk kenangan di Terengganu semasa di Taman Tamadun Islam... 

Cukuplah percutian yg singkat dan ringkas  itu.. tapi sangat bermakna bagiku... 
Kesibukan bermula...

Kesibukan bermula...

Lama aku tak mencoretkan... Rindu nak mencoret.. Idea mmg ada je nak dikongsikan bersama.. Tapi kesuntukan masa...

Semalam...tamat sudah cuti yg singkat dan aku akan kongsikan nanti ea..

Hari ni aku dh sibuk dengan mesyuarat guru... Maksudnya mula dh kesibukan aku dgn kerjaya aku...

Mungkin lepas ni... Jarang dah la aku nk up entry2 mcam selalu... Harap2 de lah org yang jengah2 blog aku ni..spya tak berswang sgt kan...

Hehe.. Bajet mcm blogger glamer je.. Heh...tpi pe slhnya kn.. Verangan jap.. Kot2 nnt glamer...

Ok lah.. Harap kengkwan doakan aku.. Moga urusan aku dipermudahkan ea.. De masa aku akan coret2 entry yg indah dan bermkna utk bacaan semua..

Pen off.. Wassalam...

21 Disember 2012

:: 6 PESANAN BUAT ISTERI ::

:: 6 PESANAN BUAT ISTERI ::

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. 
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. 
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. 
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. 
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. 
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

p/s: reminder untuk diri sendiri... moga ku usahakan untuk melaksanakan keenam-enam pesanan ini... 

Sumber: Dari FB... 

Susahnya Kalau dah Mengidam

Salam.. ada lagi yang tak tido???


Saja nak mencoret sementara nak siapkan keje sikit.. susah kan kalau mengidam ni?? hehe... mengidam bukan mengdung.. jangan nak wat spekulasi ea.. aku tak mengndung , tapi mengidam teringin.. hehe


Petang tadi mengidam nak makan char kueh teow... kat setapak yang pernah makan dulu, so dalam lepas zohor gtu g lah sana, tapi hampa.. gerai tu tutup plak.. cari kat Mali's Corner, tapi restoran tu buka petang, so, disebabkan lapar, makan lah kat Old Town White Coffee.. hmm.. boleh tahan.. 

Dah kenyang balik la, pastu tak smpai dua jam... perut rasa lapar lagi.. mula2 malas nak kuar, cadangnya mencari je makanan segera yg delivery.. tapi macam susah juga, call pun line busy je.. alih2, ku katakan pada suami.. jom lah rempit naik moto, g makan kat luar.. 

Sebenarnya, kat rumah ku de masak tomyam dan nasi, tapi tekak xde selera nak makan nasi lagi dah... rasa nak makan kueh teow gak.. g lah Mali's Corner kt Platinum Walk, Danau Kota.. lagi sekali.. huhu.. ramai orang..tapi sebab nak makan dan teringin juga, pergi juga,.. Alhamdulillah.. lepas mengidam hari ni.. hehe.. 

Mengidam kalah orang mengandung tau.. hehe.. 

20 Disember 2012

Ending "CInta Itu Milikku"

Ending "CInta Itu Milikku"

Salam.. 


baru lepas layan ending citer slot akasia TV3, "Cinta Itu Milikku".. Suamiku semangat lebih nk tgk episod akhir ni.. excited gak.. tertanya-tnaya je ending nya.. 

Mula2 citer episod akhir ni, aku rasa boring je.. rasa cam tak best.. nape ntah.. banyak sangat tak logik ending dia.. rasa mcam mengarut je.. 

Tertanya gak, nape DR.Pokok tu nak si Zafril tu ada sekali masa nak tebus Zara dan Baby Amier.. pastu tunggu la juga ending dengan sabarnya.. 

Babak akhir, kesemua watak mati sebab, rania dan zafril kena langgar dengan dr.syafiq, tapi tak logiknya disitu, dr.syafiq tu cmne leh lpas.. tak kan dr tak dpt detct dia sakit jiwa.. hmm.. rasa tak logik je.. 

Pastu, ending zara jadi cam sakit jiwa je.. ahh.. x faham betul ending dia... mcm tak best je ending dia.. jln citer best, tpi ending tak best.. so, kesimpln jadi tak best la kn.. hmm.. 

itu pndpt aku la.. yg kesian dlm watak ni, adik rania dan abg rania la kan.. 

Apa2 pun, pengajrannya, jgn terlalu taksubkn cintakn manusia, krn cintakn mnusia, mnusia akn mati.. cintailah Ilahi, pasti bhgia selama-Nya... 
12 Barisan di Akhirat

12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:

“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T”

Erti firmanNya;

“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah al-Naba’)
Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.”

Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka adalah orang yang berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu, Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia, tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

“Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEPULUH

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

“Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

“Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;

“Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih

sumber: FB

19 Disember 2012

Review: Minyak Kelapa Dara (VCO)

Review: Minyak Kelapa Dara (VCO)

salam... aik.. entry lagi??? haha.. layan kan aje eea.. hari ni idea aku mencurah2 la.. so, aku curahkan kat sini, bila nak baca, korang klik je ea..atau scroll kan mouse utk baca entry2 terbaru aku ok.. hehe.. 



Kali aku nak review pasal produk yang berasaskan minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO).. sekarang ni, ramai dah sedar tentang VCO dan kebaikan VCO ni.. Aku, Alhamdulillah dah 4 tahun bersama dengan VCO, jenama yg aku amik ialah jenama bioasli.. de yang kenal ada yang tak, namun VCO Bioasli dan dieksport ke serata dunia.. smpai org Arab, Afrika dan negara2 barat guna yang ni.. Tapi, apa2 jenama pun bagus, asalkan ianya memang asas dari minyak kelapa dara.. 

Aku mula amalkan minum VCO, masa study di UTM, masa tu amalkan dan smbil berbisnes suka2, alhamdulillah.. mudah je nak berbisnes dgn bioasli, tapi skrang aku dah stop sebab mlas lah.. hehe, aku beli untuk kegunaan sendiri.. setakat ni, dah berbotol2 VCO Pure aku beli.. Kesannya, sejak kenal bioasli VCO tu aku dah tak minum dan x pnh telan ubat batuk lagi dah.. kalau rasa sakit dan perit tekak, cepat2 minum VCO, Alhamdulillah, dgn izin Allah, blh sembuh sebab kelebihan VCO, dia menentang bakteria.. 

Asma aku dah mula reda, sebab kurangkan lendir dan kahak dalam paru2.. Alhamdulillah.. VCO juga baik untuk kulit. Kawan aku pnah buat demo, dia kena gegata yg gatal2 tu, aku bagi pakai dan sapu losyen VCO, Alhamdulillah tak smp 5 minit lega dengan izin Allah.. 

Lepas bersalin, aku menyusukan anak, aku makan pula softgel minyak kelapa dara + habbatussauda untuk supplement banyakkan susu dan untuk kesihatan dalaman.. Alhamdulillah dengan izin Allah kesihatan mkin baik, dan tak mudah letih.. lagipun VCO ni supplement semula jadi, tak de kesan walaupun kita makan ubat lain dan minum-minuman yg de kafein.. cuma kurg la kesnnya pada badan nanti.. 

Ada org kata VCO, blh jadi selusuh, itu tak pasti la, sebab aku tak penah minum, cuma aku mkn mcm biasa je msa mengandung dulu,, Alhamdulillah mudah bersalin, rezeki Allah la tu mudah bersalin kan.. 

So, bagi sapa2 yg nak makan VCO, mula kan ari ni, bagus.. tapi VCO ni semula jadi, kesannya lambat dan akan berksan lama kelamaan kalau anda perasan.. 

p/s: Aku tetap dengan VCO bioasli sebab yakin dgn syarikat bumiputera ni... yg bertapak di Sabak Bernam Selangor.. service yg cepat.. order scara online dan keahlian percuma... daftar ahli terus dapat beli secara terus melalui web tu.. kan mudah.. mmg tak pnh g HQ pun sjak 4 tahun tu.. cuma online sja.. 

Rasa Nikmat Jadi Cikgu

Salam petang.. 


Saja nak kongsi rasa syukur, seronok, terharu dan nikmatnya jadi cikgu.. Baru terasa sekarang nikmatnya jadi cikgu bila melihat anak2 didik berjaya dengan cemerlang..

Alhamdulillah, dapat tahu sekolah ku mengajar 12 orang straight A's.. Alhamdulillah.. sekolah harian biasa dan pelajarnya biasa2 bukan sekolah dan pelajar terpilih, patut rasa bangga dan syukur bila ada yg cemerlang kan.. 

Dan lebih membuatkan aku hampir menitiskan air mata terharu, pelajar2 yang aku pernah jadi guru kelasnya tahun lepas ada yg dapat straight A's.. Ya Allah, rasa syukur dan nikmatnya.. seronok sangat... 

Itulah anak2 pelajarku, ustzah tak harapkan hadiah yang mahal, tapi keputusan yang cemerlang sudah cukup sebagai hadiah untuk guru di sekolah tu.. 



kami bangga dengan kalian.. Bagi yang kurang berjaya, usah berputus asa, PMR hanya permulaan, dan cuba bersungguh-sungguh untuk SPM nanti, kerana itu penentu masa depan korang semua.. 

Tahniah untuk semua, terutama pelajar2 nakal dan cute ustazah dari 2Bakti.. Walaupun selalu sakat dan buatkan usatzah jadi 'tarzan' tapi koranglah yang buat ustazah tersenyum gembira hari ni... 

p/s: oklah, dah nak menitis air mata aku ni, cukuplah ku coret smpai di sini.. esok tak sabar nak ke sekolah, nak tengok keputusan penuh... 

Keputusan PMR 2012

Sebelum ke dapur, nak citer sikit hal hari ni.. 


Dari semalam, penuh kat twitter dan facebook hal budak2 ex-tingkatan tiga 2012, berdebar-debar nak amik keputusan.. macam2 yang dipikirkan.. lulus ke tak..

Aku plak, rasa cam nak g sekolah gak..tapi memandangkan mls nk mengusung Faiqah sekali, tak jadilah, lagipun suamiku bawa vivi la.. so, esok je g sekolah sbb kebetulan de keje kat library kan.. 

Bagaimana agaknya keputusannya ea,. tunggu je lah berita malam ni.. naik ke turun peratusan result tahn ni.. 

Tahniah kepada anak sedaraku, dapat 4A 4B, kira keputusan yg membanggakan la tu, sebab dalam family aku, paling tinggi pun 3A je.. aku??? PMR 2A je.. iaitu BM dengan KHB, hehe.. biasalah anak kg, mmg pndai menukang dan menanam pokok,,, hehe.. 

Kepada semua pelajar PMR 2012, tahniah bagi yag berjaya dengan cemerlang, yang kurang cemerlang, jgn putus asa, PMR hanya permulaan, tunggu SPM nanti kena buat yg lebih baik.. 


Petua Penawar Kepenatan


1. Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

2.Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

3. Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

sumber: fb