30 November 2012

Waktu-waktu Doa Mustajab

Waktu-waktu Doa Mustajab

Doa adalah senjata mukmin, yang paling tajam dari pedang... sebaik2 doa adalah dari ayat2 al-Quran, namun tidak menjadi kesalahan atau doa kurang makbul jika kita doa selain dr bahasa Arab..kerana Allah faham apa pun bahasa yg kita gunakan.. Jom.. sy nk kongsikan waktu2 yang paling mustajab untuk kita berdoa.. 

(1). Sepertiga Akhir Malam
Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" . (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa 
Nisfullail 7/149-150)

Oleh sebab itu kita digalakkan berqiamullail.. pnh ustaz sy bgtau, sebelum tido setiap mlm, berniat dan ushalah untuk bangun qiamullail.. jika tidak terbangun, maka malaikat dh catat pahala niatnya.. 

(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17). 

Ni salah satu kelebihan bg org yg berpuasa.. jom kita puasa.. best pe puasa kan.. relax je kalau puasa.. ta yah nk pikir bila nk makan, kat mana nak mkan.. 

(3). Setiap Selepas Solat Fardhu
Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah S.W.T, baginda s.a.w menjawab.
"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

Berdoalah setiap kali lepas solat, jangan bangun terus lepas bagi salam.. paling kurang istghfarlah tiga kali kan.. 

(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk
Dari Sahl bin Sa'ad r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda.
"Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk". (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).

Doa rakyat2 palestin dan umat Islam seluruh dunia mendoakan keselamatan umat Islam di sana.. 

(5). Sesaat ketika Hari Juma'at
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)

Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu solat Asar bagi orang yang menunggu solat maghrib.

(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah
Dari 'Amr bin 'Anbasah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda.
"Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" . (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)

Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190) Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.

(7). Doa Di antara Azan dan Iqamah
Dari Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda.
"Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

Digalakan juga buat solat sunat Rawatib... sebab lepas solat sunat 2 rakaat kita berdoa.. In Shaa Allah mustajab... 

(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Solat
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda.
"Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)

Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.

(9). Ketika Saat Sedang Hujan
Dari Sahl bin a'ad r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda.
"Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

(10). Ketika Saat Ajal Tiba

Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah s.a.w mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan mengikutinya' . Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)

(11). Ketika Lailatul Qadar

Allah S.W.T  berfirman.

"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)

Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)

(12). Doa Ketika Hari Arafah

Dari 'Amr bin Syu'aib r.a dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi s.aw  bersabda.

"Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)

Yang ni setahun sekali kan.. so, kena rebut peluang yang ada.. masa itu emas.. :)

Moga bermanfaat untuk semua... dan perbanyakkan lah doa dikala susah dan senang... in shaa Allah Allah perkenanankan.. 

Artikel asal dan sumber rujukan di SINI

Supplement Pilihan

Salam Jumaat.. pepagi lagi dah update blog... hehe.. sbnrnya nk coret smlm entry nih.. tapi si kecik tak tido, maka xleh la nk buat apa2.. 


Hmm.. baru lepas sarapan...dan makan vitamin.. kali ni vitamin lain plak aku cuba.. Kisah aku dengan vitamin atau supplement atau dlm bahasa kita, disebut makanan tambahan.. sebenarnya dari kecik lagi aku dah makan makanan tambahan, biasalah org de sakit kan.. kecik2 dulu, bapa aku belikan scott emulsion sbg mknn tambahan..tapi tu pun beli lepas kak aku no.2 dah bekerja la.. harapkan bapa aku, kami org kg mana la mmpu nak beli mknn sebegitu... 

Lepas aku dah dewasa, masuk universiti, aku mencari sumber supplement lain... Aku boleh terjebak dengan bisnes online iaitu Bioasli.. supplement yg aku amik ialah Minyak Kelapa Dara Asli Bioasli.. alhamdulillah.. smpai skrg aku msih makan dan minum.. cuma lepas aku bersalin, aku amik softgel Minyak Kelapa Dara Bioasli + Habbatussauda... mmg sedap .. MInyak kelapa Dara atau VCO tu, aku mmg standby je kat rumah.. kegunaannya banyak sgt, mmg fleksibel.. luar dalam, semua boleh.. dan sejak aku kenal VCO ni, aku dah tinggl terus ubat batuk.. mmg tak makan ubat batuk dekat 3 tahun dah.. kalau sakit tekak atau batuk, mmg minum je VCO ni.. Faiqah dan suamiku pun, aku suruh minum gak.. Faiqah suka sgt dgn VCO ni.. hehe..

Masa aku belajr kat Universiti dulu, kawan lama aku form six, ajak aku join satu bisnes kesihatan, iaitu Herbalife.. Aku join je.. g seminar herbalife dua kali.. sekali kat Penang, sekali dekat KL dan tu lah kali pertama aku naik komuter.. hehe.. Herbalife ni aku amik untuk naikkan berat badan dan stabilkan metabolisma badan.. Alhamdulillah.. msa tu, mmg naik betul bert aku.. tapi, aku tinggalkan tak lama lepas tu sbb harga nya smkin mahal.. Tapi start tahun ni, aku smbung balik minum Herbalife... 
Sekarang aku baru try satu lagi supplement yg terhangat di pasaran... iaitu Shaklee.. ku try satu je iaitu Alfalfa Complex... tujuan aku amik, sebab kesihatan dlmn wanita.. baru hari ku try... tunggu la kesannya 44 hari.. 

banyakkn supplement aku amik,, gtu lah.. zmn skrg tak mcm dulu, skrg ni mknn x terjga sbb tu perlu amik supplement... 

p/s: nikmat sihat hanya dihargai oleh org sakit... kesihatan adalah anugerah yg tak ternilai.. ingat sihat sblum dtgnya sakit... 

28 November 2012

Terperangkap dalam Banjir

Terperangkap dalam Banjir

Hari ni adalah sejarah dan kenangan yg tak kan ku lupakan sepanjang aku hidup di Kota Metropolitan Kuala Lumpur. Hari ni aku terperangkap dalam banjir. Kalau dulu, aku dok rumah dekat dgn sungai risau, takut banjir, jalan naik air, xleh nak g sekolah. Kini, aku dok kat kota besar, masih kekal dgn kerisauan tu. cuma bezanya, jika kat kampung, hujan lebat berhari2 baru timbul kerisauan tu, tapi kini kat kota besar, tgk mendung je dah risau.. lagi dasyat kan..


Hari ni, aku bertugas sbg cikgu bertugas SPM di sekolah. Aku kena sesi petang yang berakhir 4.30 ptg.. Dalam hati, sedari pagi aku berdoa, jangan lah hujan.. dan aku rasakan doaku dimakbulkan kerana cuaca amat-amat cerah.. ALhamdulillah.. tapi tepat jam 4.30ptg, aku diduga, mendung berarak, hujan mulai turun, angin menyusul. Aku harapkan hujan tak lebat la kan.. tapi silap.. elok start kete, haluanku menuju ke rumah pengasuh, untuk amik Faiqah.. jaraknya 5 minit je..

Tapi, rupanya, belum kuar simpang dr mindef, hujan selebat-lebatnya.. smpai tak nmpk jalan.. hati dh risau dh.. elok kuar dr pintu mindef, kerisauanku jadi kenyataan... banjir melebihi paras lutut dgn hujan tak smpai 15 minit.. mmg dasyat.. Aku dan kete viva kesyangan..dgn pnuh pengharapan dan tawakal, aku redah juga.. Alhamdulillah.. power juga viva 660 tu.. x mati di tengah jalan.. 

Elok smpai di rumah pengsuh, ku tggu reda dulu baru la nk balik.. elok dah redasikit, trus ku mulakan perjalanan, Ku tak lalu lagi jalan tadi, tapi ikut jalan kampung Keramat.. huhu.. rupanya lagi dasyat.. baru smpai kat trafic light je, dah nmpk kete sangkut mati tengah jalan.. kat situ lagi dasyat..air paras pinggang.. hhu.. dasyat lagi banjir kat KL, berbanding di kampung.. 

Ku terpksa patah balik, lalu juga laluan tadi, tapi tak leh lalu gak lagi, terpksa patah balik dan tggu kat kawasan perumahan umah pengasuh Faiqah.. dekat 45 minit juga tggu kat situ, dalm kul 6 baru aku gerak balik.. Alahamdulillah.. dah surut air bah.. harap2 tak jam la nnt.. tapi jem juga, dekat Tol Sentul, gara2 Smart Tag tak berfungsi.. dekat sejam dok kat Tol tu je.. naik kebas kaki tekan cluth.. 

Di duga lagi dgn Faiqah yg tak reti dok diam dalam kete.. memanjat seat.. dah la xnak pakai seat belt.. amat berbahaya.. Tapi ku bebel dan dia menangis.. dugaan betul hari ni.. bukan budak SPM je amik pekse, aku pun amik pekse gak.. 

Sampai kat rumah elok2 azan maghrib berkumandang... dah gaya mcam pergi balik sekolah dah.. uhu.. NI lah kenangan yg pasti ku tak lupa, kenagn sepanjang hidup di KL... 

p/s:teringat msa sekolah, terpkasa lalu batas bendang, sebab jalan utama tenggelam air.. buka kasut sekolah dan tolak basikal, dan tolak basikal atas batas bendang... :)

Kesan Gerhana Bulan Pada Manusia


Gerhana Bulan dijangka akan berlaku lagi, akhir tahun ni.. Terbaca satu artikel pasal kesan gerhana bulan kepada manusia.. kesan yang dimaksudkan, gerhana bulan memberi kesan kepada sikap atau kelakuan serta kesihatan manusia.


Dari sudut agama ISlam, gerhana bulan atau matahari tidak memberi kesan apa2 kepada manusia, kerana gerhana adalah bukti dan tanda Kekuasaan Allah.. dan atas sebab itu, umat ISlam disunatkan perbanyakan zikir dan selawat serta solat sunat gerhana sepanjang gerhana bulan/matahari berlaku.. 

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a bahawa Nabi. s.a.w bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah."

Gerhana dari sudut sains pulak, iaitu perubahan dan terbntuknya satu garisan lurus antara bumi, matahari dan bulan... dan biasanya gerhana bulan yg kerap terjadi dalam setahun, gerhana matahari jarang berlaku. 

Pemikir zaman dahulu pula mengaitkan gerhana bulan atau matahari memberi kesan kepada kelakuan atau kesihatan mental seseorang, namun ini tidak dapat dijelaskan secara teliti oleh pakar sains. Tiada bukti yang jelas, yang mengatakan gerhana akan memberi kesan kepada kesihatan mental seseorang. Ini kerana, waktu berlaku gerhana, pesakit mental di hospital mental tidak bertambah secara drastik.

Tiada bukti jelas yang menunjukkan gerhana bulan membawa bencana kepada manusia mahupun dari segi sikap atau kesihatan manusia. 

Artikel penuh boleh baca di SINI

p/s: seronok dan rasa taajub dgn keagungan Allah menciptakan dan menjadikan gerhana bulan dan matahari. Pengalaman melihat sendiri gerhana cincin Matahari sgt2 menimbulkan perasaan yg tak terluah dek kata2.. 

Jadual Gaji 2013 untuk Kakitangan Awam

Wah3.. tengok tajuk.. pasti de yang tersenyum kan... sumber yang sah ku tunggu-tunggu.. jadual gaji 2013... 


Alhamdulillah.. serba sedikit boleh la buat bajet dgn jadual gaji 2013 ni kan.. Nak plan shopping ke, nak bercuti ke kan.. Aku??? hmm..xde plan.. plan nak tambah anak je tahun depan.. hahaha... 

Ni jadual pembayaran gaji 2013 untuk kakitangan awam di Malaysia.. 

Kalau tgk jadual ni, kena bejimat cermat gajo bulan 10 kan.. sebab jarak nak dapat gaji bulan 11 sebulan lebih tu.. mcam yang terjadi pada tahun ni, iaitu jarak bulan 11 dan bulan 12.. so, kena beringat-ingat ketika berbelanja.. 

*Mungkin ini tertakluk pada perubahan juga kot..

Sumber: Berita Semasa
30 Perkara Yg Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki

30 Perkara Yg Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan air mata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,Dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yg mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan bersahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah air mata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi nya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

Sumber: Artikel Koleksiku (Sumber asal: internet)

27 November 2012

Cari Punca Masalah, Bukan Cari Masalah Dengan Masalah...

Cari Punca Masalah, Bukan Cari Masalah Dengan Masalah...

Mengapa hidup kita sering di landa masalah?? Masalah bukanlah sesuatu situasi yang asing bagi kita sebagai manusia biasa. Untuk berhadapan dengan masalah hidup, adalah suatu isu yang tidak boleh di pandang remeh. Masalah akan kita hadapi tanpa kita sangka bila saatnya tiba. Demikian tersebut, seharusnya kita sentiasa mempersiapkan diri dengan mencari bagaimana dan tips dalam menangani masalah. Kerana masalah yang kecil mampu membuatkan hidup kita menjadi huru-hara. Jadi,seharusnya kita mencari dan mendalami bagaimana atau tips dalam menyelesaikan sesuatu masalah sebelum masalah itu semakin rumit jadinya.. berikut tips atau kaedah utk. menyelesaikan masalah..

1. Sandarkan Harapan Pada Allah s.w.t. 
Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Insyirah ayat 1-8 yang antara lain maksudnya “Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan”. ”Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepada Nya aku bertawakal.” (At-Taubah: 129)

2. Minta Pertolongan Dari Allah s.w.t.
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah: 45)

3. Jangan Sedih dan Kecewa
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran:139) Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya. Firman Allah s.w.t.: “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir” (Yusuf : 12)

4. Luah masalah pada rakan
Luahkan Masalah anda pada rakan yang boleh dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya dia dapat meringankan beban yang anda tanggung.

5. Berfikiran positif
Sentiasa berfikiran positif. dan bandingkan masalah anda dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita. Perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah. Sesungguhnya, ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

6. Doa, Usaha dan Tawakal
Sentiasa amalkan dalam diri ketiga-tiga elemen ini. Sentiasa berdoa pada Allah s.w.t disamping berusaha untuk meringankan beban,kesusahan atau kekurangan yang ada dan sentiasa bertawakal padaNya.

InsyaALLAH, moga2 ALLAH akan permudahkan segala urusan.. Moga bermanfaat...

p/s: Sejauh mana pun lari, masalah tak kan selesai, sebaliknya hadapi masalah dgn mengatakan itulah cabaran bukan halangan... 

Sumber: Facebook

Oh Bisul!.. Sakit Tau...

Owh.. aduh.. sakit weyhh.. dah lama tak kena.. sekali kena menyengat sakit.. itulah bisul.. dah tua2 (ouchh..belum tua kot).. kena bisul lagi??? Tu lah.. yang kena kat bawah ketiak lak tu.. padahal hari2 pakai deodorant tau.. sakit seluruh tnagan bila kena bisul... Sebut bab bisul, teringat kata2 cikgu Pengajian Am aku masa form six dulu, dia cakap, kalau kena bisul atau jerawat kena syukur Alhamdulillah... sebab yang pertama darah kotor dan tak diperlukan dalam badan kita keluar bersama2 nanah dari bisul, sebab yang kedua boleh mengurangkan risiko kena kanser... oh! ok.. Alhamdulillah..kena bisul atau jerawat ea.. 

Sumber gambar: Google Images
Tapi kenapa jadi bisul ni?? Ha.. meh sini, nak kongsi pasal bisul:

Penyebab Bisul:
Bisul disebabkan oleh bakteria pada rambut folikal dan sekeliling kulit yang mana pada mulanya muncul sebagai jerawat. Bakteria yang paling biasa membentuk bisul dipanggil Staphylococcus aureus.

Siapakah Yang Berisiko Mendapat Bisul?
Mereka yang lebih berisiko mendapat bisul ialah :
  • Mereka yang kurang menjaga kebersihan diri. (haish.. bersih je, 2 kali mandi sehari)
  • Kawasan penempatan yang sesak seperti di intitusi dan rumah kebajikan. ( mungkin gak kan.. rumah sewa aku ni, mcm umah setinggan je gaya.. ssh nk cari rumah murah dn selesa kat KL nih.. dok la sini buat berteduh)
  • Atopy (alahan).. (yup.. aku alahan pada habuk dan debu.. hari2 tiga empat kali menyapu)
  • Ahli keluarga yang mengalami jangkitan kulit berulang. (xde plak yg de sakit kulit)
  • Sistem imuniti badan yang lemah seperti pembawa HIV.(haish.. nauzubillah)
  • Kurang zat makanan. (aku?? kurang ke??? xde kot, terlebih makan tapi bdan tak naik2 adalah..)
  • Pesakit diabetis. (owh.. yang ni, xde dlm sejarah.. family aku xde sakit ni.. Alhamdulillah..)
Bagaimanakah Bisul Dapat Dicegah?
  • Mengamalkan kebersihan diri terutama di kawasan yang mudah terjadinya bisul. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk memastikan badan sentiasa bersih. Menggunakan sabun antibakteria mungkin dapat menolong individu yang mudah berpeluh dengan banyak atau bekerja di kawasan yang kurang bersih.
  • Elak diri dari memakai pakaian yang ketat.
  • Jangan menggaru kulit kerana kulit yang pecah akan menyebabkan jangkitan.
  • Gunakan losyen antiseptik seperti Cetrimide atau Acriflavine pada kulit yang pecah untuk mencegah dari jangkitan atau perebakan jangkitan.
  • Cuci mana-mana bahagian badan yang tersentuh dengan bisul yang pecah.
  • Jangan memicit, menggaru atau memecahkan bisul kerana bisul yang pecah atau luka yang terbuka boleh menggalakkan jangkitan. Memicit bisul boleh menekan jangkitan jauh ke dalam kulit. Manakala menggaru bisul yang pecah boleh merebakkannya ke tempat-tempat lain.
  • Apabila bisul terjadi, tuamkannya dengan bahan yang suam selama 10 minit sebanyak 3 kali sehari untuk membantu memasakkan bisul yang kemudiannya akan pecah dengan sendiri. Selain itu, ambilkan botol berisi air panas atau pad pemanas yang kalis air dan letakkannya di atas tuala lembap. Kemudian tuamkan ke kawasan bisul. Ini juga boleh membantu meredakan keadaan..
  • Makan ubat penahan sakit jika anda tidak berdaya menahan kesakitan.
  • Apabila bisul telah pecah, cuci bahagian itu secara menyeluruh dengan sabun antibakteria untuk mengelakkan jangkitan dari merebak ke kawasan lain.
  • Teruskan penggunaan penuam yang suam selama 3 hari selepas bisul telah pecah. Balut dengan kapas yang kering dan tukar setiap hari sehingga bahagian tersebut telah betul-betul sembuh.
  • Cuci tangan dengan teliti sebelum menyediakan makanan kerana bakteria yang terkandung di dalam bisul boleh menyebabkan keracunan makanan.
  • Mandi dengan air pancuran (shower) kerana menggunakan air pancuran dapat mengurangkan jangkitan dari merebak.
PERHATIAN: Jangan PICIT BISUL.. tapi ni la yg selalu aku buat.. sebab..geram je.. rasa nak je cepat2 pecahkan bisul tu.. huhu

p/s: kecik2 dulu mak selalu pesan, jangan dok atas bantal nanti tumbuh bisul... sekarang tak dok atas bantal pun kena gak bisul mak.. hehe

Sumber: http://alamonline.net/

Asal Usul Kejadian Api Di Dunia


Jom kita kenal asal usul kejadian api.. dari mana api ni dtg, satu artikel yg ku dapat dr email, kalau tak silap aku, ku simpan dalam simpanan artikel koleksiku.. Saja nak share untuk pengetahuan bersama... semoga bermanfaat.. 
*******************************
Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan nabi Adam as. Maka Jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah. 

Jibril : wahai Zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as. 

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?

 Jibril : sebesar kurma... 

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya. 

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma... 

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.. 

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.

 Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. 

Maka jibril as un mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah, itu terpaksa disejukkan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70 

Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi. 
Tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. 

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan utk berbagai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi. 

PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. 

Satu Kereta Dua Pemandu

Haish.. mcam pelik je bunyinya... ada lak gtu.. seingat aku, dua pemandu ni, masa belajr kete dulu de la kan.. sebab cikgu yang ajar tu, blh tekan brek kalau kita terbabas ke, tak brek kan.. ni, real ni.. mmg ada... satu kete dua pemandu.. 


Kisah sepasang suami isteri yang agak uzur, terpksa memandu kete kancil untuk mencari rezeki.. suami dia tekan minyak, clutch dan brek, isterinya plak, control stereng dgn gear.. hmm.. demi mencari rezeki meneruskan hidup, kena juga kan..walaupun bahaya...  kesian dgn pak cik dan mak cik ni.. 

Moga Allah lindungi mereka... 

nak tahu berita lnjut belilah harian metro hari ni... 

p/s: betul2 suami isteri yg sama2 susah n sama2 senang.. 

25 November 2012

Kisah Pemuda & Syaitan!


Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu’ dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. 

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu’, dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu’ dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab “Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.’ Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ”Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai di masjid dgn selamat..’

Moral of the story:
"Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut ."

Jika niat tu baik.. teruskan walaupun banyaknya halangan..jika niat ke arah kejahatan dan sia-sia, baik tangguhkan dan fikir sedalamnya dan pikir panjang... Niat baik, baru niat tapi tak buat dah dapat pahala, tapi jika niat jahat tapi tak laksanakan, Allah tak catatkan kejahatan tu utk kita, fikirkan betapa Allah sayangkan kita... :-)

Sumber: PDH@Facebook

Jalan-jalan di hari sabtu...

Salam... baru dapat online malam ni setelah seharian jenjalan je..,

Rasa happy sangat dapat jenjalan dgn yg tersyg...walaupun dekat je...tamabh terhibur layankan Faiqah yg dah macam2 ragam dan gelagat... hehe... happy sgt.., Alhamdulillah... dan terima kasih buat suamiku sbb bawa aku dan Faiqah jenjalan hari ni...

Lepas balik dari Jenjarom, Banting melawat mak yg sakit kaki... kami terus gerak balik,. Plan nk singgah ekspo pureen tapi tak tahu tempat...so, hubby ckp nak bwa aku dan Faiqah kat tempat yg aku tak pnh g lagi...

Suami bawa ku ke Sunway Piramid..mmg aku tak pnh g lagi sepnjanv aku dok KL nih... mmg jenjalan je.. tak beli apa pun kecuali beli Daily Fresh sebagai pengalas perut... hajat nk tgk wayang tapi tak de citer best.. lpas penat jenjalan dan naik ferry wheal... kami pun balik... faiqah mmg nmpak kepenatn.. masuk kete je terus lena... seronok sgt la tu...

Hm,m... nak g jenjalan tmpat jauh2 ssh juga..sbb memerlukan duit,. Dan mmh biasa kami jnjlan gini,. Tnpa perancangan awal..sbb lau rncg ,sti tak jadi..so..ad hock je.., tapi syok gak gini.., mengikut kaki melangkah...

Oklah... jom layan gmabr dan gelagat faiqah yg smpat dirakam.,,





23 November 2012

Kelebihan Mandi Sebelum Subuh

Kelebihan Mandi Sebelum Subuh

NI lah rahsia yang orang baru tahu, tapi aku dah tahu lama sebab mak bapa aku amalkan.. hasilnya sangat menakjubkan.. mak aku awet mudah, walaupun usia dah 64 tahun, tapi mcam nak msuk 50 je.. bapa aku plak.. masih kuat dan cuma baru2 ni je kna serang jantung.. tapi masih kuat la sebab boleh berbasikal lagi ke pekan.. usia bapa aku, 70 tahun.. 


NI rahsianya yang aku pun dapat dari Facebook.. 

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

Sumber: Facebook

p/s: mmg terbukti pun.. mak bapa aku amalkan ni dari muda smpai skrg.. cuma anak2nye tak blh nak amalkan.. hehe... 

Nak Jadi tukang jahit la macam ni...

Salam Jumaat semua.. sebelum aku nak ge menggodek dapur.. saja nak meluahkan perasaan.. 


Tengok.. kat internet pun boleh belajar cara nak menjahit.. 

Malam semalam, hari Rabu malam Khamis, lepas maghrib kuar la kejap.. cadangan asal nak g pasar malam je.. tapi suami ku tegur la.. dia ada nampak kain ela yang dia beli kat sarawak.. hadiah untukku.. tapi masih dok jadi kain, tak jadi baju lagi.. dia tegur la.. tak nak hantar g kat tukang jahit ke?? Hah.. ok je..(sebelum ni aku de hantra kat mak kpd sorg pljar yg mnjahit baju, tapi akk tu bersalin.. tu terpksa hntr kat org lain tu. )

So, g la hantar kat satu butik kecik dekat je dgn tapak pasar malam... Terus masuk dan tanya je.. dia kata amik je.. so, ok je lah.. dh dia kata boleh buat.. aku hantar ikut ukuran baju je, malas nak amik2 ukuran lagi dah.. lepas dia tulis semua, baru tanya harga... "Dik, baju kurung biasa akak amik RM50 ea.".. Aku: "hmm.. ok lah".. haha.. tak terkata apa la.. sebab dah hantar kan.. 

Aduhai.. mahal betul upah skarang kan.. rasa nak belajar menjahit je.. jadi tukang jahit untuk diri sendiri pun udah ler kan.. sebab tu, malas dah aku nak buat2 baju ni.. beli yang siap je senang.. harga tak sampai RM50 pun... tapi sebab ni kain hadiah suamiku, buat la juga.. g pun dia yang bayar... hehe... 

Mahal kan... lau kat kampung2 ok lagi la harganya.. tu kurung biasa, lau kurung moden, ntah berapa.. aku tak tanya.. hehe.. Rasa nak amik ilmu dari mak mentua aku je.. mak mentua tukang jahit.. skrg je dia sakit kaki tak larat nak jahit lagi... Haishh.. akan dipikir kan.. dah de rumah selesa sikit, mau aku beli mesin jahit ni kang.. tengok la.. 

p/s: jom ramai2 belajar buat baju sendiri.. hehehe
Petua nak dapat apa yang diidamkan

Petua nak dapat apa yang diidamkan

salam.. saja nak share sesuatu yg mungkin kita  boleh laku.. saya pernah pergi satu motivasi.. yg diadakan di tempat kerja... Ramai bercita-cita dan mengidamkan sesuatu bukan.. motivator tu bg petua.. 

Amik sehelai kertas, tuliskan impian/idaman yg anda inginkan dalam satu jangka masa yg anda tetapkan.. contoh, dalam masa 5 tahun aku ingin:..... (buat lah list kan).. 
simpan kertas yg kita tulis tu, kat tempat yg kita selalu nampak, bwah bantal ke, kat meja solek atau dlm wallet ke.. 
sebb pengalaman suami sy sendiri(padahal tak penah pun dia g motivasi ni) dia pnh wat gini, dan dia dapat apa yg diinginkan.. 
Sebab menurut motivator tu, apa yg kita lihat, kita hendak, otak akan record dan simpan, dan di samping doa, Allah akan permudahkan jalan untuk kita capai apa yg diinginkan.. 

so, jom geng blogger, kita pakat2 tulis apa yg kita inginkan... 

p/s: apa yang aku inginkan dalam jangka masa setahun akan dtg dari sekarang??? hmmm.. haa.. tambah anak la.. hihihihi

22 November 2012

••• Penyalahgunaan Tudung Zaman Kini •••

Sumber gambar: Google images

••► Tudung ‘Mickey Mouse’
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

••► Tudung Lilit
Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala te......
rmasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

••► Tudung ‘See Through’
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

••► Tudung Jambul
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

••► Tudung ‘Singlet’
Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

••► Tudung Saji
Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Sumber: Facebook

Perasan Tak???

Dalam aku dok belek2 mencari pemanggang ajaib.. hehe.. ni terpengaruh iklan la ni.. rasa macam senang je nak masak kan.. so, belek2 la kat facebook tu.. eh.. tapi bukan nak citer pasal tu.. ni nak citer ni.. 


Dalam dok tengok facebook aku, terjumpe satu yg buatkan aku tersenyum... 

Korang perasan tak selama ni??? Allah dekat tau dengan makhluknya yg paling dia syg.. iaitu manusia??? Manusia yg sempurna tubuh badan wajib percaya Allah dekat dgn dia.. Lau tak caya.. amik pensil, goreskan  kat kertas, macam buat kertas karbon tu kan.. then, lekatkan ibu cari, copkan jari yg de carbon tu, kat kertas bersih.. pastu amik kanta pembesar.. tengok pe da kat situ??? 

Ada ni kan???
Sumber: Facebook

Allah dekat dengan kita sebenarnya, tanpa kita sedari.. cuma kita kadang2 lalai dan leka dengan duniawi kan.. 

p/s: banyak kebesaran yg de pada tubuh badan kita, kita je tak perasan kan.. 

Jenis-jenis Rezeki

Salam tengah hari.. daku tak memasak minggu ni.. sebabnya dalam misi 'merehatkan perut'.. 
Sumber gambar: google images

Bila sebut rezeki, mesti yang tergambar kat fikiran kita, makanan yg didepan mata, duit yang banyak.. sebenarnya rezeki banyak jenis... setiap apa nikmat dan anugerah kita dapat adalah REZEKI dari Allah.. 

Rezeki paling berharga ialah Nyawa, keduanya Rezeki dalam bentuk nikmat iaitu nikmat Islam dan Iman.. sebab tak semua di dunia di lahirkan Islam kan.. So, bersyukur jika kita dilahirkan sebagai seorang Islam..dan gunakan nikmat tu sebaiknya.. 

Banyak lagi rezeki lain.. 
  • Kesihatan yang baik
  • Suami/isteri yang penyayang, baik, beriman, bertanggungjwab
  • Anak yang sihat, cergas dan cerdas dan bijak
Banyak lagi segala nikmat yang kita nikmati adalah rezeki... Jadi bersyukurlah.. dan yang pasti setiap rezeki yang kita dapat tak sama dengan orang lain. COntohnya, kita dikurniakan anak, tapi tak kaya dan serba serbi kekurangan, berbanding org lain, tak de anak, tapi ada kesenangan.. itulah bezanya.. 

Yang pasti rezeki yg aku dapat ialah, anak yang cerdik, cergas dan cerdas otaknya.. mungkin ni rezeki Allah sebab aku dan suami punyai penyakit tersendiri.. rezeki dapat anak yg sihat dan tak banyak ragam.. 

Lagi satu rezeki, ada org kaya dan banyak harta, tapi tak menutup aurat (tak mampu nak beli pakaian yg menutup aurat) sebab walaupun dia kaya, tapi dia tak mampu nak beli hidayah Allah.. walaupun kaya, kita tetap pengemis dalam mencari hidayah Allah kan.. so, semua tu rezeki juga.. 

Alhamdulillah, jika kita mmpu menutup aurat dan mengikut syariat Allah.. semua tu juga rezeki.. 

Setiap rezeki perlu disyukuri...bukan sekadar dgn lafaz Alhamdulillah.. tetapi bagaimana kita menggunakan rezeki kurniaan-Nya dengan sebaiknya.. :)

Tahniah Dik: Kamu Tak Main Pondok-pondok


Artikel yang menarik perhatianku hari ni.. selain pasal Apek yang nak nikah tu.. (emm..dah ramai dh tulis pasal apex ni.. mls dah nak amik port.. haha) Emmm... Bagus dik.. Nikah awal nak elak maksiat.. Tahniah.. dan selamat pengantin baru. 

Pasangan pengantin yang muda,,, si lelaki berusia 19 dan si perempuan usia 13 tahun.. hehe.. lau ikutkan usia 13 tahun aku dulu, kahwin gak tapi main pondok-pondok lah.. Tapi adik ni, bukan cobaan tau, tapi betul2 nikah.. Kenapa dia nikah awal, sebab mmg pilihan dia nikah awal dan untuk tujuan elak buat maksiat yang boleh malukan keluarga.. 

Keluarga kedua belah pihak bagi je kahwin, dari malukan keluarga.. Hantaran pun tak sampai RM5k pun.. mudahkan.. Alhamdulillah.. moga Allah berkati pasangan dan kedua buah keluarga yg memudahkan perkahwinan.. bukan senang gak nak cari ibu bapa yg macam ni zaman sekarang kan.. semuanya nak grand2..ala artis, artis pun tak macam tu.. 

Tapi bagus juga tindakan lelaki ni,, mmg jujur sungguh pun, walaupun muda, dia bersedia dan tak kisah kawan nak kata pe.. moga dia belajar dan cepat matang.. walaupun baru 19 tahun, tapi dia kahwin juga dgn pompuan tu sbb nak elak zina.. bagus2 dik, akk puji hang.. 

Moga Allah pelihara rumah tangga pasangan ni.. ea lah pasangan muda kan.. kena cari ilmu dan banyak belajar.. sebab tu, aku tnya je anak murid aku, sapa2 yg dah de pakwe tu bgtau, aku nak kahwinkan aje.. kahwin lagi seronok, dapat pahala.. dari korang dok wat dosa kat sekolah, cikgu pun dapat tempias sekali.. 

Tahniah dan selamat pengantin baru buat pasangan muda ini.. moga kekal hingga akhir hayat.. 

p/s: pertama kali, baca artikel ni, terkejut tgk nama kampung tu.. nama sama dgn kampung kelahiranku, tapi daerah dan mukim lain.. hehe.. aku kat Kg. Padang Cina gak, tapi kat Kupang, Baling... hehehe..

Sumber: Harian Metro Online
Kesunyian Malam...

Kesunyian Malam...

Greeting Text 
      Malam yang sunyi nie tetibe rasa nak menulis blog, Tiba2 terbuka hati nak melihat pemandangan2 indah yang di search di google images... Subhanallah!!! Memang indah ciptaan Allah, dan patutlah ustaz kata dapat pahala kite melihat alam ciptaan Allah dari melihat maksiat dan kemungkaran manusia...

     Hmmmm... tapi masih ramai yang tak sedar akan ciptaan Allah S.W.T ni... Masing2 hanya mengejar keindahan dunia, yang paling nampak sekali duit, wanita dan dosa... Kadang2 rasa takut nak hadapi hari esok, memandangankan dunia semakin dekat dengan penghujungnya... walaupun kita tak tahu, tapi yang pasti dunia ini akan hancur bila tiba masanya nanti...

     Alhamdulillah... Akhirnya aku telahpun mencapai apa yang aku hajati... Allah berikan aku segala yang aku ingini, segala yang aku minta di dalam doa2 ku... Aku bersyukur kerana walaupun hidup ku sederhana, tapi aku dapat kecapi kebahagian pinjaman Allah...

     Rupa2nya ketenangan yang dicari ada dimana2... Cuma kite yang kena usaha untuk mencari... pandanglah keindahan alam ciptaan Allah... Insyaallah, hati kita akan merasa tenang dan damai... Jika tak percaya cubalah... Wassalam...

21 November 2012

Takwim Penting 2013: Mesti Download !!!

Salam semua.. dah penghujung 2012.. tak lama lagi 2013 akan menjelang pulak.. dah de takwim??? Jom.. kita download je.. skrg cepat dan senang bukan.. dalam internet semua ada..

Ni kalender penuh 2013... 

Hari cuti umum di Malaysia.. 

Cuti dan penggal persekolahan

Ni takwim Hijrah.. jika download lagi cantik dan lengkap dengan jadual waktu solat yang dikeluarkan Jakim.. 

Nak download pun boleh... klik je Link kat bawah ni:
OK.. selamat mendownload.. dah de takwim boleh la plan cuti nak honeymoon ke, nak bawa anak jenjalan ke.. nak puasa ganti ke kan..so, moga semua mendapat manfaat dgn perkongsian ini.. 

~ Sharing is Caring ~

Nasib si Mata Duitan


Wahai wanita di luar sana... hati2 tgk gambar duit kat facebook tu.. mmg banyak org dok post gambar duit belonggok2 mcam durian kat pasar malam.. tapi boleh caya ke??

daku dulu gtu gak teruja dan terbeliak bijik mata tengok duit tu kan.. alah.. tapi mesti bohong je.. mana de keje snang.. lau org senang dan kaya, dia tak longgok duit dia.. dia simpan kat bank kan.. 

Tengok la paper hari ni, percaya kata buat bisnes bagai, last2 kena tipu lagi.. hmm.. mmg dunia internet penuh penipuan.. kena hati2.. buaya, jerung, harimau spesis2 ganas dan merbahaya ada di internet.. (hhee..tapi kat internet gak aku bertemu jodoh)... 

So, jangan jadi mata duitan.. hati2 melihat duit.. jangan mudah percaya sangat tambah2 kat facebook.. ntah muka sapa2 la dia buh kan.. gambar duit tu, seacrh kat google image belambak kan.. so, jangan nak percaya sangat.. kesian gak kat pmpuan tu.. tapi salah dia la kan.. sbb mudah percaya..

huhu.. seram juga.. tapi jika guna Facebook dgn betul banyak manfaatnya.. 

p/s: mata duitan xde lah.. tapi aku dah jadi mata shopping lak.. heheh

20 November 2012

Kisah: Ustazah Doakan saya dapat 5A  dalam UPSR

Kisah: Ustazah Doakan saya dapat 5A dalam UPSR

✿~✿ Mengalir Air Mata Membaca Kisah Anak Minta Doa Untuk Dapat 5A dalam UPSR (T_T) ✿~✿

Suatu hari selepas saya memberikan satu pengisian di dalam slot bersama remaja, datang seorang remaja darjah 6 duduk di tepi meja saya.

“Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR.”

“InsyaAllah, UPSR 5A.”

Selepas saya berkata sedemikian, dia masih tidak berlalu pergi. Dia tetap duduk sahaja dekat dengan meja saya. Katanya lagi,

“Ustazah, ini serius tahu!”

Saya senyum sembil berkata;

“Ya, saya tahu. Memang UPSR 5A dari dahulu hingga sekarang. Atau sudah bukan 5A lagi sekarang?”

“Ustazah ini beriya-iya mahu doa, tetapi tidak pula bertanya siapa nama saya.”

Saya mula merasakan anak ini serius dengan kata-katanya. Saya bertanyakan namanya. Setelah diberitahu nama, dia berkata lagi,

“Ustazah mesti doakan saya dapat 5A ya.”

“Boleh ustazah tahu, mengapa kamu bersungguh-sungguh mahu ustazah doakan?”

Dia menyambung lagi,

“Ustazah, saya meminta untuk didoakan agar dapat 5A dalam UPSR kerana saya mahu menuntut hadiah daripada ibu saya. Ibu tidak tahu lagi, apa hadiah yang saya mahukan.”

Dalam fikiran ibu saya, tentulah hadiah yang dimahukan seperti Basikal, PS2, video game atau yang seumpama dengannya.

“Boleh kamu kongsi dengan ustazah dahulu, hadiah apakah yang kamu mahukan daripada ibu kamu sekiranya kamu mendapat 5A?”

“Ustazah, saya harus dapat 5A. Kerana sekiranya saya dapat 5A, saya mahu tuntut hadiah daripada ibu supaya dia menutup aurat dengan sempurna, memakai tudung.”

Pada ketika itu juga, saya menadah tangan berdoa,

“Wahai Allah, Engkau mendengar luahan hati anak ini. Sekiranya dengan 5A boleh menjadi penyebab ibunya mendapat hidayah-Mu, Engkau berikanlah 5A kepada anak ini wahai Allah.”

Terharunya hati ini ..... ALLAH ❤

Sumber: Facebook

p/s: mulianya hati anak ini... :'(

Susu Mahal vs Susu Murah

Salam petang... huh.. penat.. rehat sebentar.. penat main kejar2 dgn budak kat bawah ni... hehe... dia pun tgh menikmati susu botol jnama Dumex Dugro... 
Ini budak suka purple... ^_^
Dulu aku pernah post pasal isu susu ibu vs susu formula.. skrg ni, dah bagi susu formula pun ada isu gak.. isu susu mahal dengan susu murah.. mana bagus???

Huhu.. susah nak cakap.. tapi, sangat sentap la, jika ada yg kata, susu murah tak bagus tak elok untuk baby.. susu mahal bagus.. kaya dgn segala jenis vitamin, ada DHA, AA, taurina dan segala mcam la untuk perkembangan bayi.. huhu.. sedih plak bila org cakap gini.. 

Aku mampu bagi susu dumex dugro je kat Faiqah.. Faiqah start susu formula pun umur dia 11 bulan lebih.. susu tu la yg mula2 aku beli, dan Faiqah terima. Faiqah tak byk ragam.. Alhamdulillah.. dia terima dan serasi dgn dia.. 

Ada org kata, minum susu formula, gigi rosak, nanti obesiti, blh kena diabetis... huhu.. aku nak je jawab balik, susu tu ke yg bgi penyakit,, bukan Allah ke bagi penyakit.. (ni ayat ksar la ni).. Tapi aku tahu, dan selalu doa, ni yang aku mmpu bagi kat anak aku.. susu murah je.. 

Aku dan adik beradik aku dulu, mak aku bgi susu dumex gak lepas kami smua dh putus susu (tak susu badan lagi).. Alhamdulillah.. bijak dan bejaya gak.. tu semua rezeki kan.. 

Susu mahal ke susu murah ke sama je.. khasiat nye sama.. sebab susu yg terbaik susu ibu.. Yang mmpu bg susu mahal bagi jelah.. tak yah kot nak kondem kami yg bagi susu murah ni kan.. minta maaf andai terasa dgn entry.. sekadar luahan rasa... 

Nak baca entry pasal susu??? Banyak dah aku tulis.. bacalah kat bawah ni..

Okeh.. nak layan mek Faiqah.. dia ajak main kejar2 lagi.. huhu.. dah la aku puasa ari ni.. moga terus kuat.. huhu

Pen off here~wassalam~

UPSR: Takut Tak Dapat 5A


Aku mengeluh je tgk dan baca berita ni.. Ni lah akibatnya bila terlalu mengharapkan "A" dalam pembelajaran. Bukan kualiti, tapi kuantiti.. 

Takut sangat tak dapat 5A kan.. aku dulu, UPSR 3A, 1B, 1C je, PMR 2A, SPM 3A, STPM 3A 1B... sikit2 je semua.. bukanlah dari kalangan yang cemerlang pun.. 

Bila terlalu mengharapkan kualiti, ni lah jadinya, dapat 5A tapi kualiti??? fikir2 lah sendiri.. Sebab tu juga lah kerajaan tukar sistem.. dari KBSM kpd KSSR, KBSM kepada KSSM.. sebab tak nak sgt pelajar dan ibu bapa mengejar kualiti.. dalam sistem kurikulum baru ni lebih tekankan nilai.. dan kualiti.. mula2 mmg cikgu banyak kerja, tapi ada manfaatnya.. tunggu la lagi 5 tahun.. tgk kesan sistem ni.. tak nak la komen lebih sbb sekolah menengah baru je mula sistem ni.. tu pun dok kelam kabut lagi.. 

Tak perlu kejar 5A, x dpat 5A pun tak pe, yang penting jadi manusia.. jadi hamba Allah yng berjaya di dunia dan di akhirat.. berapa ramai kita tgk, pelajar2 yg cemerlang asalnya, tapi rosak akhlak dan agama hilang ke mana... itu ke yg kita nak sebenarnya... hmm.. tepuk dada tanya iman.. 

Artikel ni, lebih kepada ibu bapa la.. jangan taksub sgt nak kejar 5A, 10A.. jika A yng di kejar tu bukan "Akhirat".. 

p/s: tengok result pekse aku dulu, tak pernah sangka pun aku akan jadi cikgu sekarang.. tapi segalanya rezeki dan restu Ibu Bapa ku.. 

19 November 2012

Tips untuk Anak yang Susah nak makan

Tips untuk Anak yang Susah nak makan

Sementara nak tunggu waktu berbuka puasa, update blog jap.. 


Hari ni, gembira dan syukur sebab Faiqah dah de selera makan.. susah tau mempunyai anak yang xde selera makan.. pening memikirkan menu dia.. dari makanan kampung, org dulu2 smpailah makanan barat semua dah try masak.. Faiqah makan, bukan tak makan, tapi makannya sesuap dua.. lebihnya tong sampah yang telan.. mmg rasa down dan putus asa kan.. 

Tapi kini, Faiqah dah mula makan nasi.. dah jumpe resepi dan menu yang dia suka.. Faiqah suka makan nasi bersama sup.. simple je supnya.. sup kentang campur so hun.. mudah je.. penat la aku masak speghati bagai.. tapi tu je menu dia suka selama ni rupanya.. dari mana ku dapat idea dan tahu semua ni.. Segalanya bermula di kedai makan.. 

Pernah makan kat kedai, dan ada sup sayur.. dia makan dengan berselera.. so, balik rumah aku try.. hmm.. ALhamdulillah.. ni lah menu dia nak rupanya.. syukur dia makan dah.. 

Tips untuk anak yang kurang selera makan:
  • Pelbagaikan resepi.. cubalah resepi baru dan menarik
  • Kena cari dan terus cari menu pembuka selera anak
  • Jangan putus asa dan terus mencuba
  • Memang rugi sedikit, tapi seronok bila tgk anak makan.. so, try & error.. 
Nak resepi untuk ank2 dari internet?? Boleh DOWNLOAD kat SINI.. 

p/s: rasa syok suap dia makan... lega rasa dia makan.. beli appeton pun x jalan lau jenis tak nak makan ni kan... 

Jatuh Cinta dengan Qasidah

Sejak dapat line TV al-Hijrah.. baru lah ku kenal apa itu qasidah.. dulu tahu nama je.. tapi tak dapat dengar sangat.. sekarang ni selalu dengar kat TV al-Hijrah.. wah.. sedap la qasidah ni... merdu... mendayu.. dan mmg kadang2 rasa sayu.. qasidah yang paling ku suka de dua.. yang pertama tajuk Ya Badratim.. dan yang kedua Ya Hanana... mmg sedap.. smpaikan Faiqah pun ska..

Jom hayati qasidah.. dapat pahala.. dari dok dengar gangnam style tu.. hehe.. boleh dgr gangnam style.. tapi waktu lepas asar.. sebab pe, boleh bersenam sekali... hehe..


Qasidah Ya Badratim



Qasidah Ya Hanan

2nd Anniversary | Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah... hari ni 19 November 2012.. genap usia 2 tahun pernikahanku dengan lelaki pilihanku.. Mohd Firdzaus... (Rasa macam baru je nikah.. hehehe)

Alhamdulillah... segala onak dan duri ditempuhi bersama.. susah dan senang, ditelan dan ditempuh bersama.. segala ombak dan badai dalam rumah tangga dilalui dengan tenang dan penuh kekuatan.. Perkahwinan ini, menjadikan aku lebih matang.. perkahwinan ini, menjadikan aku berubah sedikit demi sedikit sikap ku.. (cuma sikap manja je terlebih... hehe)... 

Terima kasih Ya Allah atas anugerah dan kurniaan ini... Nikmat rumah tangga yang kami kecapi kini, moga sentiasa dalam pemeliharaan dan rahmat-Mu Ya Allah.. 

Peliharakanlah rumah tangga dan ikatan perkahwinan ini, dengan rezeki dan rahmat dari-Mu/// semoga dengan perkahwinan ini, mendekatkan diri kami dan memperteguhkan iman kami kepada-Mu... 

Kisah dan perkenalan yang semuanya diatur Yang Maha Esa/// perkenalan yang membuahkan hasil yang manis dihujungnya... memang banyak perbezaan antara kita, namun ditutup untuk mencari persamaan untuk mempereratkan hubungan kita.. 

Alhamdulillah.. sungguh nikmat perkahwinan ini, rahmat dari Yang Esa.. tambah bahagia dan ceria dengan kehadiran cahayamata Faiqah Mu'affah.. menambahkan seri rumah tangga kita.. 

Tiada ungkapan indah dan bermadah.. cuma rasa syukur atas anugerah dan kurnia Allah ini... Alhamdulillah.. syukur... Moga kebahagiaan menjadi milik kita hingga ke jannatul Firdaus di sana.. ameen.. Ya Rabbal 'alamin..