31 Oktober 2012

Makluman!!!

Makluman!!!

Pertama kali aku nak ucap terima kasih kepada yang bertanya dan mengingatkan daku... Cikgu Farha... :-)


Aku cuma nak maklumkan.. segala entry dan info dalam blog yang ku catatkan ini, adalah hasil:
Copy dari Gugel :-)
  • Pembacaan
    • Pembacaan ku sma ada dari internet, buku, majalah, artikel, jurnal, surat khabar, tabloid.. dan segala sumber, yang aku baca.. aku baca dan aku copy dan paste kan di blog aku, dan aku nyatakan sumbernya.
  • Koleksi lamaku
    • Semasa belajar, aku ada buat koleksi pembacaan, info dan ilmu2 penting yg aku dapat dari internet kebanyakannya.. aku simpan di dalam satu folder dalam PC ku dan kebanyakan koleksi tu aku ada simpan link URL (sumber) dan ada yang aku tak simpan.. andai kata, ada penulis asal membaca entry yg hampir sama dgn entry aku, aku mohon halalkan segala ilmu yang patut aku share.
  • Pengalaman
    • Yang ni sah2 la dari pengalamanku dan orang lain yang aku kongsikan.. andaikata aku kongsikan pengalaman org, sudah pasti aku minta izin tuan punya badan untuk aku kongsikan. dan jika dari pengalamanku, sudah pasti hak cipta aku sendiri.
  • Apa yang terlintas di minda
    • Entry yg terlintas di minda biasanya berdasarkan apa yg aku alami dalam satu masa tertentu dan aku terus coretkan.. contoh, pengalaman bersalin, mengandung dan kisah anakku Faiqah... 
Andai, ada entry2 yang aku kongsikan sama dgn org lain, mungkin ayat yg ku karang hampir sama.. dan jika ada yang sama tapi tak de sumber, mungkin itu dalam koleksi artikel ku, dan aku tak ingat dari mana sumbernya.. jika penulis asal membacanya, aku mohon halalkan... 

Yang pasti, aku menghormati setiap penulisan org lain, sebab adanya akta copyright atau "hak cipta terpelihara".. 

p/s: sebenarnya aku kurang bersetuju dgn hak cipta terpelihara ni, sebabnya setiap ilmu dan info yg baik perlu dikongsikan... tapi aku tetap menghormati idea dan penulis asal... 
Cara Kekalkan Kasih Suami

Cara Kekalkan Kasih Suami

Hakikatnya, tugas isteri zaman moden bukanlah mudah kerana kebanyakan mereka bekerja. Di samping tugas di pejabat, wanita juga mempunyai tanggungjawab kepada keluarga iaitu anak dan suami. Tanggungjawab mungkin boleh diserahkan kepada pembantu rumah jika anda terlalu sibuk tetapi bagaimana dengan suami? Bukan sedikit cerita suami mengadakan hubungan sulit dengan pembantu rumah gara-gara kelalaian isteri tidak melayan suami dengan baik.

Justeru, bagi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga, di sini diberi 15 panduan lagi bagaimana isteri boleh memikat hati suami.
  • Jika marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahulah suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan salahkan suami.
  • Apabila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh, hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan. (jangan nak ngadap muka buku ea time ni.. tak pasal2 je nanti...)
  • Bila memesan barang kepada suami ke kedai, senaraikan di atas kertas. Jangan biarkan suami ke kedai dua kali.
  • Tanya suami bila dia mahu berehat atau tidur.
  • Peluk suami dengan kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari. (tujuh kali sehari bukan tujuh hari sekali)
  • Telefon suami di tempat kerja jika perkara itu penting. Telefon dengan kerap jika suami suka. (sms pun boleh :-)
  • Jika suami perlu menjauhkan diri sekali sekala, tanya bila dia akan pulang.
  • Jangan ganggu suami jika asyik melakukan sesuatu. (yang ni biasanya, lau ggu pun tak sedar sbb lelaki akn fokus bila buat kerja)
  • Apabila suami marah, jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar apabila suami sudah tenang.
  • Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepada suami kerja rumah yang memerlukan bantuannya, pilih kerja yang suami suka dan jangan suka mengarah. Gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
  • Pesan kepada suami supaya menelefon ke rumah jika dia bertugas di luar. Jangan pula melenting jika dia terlupa berbuat demikian, beritahu dia yang anda cuma risau.
  • Sentiasa kemas, anggun dan menggunakan wangian sebelum tidur bersama. (wajib pakai sexy2 hihi)
  • Sokong pendapat suami walaupun kadangkala pendapatnya berbeza dengan orang lain.
  • Bila keluar berkereta, jangan ganggu suami yang memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan selagi suami tidak meminta berbuat demikian. Jangan berleter apabila suami tersalah jalan, bersangka baik apabila tersesat jalan.
  • Peluk dan belai suami sekali sekala tanpa impian seksual.
Satu lagi ku nak tambah, bergurau dan mengusik penambah ceria dan bahagia... jom kita amalkan bersama.. sebaiknya, amalkan selalu dan biasakan... bila dah biasa, insya-Allah kita akn buat smpai bila2 wlaupun dah bercucu nanti.. insya-Allah...

p/s: entry ni dari koleksi artikel dalam simpananku...tapi hasil pembacaan dari mana aku tak ingat sbb dh lama tersimpan dalam pc kan... mohon halalkan jika ada penulis asal yg baca entry ni... sharing is caring.. :-)


Aku Hanyalah Seorang Hamba

Aku Hanyalah Seorang Hamba

"Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. 

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang." 

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') 

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." 

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya. 

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." 

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?" 

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." 

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat. 

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. 

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" 

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah. Aku sihat dan segar." 

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. 

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" 

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" 

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak." 

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. 

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah. 

Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan. 

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" 

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

p/s: sumber dari koleksi artikel2 tazkirah yg pernah ku baca dan kumpul satu ketika dulu.. untuk renungan bersama... 

30 Oktober 2012

Seram tengok harga susu...

Seram tengok harga susu...

Hari sabtu lepas aku jenjalan window shopping akt tesco selayang dgn beloved hubby dan putri comei Faiqah...
Bawa faiqah jenjalan tesco.. Adu..mak ai..letih keponh dia.. Tapi ni bukan nk kisahkn faiqah yg terlepas.. Tapi kisah susu...
Aku sesaja jenjalan bahagian baby dan kanak2... Saja survey2 bahagian susu formula... Saja nk tgk harga2 susu dan bercdg nk tukar susu faiqah...faiqah skrg minum susu dumex je.. Ingat nk tukar la yg ok sikit... Dumex pun ok.tapi murah je la kn..
Tapi.. Terkejut betul tgk hrga susu... Mak ai... Mengalahkan harga sehelai baju... Mahal gileerr... Yang paling murah stkat ni dumex dan dutch lady... Yang lain2...mmg mngalahkan hrga beras 10kg...
Last2.. Amik keputusan tak jadilah tukar... Ku pun katakan faiqah... Faiqah...minum susu ummi dan susu dumex je yg umi mmpu belikan...
Patut la persatuan pengguna islam minta adakan kawalan hrga susu formula.. Sebab mahal sesangat...mengalahkan harga beras dh... Huhu...

Published with Blogger-droid v2.0.9
Ya Allah...Kau tahu aku mampu...

Ya Allah...Kau tahu aku mampu...

Kepala masih biol2.. Blurr sektika..bila tahu aku dapat jawatan tertinggi tahun depan...

Huh!! Mampukah aku??? Persoalan demi persoalan dibenakku... Cepat2 aku istighfar... Ya Allah...Kau tahu aku mampu lakukannya.. Bantulah aku...

Buat suamiku...ku memerlukan sokonganmu... Buat puteriku..dikaulah penenang hatiku... Rasa nak nangis bila dapat tahu aku dapat jawatan penting tahun depan... Hampir2 dgn jawatan pentadbir sekolah... Terus hatiku tertnya.. Layakkah aku sbb baru 2tahun aku berkhidmat...

Tenangkan diri.. Pikir positif. Orang menilai aku dari jauh...org tahu aku mmpu lakukan... Cuma ku perlukan kekuatan dari fizikal dan mental dari sekarang...

Ya Allah.. Kau tahu aku mampu lakukannya...

P/s:cuti sekolah ni..memang kena study dan cari dan belajar selok belok pentadbiran...

Published with Blogger-droid v2.0.9
Amalan Isteri Digantung Jika Mencela Suami

Amalan Isteri Digantung Jika Mencela Suami


"KAK Yati, bukannya tak nak pakai tudung lagi, teringin juga nak bertudung, tapi suami tak benarkan, sebab tak nampak cantik dan bergaya."

Alasan itu kerap didengari bagi wanita berkahwin mengapa mereka tidak bertudung, menutup aurat. 
Isteri baik sememangnya perlu patuh dan mentaati suami. 

Bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Memakai tudung menutup aurat adalah perintah Allah. Isteri seharusnya mengutamakan perintah Allah sebelum mematuhi perintah suaminya. Firman Allah bermaksud: "Hendaklah mereka itu (kaum wanita) melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya." (Surah an-Nur, ayat 31)

Setiap wanita Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan belahan dada, termasuk leher supaya tempat yang boleh membawa fitnah itu tidak terbuka yang mungkin boleh dilihat oleh lelaki bukan mahram.

Sekiranya perkara yang diperintahkan oleh suami itu bertentangan dengan hukum Allah dan boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah atau tidak mematuhi arahan itu. Demikianlah dalam perkara memakai tudung, isteri tidak seharusnya mematuhi arahan suami yang melarangnya memakai tudung.

Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Tidak boleh mentaati makhluk dalam perkara menderhakai Allah." (Hadis riwayat Ahmad) Ketaatan isteri terhadap suami ialah kepatuhan yang dituntut Islam. Suami, di samping bertanggungjawab memberikan nafkah lahir dan batin, bertanggungjawab membimbing isterinya ke jalan benar. Sekiranya tidak mampu untuk mengajarnya, hendaklah dibenarkan isteri keluar rumah untuk menuntut ilmu.

Oleh itu, isteri harus setia kepada suami yang soleh dan sedia mengikuti segala perintahnya. Firman Allah bermaksud: "Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka." (Surah an-Nisaa', ayat 34)

Isteri yang tidak patuh kepada nasihat suami, malah mencela dan tidak menghargai suaminya, di samping tidak mendapat keberkatan di dunia, akan menerima pembalasan di akhirat kelak.

Saidina Umar berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Wanita yang berkata kepada suaminya bahawa dia tidak melihat kebaikan yang ada pada suaminya, maka Allah menggantungkan amalan baiknya selama tujuh puluh tahun, walaupun dia berpuasa sepanjang hari dan beribadah pada malam hari." (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Nasa'i)

Sabda Rasulullah lagi bermaksud: "Aku melihat dalam neraka, ramai antara ahlinya adalah wanita. Maka seorang wanita bertanya: Mengapa ya Rasulullah?

Rasulullah menjawab: Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada suaminya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

p/s: ada kesinambungan dari artikel ni.. smbungan di entry akan datang.. sama2 kita renungkan.. banyak kisah dan pengajaran boleh di ambil dari kisah "Hilangnya Doa Seorang Ibu"...yang tercalon dalam Anugerah Skrin 2012... Sama2 kita hayati dan muhasabah diri... :-)

29 Oktober 2012

Petua Harian dahulu kala

Orang dulu2 mmg kaya dgn petua.. ada yg masuk dek akal, ada yang tak da kena mengena.. tapi ni aku nk share beberapa petua yg org tua2 selalu cakapkan.. 


  1. Anak dara dilarang menyanyi di dapur, takut dapat laki/suami tua.. Sebenarnya, menyanyi di dapur akan mengundang kelalaian semasa memasak. Takut, gulai termasin, nasi hangit atau air termanis.
  2. Semasa mencedok nasi ke dalam periuk, dinasihatkan meninggalkan sedikit baki beras dalam bekas yg dicedok. Petua ini diamalkan untuk elakkan rezeki tak putus.. 
  3. Semasa mencedok nasi, jangan tinggalkan senduk nasi di dalam periuk, takut adik beradik bekelahi atau berpecah belah. Sebenarnya, untuk elakkan nasi mudah basi, sebab senduk tu ada bekas kita, pegang, tangan kita mengeluarkan enzim, dan enzim tu menyebabkan nasi mudah basi.
  4. Ketika makan, jika nak tambah nasi lagi, tinggalkan sedikit baki nasi yg dimakan tadi sebelum tambah yang lain. Petua ni diamalkan untuk elakkan rezeki putus. Sebenarnya, org tua dulu2, mengajar anak2 supaya makan dengan adab dan sopan serta tak gelojoh.
  5. Ketika sedang makan, jangan bercakap atau tertawa. nanti syaitan ikut masuk dalam badan bersama2 makanan yg sedang dimakan tu. Sebenarnya, petua ni utk latih diri supaya makan dgn tertib dan sopan. 
  6. Anak dara jangan duduk celah pintu/atas tangga. Nanti tak da org masuk meminang. Sbenarnya, tak elok di pndang mata, dan supaya tak menghalang org lalu lalang (keluar masuk).
  7. Jangan makan/minum semasa susukan anak. nanti anak kena cacing. Sbenarnya, takut2 nanti makanan tu terkena anak, (pedas dan sebagainya)
Sebenrnya banyak sangat petua2 org tua. tapi aku dah tak ingat sangat.. Aku dulu ikut je...sebab ada juga betulnya.. 

p/s: petua2 ni aku dapat dari buku Puisi hasil nukilan Shaari A.B.

Aqiqah Online untuk Faiqah

Salam... lama tak online.. ku update blog guna note saje.. tak sempat betul nak on lappy... malam ni baru berkesempatan nak online sekejap.. kejap lagi nak smbng keje lain pulak..


Alhamdulillah... hari ni selesai urusan aqiqah Faiqah.. tiada kenduri kendara.. kerana kesuntukan masa dan kesibukan aku dan suami..akhirnya kami memilih untuk menggunakan agen sahaja dalam menguruskan aqiqah Faiqah.. 

Selalu aku dengar kat radio ikim.fm, pasal EZ Qurban, so, aku dan suami search la pasal EZ Qurban.. memang ada menyediakan perkhidmatan kurban dan aqiqah dan boleh buat secara online.. 

Hari ni, suamiku uruskan dengan urusan bank in kan duit...dan setelah tu, isi borang online.. Alhamdulillah.. selesai sudah... Rasa selesai satu amanah dan tanggungjawab.. walaupun aqiqah hanya sunat, tapi taraf sunatnya ialah sunat mu'akad, iaitu sunat yg sangat dituntut sebagai tanda syukur atas anugerah Allah memberi kita zuriat... 
Invoice yg dihantar melalui email setelah pengesahan borang online... 

Ada masa, aku akan follow up pasal pembayaran ni, di pejabat EZ Qurban di Batu Cave yg tak jauh dari rumah kami... 

Bagi sapa2 yang buat qurban atau akikah tapi kesuntukan masa dlm nak menguruskannya boleh ke laman web EZ Qurban

p/s: hajat dihati memang nak adakan kenduri tapi banyak sgt kekangan..terutama masa, takut tak berkesempatan pula nk laksanakan bila asyik bertangguh...akhirnya cara ni pilih..moga ibadah kami diterima Allah..insya-Allah..ameen..
Kisah jam je hari ni...

Kisah jam je hari ni...

Selepas bercuti smpena raya haji.. Hari ni smbung semula tugas seperti biasa..

Datang2 biasa ku terus ke kantin..isi perut dulu.. Tadi masa perjlanan dgr berita radio sinar...jam teruk di highway pantai timur menghala ke kuala lumpur.. Rupanya kisah tu tak berhenti disitu... Rata2 cikgu2 yg balik pnatai timur..mngisahkan pasal jam je hari ni..

Biasa balik 7..8 jam.. Lanjut smpai berbelas jam... Jam teruk akibat knderaan berat... Dan eksiden di jalan utama..

Hmm..aku tak mengalami..cuma..waktu aku balik pun kereta dh banyak menghala ke utara.. Dan aku balik ke kl hari sabtu sbb tak nak jam la...

Bila waktu raya mmg kna plan betul2.. Lepas ni..kna blik kg naik flight atau keretapi la kan... Cnfirm la tak jam...cuma kna tempah tiket awal...huhu...

Highway ke pantai timur mmg agak sukar nk buat sbb struktur bumi yg berbukit2... Susah gak nk plan... Lau nk buat kna budjet tinggi la kan..

Apa2 pun..itu juga tnda kemeriahan smbutan aidiladha di negeri2 pnatai timur kan...

Published with Blogger-droid v2.0.9

28 Oktober 2012

Happy Second Aniversarry

Happy Second Aniversarry

Selamat hari ulang tahun yg kedua mengikut bulan Hijrah..buat aku dan suamiku...

Perkahwinan yg diadakan pada hari raya ketiga tahun 2010 dgn penuh kesedrhanaan...

Alhamdulillah...kebahagiaan dan keberkatan Ilahi yg sentiasa melimpah dan moga terus berkekalan hgga akhir hayat kita..

Tiada hadiah yg istimewa...hanya zuriat kita yg menyerikan rumahtangga yg dibina...

Moga kita terus dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Ilahi...insyaAllah..

P/s: tggu bulan november utk smbut aniversarry dlm bulan Masihi plak...

Published with Blogger-droid v2.0.9
Pencen sudah seorang cikgu...

Pencen sudah seorang cikgu...

Raya haji...aku berkesempatan balik kg.. Sudah pasti hari yg ada ku luang utk ziarah sanak saudara...

Tak terkecuali...rumah mak long dan pak long aku... Keluarga cikgu yg terbesar dlm keluarga sebelah bapa ku.. Pak long ku sudah lama pencen sbg guru... Namun..dapat berita..maklong ku pula yg baru saja pencen awal bulan 10 baru2 ni..

Walaupun pencen..paklong dan maklong org ttp panggil cikgu smpai bila.. Tambah2 paklongku yg aktif menghasilkan karya2 puisi dan sajak.. Antara buku yg terkenal ialah novel "Ruyup". Shaari A.B... Mungkin ada yg kenal...sasterawan GAPENA.. Hingga kini paklong masih aktif bersastera... Seronok baca puisi dan hasil karya paklong sbb semuanya unsur2 kampung halaman...

Maklong plak pernah mengajar aku masa aku sekolah menengah Arab..ajar Bahasa Melayu... Seperti paklong..maklong juga pndai sastera Melayu.. Dalam ramai2 anak paklong dan maklong..sepupuku yg sebaya ku yg mewarisi bakat paklong dan sekarang pensyarah sementara di UiTM..dan dlm menyiapkan masternya..

3 dari 8 org ank paklong..menjadi guru.. Seorg nya dh pun bergelar guru besar di Pulau Pinang.. Itulah kisah cikgu2 dlm keluargaku.. Alhamdulillah..aku mewarisi bakat guru dlm keluargaku... Dlm 7 beradik..aku saja yg bergelar guru dan yg lain smua kerja swasta... Alahmdulillah.. Impian mak pak nk tgk anknya bergelar cikgu tercapai..

P/s: cikgu bukanlah cita2ku..tapi demi restu org tua..pasti ada keberkatan...

Published with Blogger-droid v2.0.9

26 Oktober 2012

Tempat suci jadi tak suci...

Tempat suci jadi tak suci...

Alhamdulillah.. Singgah sebentar menunaikan solat di masjid.. Itulah adat musafir kan.. Tak lupa kpd pncipta..

Tapi setiap kali aku singgah di masjid atau surau2 kecil ni..pertama msti aku singgah tandas.. Tapi malangnya.. Tandas di kebanyakan masjid memang mngecewakan...

Tandas masjid kotor dan menjijikan..amat2 memalukan kita sbg org muslim sbnrnya.. Knapa mcam ni.. Yg pasti semuanya sbb sikap kita sndiri la.. Tak jaga kebersihan.. Mmg malu sbb masjid sudah pasti yg guna semua org Islam kan.. Org bukan Islam dia singgah tandas di stesen minyak je.

Banyak masjid2 daerah2 kecil2 yg aku singgah..tandasnya..hmm..malu nak cakap..

Wahai semua muslim..jagalah kebersihan..bersih sbhgaian dri iman... Lepas guna pndai2 lah jaga..itu mncermin peribadi kita.. Betul dan serius.. Aku malu nk keadaan ni..sbb masjid tmpat suci..spttnya tmdasnya juga mesti suci kan..

sbb tu juga aku byk singgah kat tndas petronas je.. Sbb puas hati.. Pelik juga.. Knapa tndas kotor kt masjid.. Spttnya masing2 jga la sapa yg guna tu.. Tak kan itu pun nk hrapkn cleaner

P/s: itulah mulianya seorg cleaner... Aku respect yg kerja sbg tukang cuci...

Published with Blogger-droid v2.0.9
Selamat hari lahir buatku

Selamat hari lahir buatku

Hari raya aidiladha merupakan hari lahir ku dlm bln Islam.. Sng nk ingatkn sbbnya mak aku melahirkn aku tgh hari di hari raya haji...

Tapi tak tahu la yg ke berapa thun thun ni... Aku lak melahirkan Faiqah hari raya kedua aidilfitri.. Sngkn nak ingt.. So.. Blh la celebrate dua2 versi.. Tahun islam dan tahun masihi...

Selamat hari lahir

Published with Blogger-droid v2.0.9

Salam Aidil Adha...

Salam aidil adha dari Faiqah.. FAIQAH wakil dari keluarga Faiqah je ni... Selamat hari raya semua muslimin dan muslimat...

Sama2 menjalankn ibadah korban..jangan sampai da yg terkorban ea.. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.9

25 Oktober 2012

Berpuasa hari Arafah

Berpuasa hari Arafah

Selamat berpuasa bg yg berpuasa... Aku tak jadi puasa hari ni...rasa tak larat dh ni.. Tak bgun sahur pun pagi tadi..gara2 tido lmbat kemas beg nk balik kg..

Tak pe lah..mungkin Allah tahu yg terbaik utkku... Sbb ku dh niat nk puasa semalam...set alarm dh nk bgun sahur..tapi tak terjga.. Terjaga dh subuh dah..

Tak  pe lah... InsyaAllah tahun depan diberi kesempatan.. Ameen...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Pertama kali shopping online

Sepanjang kenal dunia shopping online.. Nilah kali pertama aku shopping online..

3 helai tdung aku borong setelah dpat green light dr en.suami... Hihi... Tudung ni aku order bulan lpas lagi.. Tapi stuck sbb aku overbudjet lak bulan lepas.. Tu yg postpone bulan ni...

Tdung yg aku pilih tu.. Semuanya hrga RM30 ke atas shja... Xde mhal2 pun.. Mula nk amik yg mahal sikit.. Tapi xde stock plak..

Walau macam mana pun.. Hati tetap tak puas beli pakaian guna online ni... Sebab tak boleh nak belek dan try terus kan...

Setakat ni.. Hanya produk bioasli je yg aku beli online dan mmg memuaskn hati aku... Barangan lain.. Tak pernah.. Tu yg cuba2 b3li tu.. Nak rasa gak la mcm mana kan.. Kepuasan aku??? Hmmm...boleh la... Tapi mungkin ni yg pertama dan terakhir aku beli online kot... Lpas ni..lebih senang aku terus ke butik je.. Kat Kl n selangor kn..semua ada.. Tak kisah sgt dh...

Ok lah... Aku nak kemas2 pakaian lak..esok pgi nak caloo...balik kg daa....

Pen off here... Wassalam ~~~

Published with Blogger-droid v2.0.9

24 Oktober 2012

Geram kat Faiqah!!!

Geram kat Faiqah!!!

Geram ke faiqah.. Dah boleh jalan..tapi tak nak jalan... Aduhai.. Penat tul nak dukung... Sebab tu gak kot.. Misi nak naikkan berat badan tergendala... Hahaha..

Dulu...msa belum leh jalan.. Hrap sgt dia jalan.. Dah boleh jalan. Tak nak jalan... Dok terpacak dan merengek la kat situ... Last2 dukung juga.. Biasa abi jadi mangsa..

Aduhai faiqah... Faiqah.. Jalan lah.. Faiqah dah boleh jalan.. Badan mmg kecik tapi padat.. Faiqah jalan ea syg...

P/s: dh beli kasut baru tadi...harapan utk faiqah jalan sendiri...

Published with Blogger-droid v2.0.9
Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Esok sekolah dah mula bercuti utk hari Raya AidilAdha... aku tak terkecuali.. suamiku palk dah start cuti hari ni..sebb dia mohon cuti awal kan.. Alhamdulillah.

Namun, hari ni, aku bekerja overtime.. 7pg-7mlm.. menyiapkan segala kerja yang diamanahkan.. meeting yang ada dan tugasan2 akhir yg perlu diselesaikan.. Dalam bercuti sudah pasti otak masih ingatkan kertas2 soalan yang masih belum bertandakan... markah yang perlu disiapkan sesegera mungkin..

Memang dah rutin cikgu-cikgi, dihujung tahun.. serba serbi sibuk.. menyiapakn segala kerja...untuk memastikan cuti dapat dinikmati dengan tenang..insya-Allah..Namun, cuti tetap cuti, raya tetap raya kan.. Insya-Allah pagi esok kami akan bergerak balik ke kampungku di Baling, Kedah.. moga selamat dalam perjalanan..

Bagi kengkawan dan siapa saja yg balik kg, hati2 di jalan raya, pandu cermat dan ingatlah org tersyg... 

Ku ucapkan dengan serangkap pantun... sapa nak beli boleh la beli..hehehe


Pulang beraya menaiki kereta,
Singgah pulang membeli raga, 
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Dari Faiqah dan keluarga,

23 Oktober 2012

Hadiah untuk pencinta keju...

Aku, suami dan Faiqah.. mmang pencinta setia keju.. mmg minat utk makan dan mesti de stock dalam peti sejuk.. sedap.. 


Kek cheese, mesti ku beli 2 bulan sekali, tak pun makan tart keju blueberry... nyumm2...

Semalam.. balik keje, tgk iklan kat TV, huii.. sedapnya pizza hut baru tu.. hubby ku, jom lah.. lepas solat terus ke Pizza Hut jalan genting klang.. 

Order, set pizza baru.. lmpahan cheesenya.. hui.. sedap nye.. mmg byk.. aku amik toping perisa, chicken chop... sedap betul.. mmg limpahan keju.. tapi makan sekeping terus kenyng sbb sekali dgn set tu, ada mushroom soup dan garlic bread... mmg kenyang dulu la.. 

So, sapa yg suka makan keje, mmg terbaik lah pizza yg baru ni.. hrganya yg set utk dua org RM31.50 shja.. cukup dgn air sekali la kan.. hmm.. lepas dah mengidam semlm.. Alhamdulillah... rezeki Allah..

p/s: asalnya nk g makan KFC, sbb de privillage card, tapi tak jadi sbb xde yg best pun KFC... hihi.. 
Langgan Plan Internet Celcom

Langgan Plan Internet Celcom

Akhirnya, aku dan suami memilih untuk langgan juga internet for mobile.. Nak tak nak kan.. sebabnya kami pakai Smart Phone.. Apa guna pakai smart phone tapi xde internet.. 

Sebelum ni, tak langgan sebab guna celcom internet request je.. sehari RM5 dan seminggu RM18... sebulan x leh request.. tapi lau pkai sim broadband topup blh request iaitu RM50 sebulan.. tapi no tu pun dah expired sejak de smartphone ni... 

Tapi sejak dua menjak ni, bil agak melambung.. tak tahu kenapa, padahal aku berhubung dgn hubbyku free aje.. rupanya bila check2 balik, "packet data" tu sentiasa terbuka..walaupun aku dh tutup sbb xde internet.. tu yg buatkan aku dan hubby, langgan celcom internet. Pakej Mobile Advance, 3GB dgn harga RM58 sebulan.. ok lah tu...

Setakat ni, aku berpuas hati dgn celcom je.. mls nk pakai talian lain.. pnh pakai gak maxis, tapi tak lama pun berthan.. serasi bersama celcom kot... hihi.. 

So, start bulan ni, aku dan suami mula melanggan celcom internet..hopefully xde lagi masalah telan duit banyak2... tapi setakat ni, xde mslh pun nak byr, cuma tu lah.. dah berbulan bil tak smpai ni.. dalam usaha nk buat e-billing, tapi masalah pe ntah tak leh nak login lagi ni... huhu..

Ok lah.. nk g wat skema jawapan... sbb malam nnt hubby nak tolong tnda... 

Pen off here~ Wassalam ~

22 Oktober 2012

Kawalan Harga Susu Formula

Kawalan Harga Susu Formula

Melayan MHI (Malaysia Hari Ini) di TV3 pagi ni.. jarang pepagi nak layan tv.. terasa nak melayan lak pagi ni sambil2 buat kerja kan.. tetiba de topik penting plak.. pasal susu formula..


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memohon kawalan harga susu formula sebab harga susu melambung sekarang.. Susu formula ni, bukan susu bayi je, tapi termasuk juga susu untuk ibu2 hamil. Memang tak dinafikan susu formula, mmg tak masuk dek akal ku rasa.. macam nak beli handphone nokia 1110 tu dah.. mahal gilerr,,,

Pandanganku bagi isu ni,.. sebenarnya, harga susu mahal ni, ada baiknya juga, orang lebih cenderung nak beri susu ibu bagi bayi yang baru lahir. Kempen susu ibu, sekarang di Malaysia masih kurang.. sebab ada yang tak tahu lagi nak menysukan macam mana, dan jika bekerjaya macam mana nak menyusukan.. Pastu, sikap dan alasan juga faktor kejayaan susu ibu tak berapa nak berjaya. Dan beberapa peratus je, yang memang betul2 de kekangan yang tak boleh dielakkan utk menyusukan anak. 

Paling kurang susukanlah 6 bulan pertama.. seterusnya usaha lagi utk smpai setahun... Lepas  6 bulan jika rasa tak mampu blh la campur dgn susu formula, tapi selepas sehabis usaha la. Tapi satu selingan je aku tak setuju dgn statement dlm kupasan isu ni tadi, "lepas 6 bulan digalakkan memberi susu formula".. sangat tak setuju aku dgn statement ni.. sebenarnya, perlu susukan dgn susu ibu, selagi boleh. Aku sndiri, susukan Faiqah dgn sdaya mungkin, smpai suamiku ckp, aku dh terlalu kurus dan usia Faiqah nak masuk setahun terpksa aku cmpur.. Aku pasrah je lah..

Susu mahal adakah itu yang tebaik???.. itu sebenarnya agenda iklan dan pengaruh iklan.. Susu ibu tetap terbaik.. Aku hanya mampu bagi susu Dumex Dugro je kat Faiqah... Alhamdulillah.. Faiqah terima.. dia tahu.. Susu formula tu kira supplement smpingan atau sumber kalsium untuk tumbesaran tulang... Kalau susu buatan Malaysia pun, tetap mahal.. org berpendapatan rendah tetap tak mampu nak beli.. Pernah tengok, satu dokumentari, org susah bg anaknye susu pekat je.. Murah ke mahal tak menjamin apa2 pun sebenarnya.. aku dan adik beradikku, lepas 2 tahun, mak bg susu dumex juga... tu je yg masih murah hingga sekrang.. Akhlak dan kebijaksanaan atas didikan bukan nye jaminan minum susu mahal anak jadi pndai... cuma susu ibu, mmg de kajian, sbb susu ibu anugerah Allah.. so setiap anugerah Allah msti ada kelebihannya.

Susu formula mahal, jom kita susukan dgn susu ibu je... jika surirumah, jangan beralasan utk tak nak beri susu badan.. Banyak sgt kebaikan susu ibu.. Untuk bayi, untuk ibu dan termsuk kebaikan utk bapa/suami pun byk.. 

Boleh baca, banyak entry lepas aku kupas pasal kebaikan susu ibu:
Bagi yang nak menyusu bayi, cuba dan usaha dulu baru kata tak boleh... Paling kurang 6 bulan pertama.. Allah dah anugerahkan nikmat dan rezeki utk memudahkan kita.. Gunakan dgn syukur dan sbaiknya..  

p/s: Alhamdulillah.. susu Faiqah masih ada.. insya-Allah sehingga 2 tahun... moga Faiqah dan adik2 akan terus diberi rezeki susu ibu.. Ameen...

21 Oktober 2012

Wahai wanita bertudung...

Isu semasa, dan permasalah yg tak selesai sbbnya berkaitan dgn sikap dan fahaman serta hak individu... tapi masalahnya, hak org lain juga mempengaruhi.. 


Aku jumpe dgn ramai wanita bertudung yang bermacam2 fesyen... aduhai.. yang sempurna bertudung, moga kita terus istiqamah dlm kebaikan dan iman.. tapi yang belum sempurna tu, cepat2 lah perbaiki diri.. jangan rasa diri tu betul dan tak salah je.. jangan menegakkan benang yang basah.. yang suh pakai tudung, bukan budaya kita, Tapi agama kita, Islam kata, al-Quran kata, Nabi s.a.w kata.. 

Yang paling ku sedihkan juga, wanita bertudung, tambah2 tudung labuh, tapi tak jaga adab dan akhlak... Ku pernah lihat, bertudung labuh, tapi perangai biadab dan kasar, bercakap tapi tak menyerupai sbgmana yg dia pakai.. so mcam mana org nak respect... Pastu pernah gak jumpe, biadab di jalan raya.. mencilok dan menghimpit kereta lain.. aduh.. buat org mengata je.. saja je nk cari pahala dgn syok org dok kata kat dia.

wanita bertdung mmg cntik sbnrnya.. cuba tgk artis2 yg pakai tudung, bandingkan waktu dia bertudung  dan tak bertduung.. cantik lagi dia bertudung kan.. pakai plak.. ikutlah syariat/. labuhkan smpai ke dada.. baru lah xde isu "nasi lemak 50sen" mcm dlm citer cuti2 cinta tu.. ni lau org sebut, tahu lak marah, habis yg suh pakai ketat2 sapa suruh??? 

Tadi lagilah.. dah elok bertudung, baju lak singkat, aduh.. so.. bila tunduk.. hmm.. faham2 sndirilah.. pastu ada juga bertudung, tapi pakai baju nampak ketiak.. ni pengaruh iklan deadorant ke hapa??? sbb byk sgt pewangi ketiak disertai dgn pencerah kn... pakai tudung, tapi nampak leher dan telinga.. pastu pakai tudung nampak bonggol... hmm.. tak tahu lah fesyen tdung sekarang..

Cara nak pakai tudung, ikut syariat ialah... melabuhkan tudung hingga menutupi bahagian dada, tidak jarang... buknnya suh pakai labuh smpai ke perut.. sbb labuh tu sunat je.. tapi yg pasti smpai lepas dari dada.. dh ok dh tu.. hmm.. moga2 kita sama2 diberi hidayah Allah.. sbb walau sekaya mana pun kita di dunia ni, kita tak mampu nak beli hidayah Allah... 

renung2kan dan selamat beramal.. 

p/s: aku bukan yang terbaik, tapi aku smpaikan utk kita sama2 muhasabah diri dan berusaha menjadi yang terbaik... :-)

Pengalaman Pertama MC

Petang ni baru sempat nak ngadap netbook comei ku ni... Asyik busy je memanjang... sejak minggu lepas habis jaga exam.. tugasan disekolah menimbun menanti utk disiapkan.. 

My Partner

Sabtu lepas ku diamanahkan menjadi MC atau dlm bahasa Jawa nye.. hihi.. Pengacara Majlis.. dalam majlis Anugerah Perdana di sekolahku.. Memang perdana sbb event yg menggabungkan tiga acara penting dan anugerah penting,, iaitu anugerah untuk barisan kepimpinan pelajar, anugerah kokurikulum dan sukan, dan akhir sekali anugerah gradusi utk pelajar tingkatan 5 dan 6 Atas...

Aku diamanahkan mengacarakan majlis Gradusi bersama Kak Rin.. mula2.. mmg gementar,.. blh ke aku buat dan jadi pengacara ni??? sepanjang hidup.. ni lah kali pertama jadi pengacara. dah la kali pertama, pastu event besar sekolah lak tu.. huhu.. gementar habis.. 

Semasa hari kejadian.. mula2 aku relax lagi sebab event majlis gradusi lepas majlis hem dan koku.. kul 11 baru mula.. masa minum pagi dh rasa gementarnya.. tapi jadi kuat dan semangat, lepas baca doa dan selawat serta yakin diri sndiri... kak rin pun sama2 bagi semangat.. 

Dimulakan dgn bismillah... dan diakhiri dgn Alhamdulillah.. Tak terasa debarnya bila dh dtg aura bercakap tu... sekejap je rasa.. kul 1 dah habis.. Alhamdulillah.. 

Allah permudahkan.. aku dan kak rin tak tersasul langsung, wlaupun de sedikit cabaran dan dugaan.. Alhmdulillah.. dapat diatasi dgn baik.. 

Terima kasih buat suamiku, kerana memberi sokongan, doa dari kejauhan... 

p/s: belum tahu lagi komen2 dari pihak pentadbir macam mana.. tunggu esok.. dapatkan maklum balas...

19 Oktober 2012

Oh Suami... Fahamilah dan kasihanilah Isterimu...

Oh Suami... Fahamilah dan kasihanilah Isterimu...

Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….” itu la buat kerja banyak sangat, sakit 
urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening, rasa nak pitam”lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu….. ”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”. Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”. Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check–up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”. 

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawa anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”. Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun pada suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tak abang tolong saya? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap, saya nak tidur saje, letih yang amat sangat ni”. Melihatkan airmata dan rayuan isteri, suami telah bersetuju….” Baiklah abang bawak anak pergi ke rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun….
Sekembalinya suami ke rumah……dilihat isterinya masih tidur dengan nyenyak. Apabila dikejutkan, rupanya si isteri telah tidur untuk selama-lamanya…..Akhirnya si suami baru sedar, walaupun sudah terlambat ….Rupanya……

Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi rupanya penyakit itu telah lama menular di segenap nadi SAYANG…. Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol sjer….

Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANG pun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalam SAYANG pun tak der….

Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah tak mampu lagi nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….

Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal itu hanya alasan. Kononnya kerja opis abang tak pernah habis…..Kekadang abang lebih suka tolong kawan-kawan berbanding diri sayang sendiri…..

Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan, Abang hanya kata Sayang nak demam. Rupanya itu adalah tanda-tanda yang SAYANG akan pergi meninggalkan abang dan anak2…..Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….…Abang tak pernah bagi walau setengah hari…..

SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami itu….kuatnya SAYANG menghadapi setiap kesakitan itu. Plus pula dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak bawa SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Kerana sayang kelihatan sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik….
Maafkan abang, kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …... Kini semuanya sudah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya…..

Selepas seminggu pemergian SAYANG….. abang ambil cuti menguruskan anak-anak. Baru abang dapat rasakan keletihan dan kelelahan SAYANG selama ini…..Kerja di opis banyak juga waktu rehatnya….Tapi sayang tidak pernah cukup rehat….Patutlah SAYANG penat sangat….

Ya Allah, ampunkan dosa-dosa aku selama ini. Aku amat zalim kepada isteriku...........

Dopteb Realiti Alam Perkahwinan / Khyera Shop
Sumber: Facebook

Banjir sana sini

Tadi hujan lebat betul.. Langit yang cerah betul.. Elok tengah hari turun hujan selebatnya.. Kuasa Allah.. Siapa tahu kan..

Tak sangka plak... Dlm dok sembang2 dgn kengkwn aku on the way nak balik umh dia.. Jam di jalan depan kem kementah... Mula ingatkan sbb org nk g solat Jumaat.. Tapi upernye banjit teruk...

Hmmm...gtulah gayanya hidup kat kuala lumpur... Lau kampung hujan dua tiga hari tak henti2 baru hujan... Ni hujan tak smpai sejam.. Banjir sampai ke betis dh...

Yang ni slah Allah ke? Yang ni salah manusia.. Sbb dlm al-Quran pun de ckp.. Keroskan di muka bumi adalah dari tangan2 manusia...

Tapi sekrg org tak heran dh bnjir di kl.. Cuma bnjit mnyebabkan jam yg teruk... Itulah hakikatnya yg kita terima. .. Berani buat.. Berani tanggung...

Published with Blogger-droid v2.0.9

18 Oktober 2012

Faiqah naik sampan!!!.. Weeeee... ~

Lama tak coretkan hal faiqah kan.. hihi.. bukan tak de yg menraik.. tapi setiap hari de je keletah dia.. sampaikan ku tak sempat nak coret... 


Tapi malam ni.. best// Faiqah tunjuk aksi dan skill naik 'sampan' atas darat.. best ooo.. 

Jom tengok gaya Faiqah yg dapat naik smpan tu.. 









Seronok kan tengok dia naik smpan.. habis lingkup besen ummi.. adoyai... siap ada bunyi lagi tu sampannye... hihi.. 

Xpe lah nanti kita naik smpan betul2 ea.. kita naik cruise trus lah ea.. hehe... 

Jadilah pengguna facebook yang bijak...

Jadilah pengguna facebook yang bijak...

Berehat sebentar bersama blogger... Hehhe...

Penat otak n tangan tanda k3rtas soklan... So..aku nk taip plak..

Hari2 aku mesti on facebook... Dulu aku buat facebook kerna nk buat bisnes je.. Tapi tak lama..sbb msa tu aku aktif dgn tagged dan friendster... Tapi skrg aktif facebook lepas jumpe ramai kengkawan lama...

Lebih 3 tahun aku dgn facebook.. Rasanya la kn.. Tak ingt lak tarikh bila join facebook... Tapi dlm pada tu.. Ku refresh balik la.. Adakah aku ni pengguna facebook yg bijak...

Ciri2 pengguna facebook yg bijak...
# jadikan facebook sbg medium utk tambah kenalan dan mencari kenalan baru dan lama

# jadikan facebook sbg medium utk berniaga menurut syariat Islam. .tidak menipu. ..riba dan sbgnya...

# jadikan facebook sbg medium dakwah...

# jadikan facebook sbg jalan utk sampaikan kebaikan kpd org lain.

Etika ketika berfacebook...

1. Jaga aurat...
2. Jika seorg isteri atau wanita... Jaga pergaulan dgn lelaki ajnabi atau lelaki yg bukan mahram
3. Jika seorg isteri... Minta keizinan suami utk berfacebook.
4. Jangan sesekali memburukan atau mengaibkan org.
5. Jangan share fakta atau berita yang tak pasti kesahihannya.

Adakah.. Kita pengguna facebook yg bijak dan beretika???... Tepuk dada tanya iman... :-)

Published with Blogger-droid v2.0.9
Beza Facebook Lelaki dan Perempuan

Beza Facebook Lelaki dan Perempuan

Sebelum g kerja.. jalan2 blog dulu lah.. dah lama nak taip entry ni... beza facebook lelaki dan perempuan... 

Aku buat comparison ni.. lepas tengok akaun facebook aku dan suamiku la.. beza sangat2.. apa yang bezanya??? 

Ni bezanya:
  • Jika sebelum kahwin/mula2 kahwin, ramai kengkawan lelaki dlm Fb ku dan kengkawan pompuan dlm Fb suamiku..
  • Group yang suamiku join, group kelab kereta je...tak pun jual spare part kete atau aksesori kereta.., manakala group yang aku join plak.. pasal anak, pasal pompuan, pasal susu ibu (skrg dh tak join), pasal perkembangan anak, group sembang2 pasal wanita... bezakan.. 
  • Lau page yang suami like plak, kisah pasal ustaz, tazkirah, part2 kereta, pasal kereta dan kereta, kalau aku plak, pasal shopping, tudung, baju, kasut dan banyak pasal shopping online (wlaupun tak beli online pun)
  • Gambar dalam facebook suamiku, sudah pasti pasal kereta.. aku??? dulu banyak gambar Faiqah je, skarang dh kurang, banyak tazkirah je.
  • Wall facebook suamiku, buka je, gambr kereta penuh kat wall dia, facebook suamiku, sudah pastilah, pasal tazkirah, pasal produk nak kurus, produk nak cantik, produk nak sihat dan macam produk lagi (tu pun setangahnya aku dh hide kan)... 
hehe.. bezakan.. tu lah beza facebook suamiku dan aku.. macam mana aku tahu, sebab kami berdua online dalam satu pc yg sama... so.. mmg la blh tgk kn.. suami ku on kat mozilla, aku on guna google chroome... so.. dua2 online serentak... hihi..

p/s: ada yang setuju ke dgn statement kat atas tu??? hihi
Tiga Hal...

Tiga Hal...

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan.

Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam.

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran.

Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan.

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi.

Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras.

Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus.

Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh.

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI, iaitu :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.

sumber: facebook

17 Oktober 2012

IF A B C

IF A B C

if
A B C D E F G H I J K L M N O
P Q R S T U V W X Y Z

is equal to
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 1718 19 20 21 22
23 24 25 26

then hardwork=
H+A+R+D+W+O+R+K =
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98% only

knowledge=
K+N+O+W+L+E+D+G+E=
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96% only

love=
L+O+V+E=
12+15+22+5=54% only

luck=
L+U+C+K =
12+21+3+11 = 47% only

(don't most of us think this is most
important???)

then what makes 100% is it
money? ..... no
leadership? ...... no
every problem has a solution, only if
we perhaps change our attitude. to
go to the top, to that 100%.
what we really need to go further, a
bit more.......

attitude=
A+T+T+I+T+U+D+E =
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

it is our attitude towards life and
work that makes our life 100%

And the most important is getting close
to Allah and we`ll be happily ever after.=)

Neraka Abah

Neraka Abah

Baru lepas satu drama sedih di TV9.. sapa tengok angkat tangan???hihi

Ku layan citer tu sama dgn hubby ku.. lepak2 main2 dgn Faiqah.. smbil layan drama TV.. setiap Rabu, mmg aku tak lepas tengok drama kat TV9... kebanyakkan dramanya mmg best2.. 

Citer malam ni, mmg menyedihkan.. 

Kisah dua beradik lelaki, yg kematian ibu, selepas ibunya sakit.. Mempunyai bapa yg merupakan seorang penagih, pemabuk dan kaki judi... Si abang yang sgt sayangkan adiknya.. 

Si abg terpksa berhnti sekolah kerana tiada duit... menjual gelang pusaka ibunya untuk meneruskan hidup.. Suatu hari, abangnya teringin nak pakai handphone.. tapi xde duit... Tapi dia bergurau dgn adiknya "nanti adik belikan abg handphone ni ek"

Hidup lebih malang dan menderita, pabila si adik sakit jantung... memerlukan kos utk pembedahan..membuatkan si abg terus mencari wang.. Adiknya tak dapat hidup lama...

Di hujung cerita...guru yg datang utk smpaikan biasiswa abgnya, tetapi adiknya je de kat rumah sbb abg kuar g beli ais kacang kat adiknya.. si bapa yg balik dan cuba nk merogol cikgu tu... adik dtg selamatkn, dan bapanya tertolak adik... 

Abg balik dan terkejut dgn semua tu.. cikgu lari.. adik terbaring lesu.. bapa yg keluar rumah dan kena tikm dgn org yg dia berhutang judi... babak akhir, bapa smpat minta maaf... tapi adik tak smpat diselamatkan.. mati dalam dukungan abgnya semasa nk g klinik... dan abgnya tahu, rupanya adik dia belikan betul handphone tu utk dia.. 

huhuhuuuu...sedih weyyyy citer ni.. mmg sedih... endingnye aku dan suamiku sama2 nangis.. hmmm.. kuatnya dugaan utk si abng tu.. AKhirnya... abgnya dapat juga msuk universiti...mcm yg adik dia nk tu.. 

cerita tamat.. tahniah buat Suhan Movies... penerbit Rosyam Noor.. berjaya kuarkan drama yg menarik dan menginsafkan ni.. dan tahniah juga utk semua pelakon yg berjaya membawa watak dgn jayanya...

p/s: tengok citer ni buatkan aku dan suami rasa syukur sangat2.. Terima kasih Allah...


20 FAKTOR SI DIA BOLEH DIPERCAYAI

20 FAKTOR SI DIA BOLEH DIPERCAYAI

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan. 

Faktor 1 - Konsisten.
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh ‘menjerat’ kamu. Siapa tahukan!

Faktor 2 - Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh ‘mengawal’ dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu. 

Faktor 3 - Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu. 

Faktor 4 - Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil. 

Faktor 5 - Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan. 

Faktor 6 - Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

 Faktor 7 - Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan. 

Faktor 8 - Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak! 

Faktor 9 - Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing. 

Faktor 10 - Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana. 

Faktor 11 - Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya. 

Faktor 12 - Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh ‘menangkap’ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya. 

Faktor 13 - Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri. 

Faktor 14 - Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Faktor 15 - Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan. 

Faktor 16 - Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan ‘bergegar’ jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Faktor 17 - Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Faktor 18 - Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm… hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya. 

Faktor 19 - Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu ‘pokai’ dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu. 

Faktor 20 - Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

Sahabat senang hati...

Sahabat senang hati...

Sifat ku suka berkawan dan bershabat... Sebelum khwin dulu aku ramai kawan.. Tak kira lelaki dan perempuan..

Tujuan ku ramaikan kawan.. Memudahkan kita.. Andai kita dilanda mslh.. Kita ada tempat mengadu... Dan boleh luaskan pengalaman...sbb berkongsi pendpat..

Kini..bila ku dh berkhwin.. Shbt2 ku hnya kengkwan yg diizinkn suamiku utk aku berkwan... Sahabat akrab mstilah suamiku... Dialah teman..dialah shbat...

Ku jadi resah tak tentu bila satu persahabtan terputus... Ku mmg elakkan slah faham.. Menjaga hati sahabat... Ku mmg jaga pershabatan itu... Demi ukhwah dlm mencari keredhaan Ilahi..

Memanjangkn silaturrahim dan bershbat mmg digalakkan dan salah satu sunnah Nabi s.a.w... Nabi s.a.w sndiri ada shbat2 disekeliling..sbb tu baginda ada shabat menyokong dikala baginda di rundung duka dan diuji Allah...

Itulah peranan sahabat... Mmg berbeza dgn keluarga... Keluarga tetap keluarga tapi shabat sgt diperlukan dlm hidup kita..

Buat kengkawanku.. Terima kasih menerimaku jadi sahabatmu wlaupun kita tak pernah bersua...

Buat suamiku... Dikaulah shbt..dikaulah teman hidupku smpai ke syurga sna... InsyaAllah. 

Published with Blogger-droid v2.0.9

16 Oktober 2012

Takwim Persekolahan 2013

Wah.. dah keluar lah takwim.. maka boleh la plan cuti untuk tahun depan.. 

Sumber: Facebook

Bagi cikgu cikgi... mak pak atok nenek yg da ank n cucu yg masih bersekolah.. jom rancang percutian dgn sbaiknya.. 

Tang cuti sekolah tu kena plan elok2.. takut2 jadi mcm tahun ni la.. iaitu kerajaan bg cuti awl kn.. naya org jauh2 yg dok sabah sarawak nun... 

Apa2 pun.. aku sbg cikgu, cuti ke idak ke sama je.. sbb perjalanan hidupku.. lau de cuti best la sikit nk main dgn anak n luang masa dgn suami.. tapi kepala ni tak leh lari dri pikir pasal sekolah.. hmm.. mmg cikgu gtu ek... hihi.. 

Ok lah.. korang juga blh download takwim tu kat SINI, then, print dan tampal kat rumah dan bilik masing2 deh.. 

Sekian berita utk malam ni.. (^_^).. hihi
Soalan² sengal yang kadang² buat orang bengang

Soalan² sengal yang kadang² buat orang bengang

1) BILA ORANG NAMPAK KAU BARING TUTUP MATA ;
S : Kau tidur ke?
J : Tak lah , aku tengah training macam mane nak mati nanti.

2) KAU BAWAK TV YANG ROSAK JUMPA TECHNICIAN UNTUK DIREPAIR ;
S : Ye? Nak repair tv ke?
J : Tak lah , aku bosan! Saje laa aku bawak tv ni jalan².

3) TIME KAU BARU BANGUN TIDO ;
S : Kau dah bangun?
J : Ish tak laa , aku tengah tido sambil jalan laa bodo.

4) KAWAN KAU CALL PHONE UMAH KAU ;
S : Weyh mane kau sekarang?
J : Sini , kat bus stop !

5) ORANG NAMPAK KAU KUAR DARI BILIK MANDI BASAH² SAMBIL PAKAI TOWEL ;
S : Kau baru mandi ke?
J : Mana ade , aku jatuh dalam lubang jamban tadi !

6) PUKUL 7 MALAM , KAU BUKAK PINTU UMAH , BARU BALIK DARI KEJE ;
S : Hai , baru balik keje ke?
J : Tak lahh , baru nak pegi nih !

7) KAU KAT DALAM TOILET , PINTU BERKUNCI , ADA ORANG KETUK PINTU ;
S : Ada orang tak?
J : *suara kiut* Mane ade orang. Taik yang tengah bercakap ni

Sumber: Facebook

p/s: tak nak gelak pun tak senyum dah la.. just joke.. jgn de terasa lak ea.. hihi.. wat hilang tension... kihkihkih... 

..:: ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW ::..

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: 
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 


  1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan eadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 
  2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 
  3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TU LUS IKHLAS kepada Allah. 
  4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu. 
  5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. 
  6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku. 
  7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang. 
  8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya. 
  9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. 

p/s: aku tak ingat mna smber aku dpt artikel ni, tapi sgt baik utk perkongsian bersama kn.. moga bermanfaat utk semua.. 

Selesai sudah amanah yang diberikan

Alhamdulillah.. tugas setengah hari je hari ni... Selesai sudah peperiksaan PMR... 

10-Q pak cik gugel.. (^_^)

Elok je aku cakap.. "ok, semua pelajar boleh bersurai".. terus bersorak girang... berkumpul dan bersalam dgn cikgu2 pengawas... bgus anak2 ni.. moga berjaya.. :-)

Ku juga, ucap syukur Alhamdulillah.. tugas yg diamanahkan ku dapat jalankan dgn lancar tanpa masalah.. Alhamdulillah... Allah mmg bantu.. dan suami yg menyokong... 

Pengalaman pertama sbg pengawas PMR dan terus memegang jawatan sbg Timbalan Ketua Pengawas.. sangat buatkn aku tercabr.. tpi aku terima kerana.. Allah ada.. Dia thu aku mmpu.. dan mmg aku mmpu lakuknnya...

Walaupun aku cikgu baru.. Alhamdulillah.. cikgu2 senior byk membantu wlaupun kami kenal hnya seminggu tapi ada iktan ukhwah... cepat mesra dan bekerjasama... Alhamdulillah... 

Pelajar2 semua ok..xde masalah.. dan very sporting.. perjalanan PMR sgt mudah... 

Doaku.. semoga berjaya semua calon PMR 2012... insya-Allah.. 

15 Oktober 2012

Syurgalah tempatmu nak...

Syurgalah tempatmu nak...

Tersentuh hati.. Sayu rasa.. Melihat dia terbaring kaku di tengah jalan..

Siapalah manusia yg sggup melanggar ank itu... Masih kecil yg tak mengerti apa2...

Aduh.. Aku tak mmpu nk kata apa.. Istghfar saja... Sedih.. Tapi mungkin itu suratan mu nak.. Syurgalah tempatmu nak..

p/s: ank itu ialah seekor anak kucing putih yg telah mati dilanggar kereta... Sayu hati melihat dia terbaring kaku di tengah jalan... Walaupun dia hanya haiwan... Tapi haiwan amat ku syg...

Published with Blogger-droid v2.0.9
Pesanan Lelaki 40-an kepada para isteri.

Pesanan Lelaki 40-an kepada para isteri.

Ku teringat satu pesanan dari seorg kawan sekerja yg berusia lebih 40-an... Sudah pasti lelaki ini sudah berkhwin dan punyai anak..

Ku kenal semasa satu program yg kami jalankan bersma... Ketika itu bulan Ramadhan.. Smbil2 tggu nak berbuka. Kami ramai2 berbual..

Dia tegur sbb aku nmpak muda..dan aku pgil dia ustaz..tapi dia bukan ustaz pun sbnrnya.. Tu yg buat dia geli hati.. Entah macam mana.. Kami berbual.. Kisah aku yg berkhwin muda.. Pastu dia kongsilah.. Dia khwin dah hmpir 20 tahun...

Ku minta la dia kongsi rahsia kebahagiaannya.. Dia kata xde rahsia... Cuma ikut je kata agama... Cuma pesannya... Bila suami meningkat 40an.. Kena jaga2...

Katanya...
1. Bila suami meningkat 40an..isteri kena lebih manja
2. Bila suami meningkat 40an..isteri kena lebih perhatian bukan menjauh...
3. Bila suami meningkat 40an..isteri kena pandai menggoda... Msa ni lah lau nk pasang badan katanya...
4. Bila suami meningkat 40an..isteri kena lebih memikat..
5. Bila suami meningkat 40an..isteri kena lebih penyayang...

Kesimpulannya.. Bila suami makin tua.. Kita kena lebih mengancam..psg bdan.. Bukan menjauh... Bukan sibuk hal ank.. Bukan sibuk hal kerja.. Tapi kena lebih perhatian kpd suami.

Ni aku kongsi rahsia besar tau... Mmg pesanan ni dari seorg lelaki bernama suami yg berusia 40an ke atas.. So..bukan aku reka2..

InsyaAllah.. Rumahtgga bahagia katanya..jika isteri pndai tackle hati suami... Cuma apa yg penting kerjasama (theme wonder pet)...heee~

Published with Blogger-droid v2.0.9

14 Oktober 2012

Boy or Girl???

Saja dok belek2.. de info menarik kat fb yg nak dikongsikan bersama.. org share kat fb, aku share kat blog.. utk tatapan kengkawan blogger n sesapa saja yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata.. Lau sulung pasti excited nk tahu jantina kan.. aku sendiri 3 kali scan... excited kan.. sudah pasti kali kedua aku akan excited juga nnt..

Okeh!!!.. Jom kita tengok tanda bayi lelaki dan bayi perempuan... 

TANDA HAMIL BAYI LELAKI
• anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
• degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
• anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
• perut anda kelihatan bulat sempurna
• bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
• bentuk perut condong ke arah bawah
• sukakan makanan yang masam dan masin
• suka makan daging dan keju
• tapak kaki selalu berasa sejuk
• tangan selalu kekeringan
• suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
• bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
• anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
• hidung tampak lebih mekar
• selalu sakit kepala

TANDA HAMIL BAYI PEREMPUAN
• mengalami morning sickness di awal kehamilan
• merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
• payudara kiri lebih besar berbanding kanan
• rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
• bentuk perut condong ke arah atas
• perut tampak agak lonjong
• mengidam makanan yang manis
• sukakan buah-buahan
• suka minum air atau jus yang bersifat masam
• anda lebih cerewet semasa hamil
• mudah moody berbanding sebelumnya
• kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
• tidak suka makan roti bersama kulitnya
• payudara kelihatan mengembang
• suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur

Sumber: Facebook

p/s: tengok dari tanda2 ni.. mcm byk yg xde je kat aku dulu.. hehe... tapi jgn ler pcya bulat2 ea... segalanya dari Allah...